Mano Polking Sah Bimbing Kelab Vietnam

Nama bekas jurulatih Thailand, Mano Polking kembali menjadi sebutan apabila beliau sah membimbing kelab V. League 1, Cong An Ha Noi (CAHN) FC. CAHN terpaksa mencari jurulatih baru selepas legenda Thailand, Kiatisuk Senamuang mengumumkan keputusan untuk meninggalkan pasukan itu secara mengejut baru-baru ini. Kiatisuk berbuat demikian atas alasan ingin kembali ke Thailand selepas beberapa tahun […]

Mano Polking Tidak Akan Ke Selangor

Hajat penyokong Selangor FC melihat bekas jurulatih Thailand, Mano Polking menjadi pengendali pasukan itu tidak kesampaian. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan nama jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu tidak tersenarai dalam senarai pendek jurulatih yang berpotensi melatih Selangor. Selangor dilaporkan sudah mengenalpasti seorang jurulatih sebagai pengganti Tan Cheng Hoe daripada senarai empat orang […]

Mano Polking Bakal Ke Liga Super Malaysia?

Bekas pengendali Thailand, Mano Polking kini dikaitkan dengan sebuah pasukan gergasi Liga Super. Nama Mano Polking dikatakan menjadi calon utama bagi sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang. Menurut wartawan MakanBola, Syafiq Freman nama Mano telah diusulkan sebagai Ketua Jurulatih baru bagi kelab Liga Super berkenaan. Melihat kepada situasi semasa, Selangor dilihat sebagai pasukan yang […]

Mano Polking Nafi Terima Tawaran Kelab Indonesia

Bekas pengendali Thailand, Mano Polking menafikan beliau telah menerima tawaran dari sebuah kelab Indonesia. Penafian itu dibuat menerusi akaun X peribadi beliau semalam apabila ditanya tentang situasi terkininya dan kelab Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN) semalam. Polking sebelum ini dilaporkan bakal menyertai CAHN menggantikan pengendali Korea Selatan, Gong Oh-kyun. Langkah tersebut dibuat selepas pengurusan […]

Mano Polking Bakal Kemudi Kelab Vietnam

Selepas meninggalkan skuad kebangsaan Thailand pada penghujung November lalu, ramai ingin tahu destinasi terbaru pilihan Mano Polking. Persoalan itu akhirnya terjawab apabila jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu bakal mengemudi juara V. League 1 musim lepas, Cong An Ha Noi (CAHN). VN Express melaporkan pengurusan CAHN sudah mencapai persetujuan dengan Polking untuk membimbing pasukan itu. Bekas jurulatih […]

Tiga Kelab Vietnam Buru Khidmat Mano Polking

Selepas tidak lagi bergelar jurulatih Thailand, khidmat Mano Polking menjadi buruan banyak kelab termasuk dari Vietnam. Portal TheThao247 melaporkan khidmat jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu kini diintai oleh tiga kelab V. League 1. Nama Polking bukanlah asing di negara itu kerana pernah melatih Ho Chi Minh City dari 2020 hingga 2021. Ho Chi Minh City dianggap […]

Mano Polking Jawab Punca Tinggalkan Thailand Secara Tiba-Tiba

Selepas dipecat sebagai jurulatih Thailand semalam, Mano Polking dikatakan telah meninggalkan negara itu – satu keputusan yang membuatkan penyokong Thailand tertanya-tanya. Ada yang menyangka tindakannya itu ada kaitan dengan khabar angin beliau dikaitkan dengan kelab Vietnam, Ho Chi Minh City FC. Tidak lama selepas berita pemecatannya timbul, Polking dikatakan sudah bersetuju untuk menjadi jurulatih kelab […]

Mano Polking & Thailand Berpisah

Kemenangan 3-1 Thailand ke atas Singapura semalam merupakan perlawanan terakhir Mano Polking sebagai jurulatih Thailand. Ini kerana pada hari ini, Polking sah tidak lagi melatih skuad Gajah Perang. Perkara ini dikongsikan oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang dalam satu hantaran di Facebook beliau. “Terima kasih atas dedikasi dan kerja keras anda sepanjang dua […]

“Lihat Badan Dia, Dia Kuat Seperti Mesin” – Mano Polking

Kemenangan 3-1 Thailand ke atas Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam memperlihatkan beberapa pemain Thailand menunjukkan aksi memukau. Antara pemain yang mempamerkan permainan yang berkualiti adalah Suphanat Mueanta, Teerasil Dangda dan Supachok Sarachat. Suphanat berjaya meledak dua jaringan, abangnya, Supachok menjaringkan satu gol manakala Teerasil telah menghasilkan dua bantuan gol. Mengulas kemenangan berharga Thailand, […]

Park Hang-seo Mahu Jadi Jurulatih Thailand?

Bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo tidak menolak peluang menjadi jurulatih Thailand sekiranya peluang itu wujud. Ketika ini, jurulatih Thailand, Mano Polking masih mempunyai kontrak dengan skuad Gajah Perang sehingga tamat kempen Piala Asia 2023. Bagaimanapun, ramai menjangkakan jurulatih berdarah Brazil-Jerman itu akan dilepaskan tanpa mengira pencapaian Thailand dalam kejohanan itu. Justeru, tidak hairanlah antara nama […]

“Corak Permainan Singapura Menjengkelkan” – Mano Polking

Thailand bakal bertemu Singapura dalam perlawanan kedua Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan esok 21 November. Biarpun beraksi di gelanggang lawan, jurulatih Thailand, Mano Polking tetap yakin anak-anak buahnya akan berusaha sehabis baik untuk mencuri tiga mata dari Stadium Nasional Singapura. Pada pendapat beliau, Singapura bukanlah sebuah pasukan yang lemah namun corak permainan […]

Mano Polking: Thailand Banyak Buat Silap

Jurulatih Thailand, Mano Polking mengakui anak-anak buahnya kerap melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kekalahan besar 8-0 di tangan Georgia awal pagi ini. Kesilapan demi kesilapan yang berlaku dalam perlawanan memberi peluang kepada The Crusaders mendominasi babak pertama. Ini dibuktikan dengan enam gol yang dijaringkan oleh Zuriko Davitashvili, Luka Lochoshvili dan hatrik Georges Mikautadze. Mikautadze menambah […]

Thailand ‘Dikelar’ Georgia 8-0

Kempen perlawanan persahabatan Thailand di bumi Eropah bermula dengan langkah kiri selepas tunduk kepada Georgia awal pagi tadi. Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada persiapan Thailand menghadapi Piala Asia 2023. Di atas kertas, kelebihan memihak kepada The Crusaders yang menduduki ranking ke-79 FIFA berbanding Thailand (ranking ke-112). Dengan ramai pemainnya beraksi di liga-liga utama Eropah, […]

Pengumuman Skuad Thailand Buat Penyokong Terkejut

Thailand membuat kejutan dengan tidak menyenaraikan pemain-pemain terbaik mereka untuk dua aksi persahabatan antarabangsa pada Oktober ini. Ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Changsuek hari ini. Nama-nama besar seperti Chanathip Songkrasin (BG Pathum United), Theerathon Bunmathan (Buriram United) dan Supachok Sarachat (Hokkaido Consadole Sapporo) tidak […]

Mano Polking Yakin Hasrat Thailand Ke Piala Dunia Masih Cerah

Jurulatih Thailand, Mano Polking percaya negara itu masih memiliki peluang cerah layak ke Piala Dunia 2026. Ini selepas skuad Gajah Perang menunjukkan persembahan hebat menentang Iraq pada aksi final Thai King’s Cup 2023 semalam. Biarpun tewas 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti, keupayaan Thailand mengikat Lions of Mesopotamia 2-2 dalam tempoh 90 minit patut mendapat pujian. […]

Terdapat Tanda-Tanda Jurulatih Thailand Bakal Dipecat

Kedudukan jurulatih Thailand, Mano Polking diselubungi ketidaktentuan susulan perlantikan jurulatih Buriram United, Masatada Ishii sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Thailand. Pengumuman tersebut dibuat oleh presiden kelab Port merangkap pengurus pasukan Gajah Perang, Nualphan Lamsam atau Madam Pang dalam satu sidang media hari ini. Selain mengumumkan perlantikan Ishii, beliau turut mengumumkan BG Pathum United akan membantu Thailand […]