Liga Super: Mykola Ahapov Wira Sri Pahang Atasi Penang

Sri Pahang mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan cabaran Penang dengan jaringan 1-0 dalam saingan Liga Super. Skuad Tok Gajah dibarisi pemain seperti Azam Azih, Adam Nor Azlin, Manuel Hidalgo, Kpah Sherman dan Fadli Shas sebagai kapten pasukan. Akmal Rizal pula memberikan kepercayaan kepada para pemain seperti Nik Akif, Syamer Kutty, Aqil Irfan, Rodrigo dan […]
Liga Super: Sri Pahang Jadi Mangsa Kebangkitan Negeri Sembilan

Sri Pahang terpaksa akur menelan kekalahan di gelanggang sendiri setelah tewas 2-0 kepada Negeri Sembilan. Skuad Negeri Sembilan akhirnya meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super setelah tewas tiga perlawanan awal sebelum ini. Fadhli Shas selaku kapten pasukan memimpin kesebelasan utama Sri Pahang yang turut dibarisi pemain seperti Azrif Nasrulhaq, Manuel Hidalgo, Azam Azih, Azwan […]
Liga Super: Kaki Emas Manuel Hidalgo Selamatkan Sri Pahang Berdepan Kuching City

Hasrat untuk Sri Pahang mengekalkan rekod kemenangan kedua lebur apabila terikat berdepan Kuching City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan seawal 10 minit pertama. Tuan rumah bermula garang apabila berjaya merobek gawang gol Tok Gajah seawal minit ke-19 hasil rembatan Tchetche Kipre yang melepaskan rembatan dari bahagian kanan […]
Manuel Hidalgo Peka Dengan Perubahan Mendadak Kelantan DN

Pemain sayap Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo mengakui kagum dengan kemajuan yang ditunjukkan lawan mereka, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Selepas kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pra-musim 2024/25 pada 24 April lalu di Kota Bharu, Sri Pahang dan Kelantan kembali berentap untuk aksi pembukaan liga baru-baru ini. Meskipun mendapat sokongan padu penyokong di Stadium […]
5 Perpindahan Pemain Liga Super Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

Jendela perpindahan pertama Liga Super 2024/2025 kini telah menutup tirainya dan bagai sirih pulang ke gagang, terdapat beberapa pemain yang pulang menyertai pasukan lama mereka. Berikut merupakan 5 perpindahan pemain Liga Super yang akan kembali menyarung jersi pasukan lama mereka. 1. Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman) Penyerang yang terkenal dengan kerajinan beliau di atas padang […]
6 Tonggak Import Ketuai Cabaran Sri Pahang

Sri Pahang FC sah akan menggunakan enam pemain import untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sebelum ini, Sri Pahang dilaporkan bakal menggunakan pemain import ketujuh. Ini selepas pasukan dari Pantai Timur itu dikaitkan dengan perpindahan penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud atau seorang penjaga gol Uzbekistan. Khabar angin perpindahan ini timbul selepas […]
4 Pemain JDT Berhijrah Ke Sri Pahang

4 orang pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan untuk beraksi bersama Sri Pahang. Skuad Harimau Selatan telah pun melepaskan beberapa tonggak bagi musim baharu setelah membuat pengurangan bajet sekitar 40 peratus musim ini. “Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan […]
Terkini: Sri Pahang Sambut Kepulangan Manuel Hidalgo

Pemain sayap lincah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo kembali ke pangkuan bekas kelab, Sri Pahang FC. Pemain berusia 24 tahun itu diumumkan selaku tonggak baharu pasukan Harimau Selatan menerusi satu pengumuman tempoh hari. Beliau bagaimanapun sah meninggalkan Kedah Darul Aman selepas beraksi cemerlang musim 2023 untuk membantu pasukan menduduki tangga ke-4 Liga Super. […]
Manuel Hidalgo Muncul Pemain Terbaru Sertai JDT

Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya menandatangani bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di semua media sosial rasmi pasukan JDT. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Azam Azmi, Manuel Hidalgo, Declan Lambert dan Ryan […]
Manuel Hidalgo Selangkah Pulang Ke Sri Pahang

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman, Manuel Hidalgo difahamkan selangkah untuk pulang ke kelab lamanya, Sri Pahang. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkemuka tanah air, T. Avineshwaran berkenaan perkembangan terkini pemain kelahiran Argentina itu. Beliau sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab lain di Liga Super terutamanya apabila aksinya cukup memberangsangkan sejak beberapa musim lalu. Nilai […]
Dua Kelab Berebut Manuel Hidalgo

Dua kelab liga Malaysia kini dilaporkan ‘berebut’ ingin mendapatkan khidmat pemain sayap, Manuel Hidalgo. Menurut wartawan sukan, T. Avineshwaran melaporkan bekas kelabnya, Sri Pahang ingin membawa masuk kembali Hidalgo manakala Kedah turut mahu mengekalkan khidmat Hidalgo. Hidalgo mengharungi musim yang cemerlang bersama Kedah apabila merekodkan 3 gol dan 10 bantuan jaringan liga buat Kedah. Sebelum […]
Nilai Pasaran Manuel Hidalgo Meningkat Sejak Beraksi Di Liga Malaysia

Persembahan memukau pemain sayap lincah Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo menjadi tumpuan selepas beliau beraksi cemerlang dalam tempoh hampir 3 musim beraksi di Liga Malaysia. Pemain pasukan Kedah Darul Aman ini menikmati musim cemerlang bersama Sang Kenari apabila membantu pasukan untuk mengakhiri saingan pad kedudukan ke-4 Liga Super. Masa depan pemain ini mula menjadi […]
Manuel Hidalgo Tolak Tawaran Kelab Gergasi Indonesia

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo bukanlah nama yang asing dalam bola sepak Malaysia apabila telah beraksi di negara ini sejak Mei 2021 lagi. Menyertai Kedah sejak awal musim ini, Hidalgo merupakan antara tunjang kepada kemantapan skuad Kedah di bawah kendalian Nafuzi Zain. Baru-baru ini terdapat desas-desus yang mengatakan pemain […]
Kedudukan Arif Aiman Dicabar Manuel Hidalgo

Ketika banyak mata yang tertumpu kepada perebutan kasut emas Liga Super 2023, ramai yang tidak menyedari saingan sengit dalam carta penyumbang bantuan gol terbanyak setakat ini. Sehingga kini, bantuan gol terbanyak adalah milik bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman dengan 11 bantuan gol setakat ini. Kedudukan itu masih belum selamat buat Arif Aiman […]
Manuel Hidalgo Kunci Kedah Rampas Slot Asia

Dengan Liga Super kini berbaki lima perlawanan, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) perlu berharap Manuel Hidalgo tidak berdepan sebarang isu bila memburu slot Piala AFC. Selepas keputusan seri 3-3 dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) minggu lepas, pemain sayap Argentina itu telah merekodkan 21 penampilan dalam liga. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menjaringkan […]
Manuel Hidalgo Tepis Dakwaan Bakal Ke Indonesia

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Manuel Hidalgo baru-baru ini telah pun dikaitkan dengan perpindahan ke Indonesia. Namun tiada apa-apa pengumuman rasmi dari mana-mana pihak berkenaan perkara tersebut. Ketika ditemubual Makanbola selepas aksi Liga Super di antara KDA FC dan Selangor FC semalam, Hidalgo mengesahkan bahawa perkara itu tidak benar dan beliau […]