Bruno Fernandes Minta Man United Naikkan Gaji Cecah RM8.8 Juta Sebulan

Kapten Man United, Bruno Fernandes mahu pasukan itu menaikkan gajinya agar setara dengan beberapa penerima gaji tertinggi di Old Trafford. Akhbar Daily Mirror melaporkan beliau berbuat demikian bukan saja kerana mengambil kira kontraknya bakal berakhir pada tahun 2026. Malah, sentimen ini turut didorong oleh keinginan gaji yang diterima hendaklah bersesuaian dengan status dirinya selaku kapten […]

Man United Buru Penyerang Wolves Bernilai RM360 Juta

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Man United dilaporkan sedang mengintai khidmat penyerang Wolverhampton Wanderers dari Brazil, Matheus Cunha. Akhbar Daily Mirror melaporkan United mengintai khidmat Cunha dan penyerang West Ham United, Mohammed Kudus sebagai pengganti penyerang Perancis, Anthony Martial. Martial tidak bersama The Red Devils pada musim hadapan selepas pengurusan kelab memilih untuk tidak memperbaharui […]

“Jadon Sancho Gagal Di Man United” – Jose Mourinho

Jurulatih baharu Fenerbahce, Jose Mourinho berpendapat karier Jadon Sancho telah gagal di Manchester United. Jawapan jujur tersebut dilontarkan oleh Mourinho ketika wartawan bertanyakan pendapat beliau tentang prestasi semasa Jadon Sancho yang turut beraksi menentang Real Madrid dalam aksi akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Sancho menyertai Dortmund kerana tidak sehaluan lagi dengan Erik Ten Hag di […]

Pemain Warisan Malaysia, Dewsbury-Hall Jadi Rebutan Kelab EPL

Pemain warisan Malaysia, Kiernan Dewsbury-Hall dilaporkan berada dalam radar kelab besar Eropah, Chelsea FC. Tonggak berusia 25 tahun itu memainkan peranan penting untuk membantu Leicester City menjulang trofi EFL Championship di bawah kendalian Enzo Maresca. Pengendali kelahiran Itali itu bagaimanapun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu apabila bakal menyertai The Blues. Usaha merevolusikan skuad muda […]

Jadon Sancho Ada Sebab Kukuh Tak Minta Maaf Kepada Ten Hag

Jurulatih penyerang Manchester United, Benni McCarthy mendedahkan sebab sebenar Jadon Sancho enggan memohon maaf kepada pengurus, Erik ten Hag. Daily Mail melaporkan McCarthy percaya Sancho enggan berbuat demikian kerana jika itu berlaku, maka pemain sayap berusia 24 tahun itu mengakui dirinya malas dan tidak bersikap profesional. Hubungan pemain sayap Borussia Dortmund itu dengan Ten Hag […]

Media UK Selongkar Tonggak Man United Sebenarnya Berdarah Malaysia

Salah sebuah media terkemuka di United Kingdom (UK) mengesahkan bahawa tonggak Man United, Ethan Wheatley berdarah Malaysia. Spekulasi mengenai pemain yang dikatakan berdarah Malaysia ini sudah lama menjadi bualan hangat peminat di mesia sosial. Hal ini susulan maklumat yang dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain kelahiran Stockport, England itu memiliki susur galur dengan Malaysia. Sebelum […]

Ten Hag Pandang Rendah Kemampuan Jurulatih Baharu Liverpool, Arne Slot

Jurulatih Manchester United, Erik ten Hag memandang rendah keupayaan rakan senegara dan bos baru Liverpool, Arne Slot. Daily Mirror melaporkan tatkala Slot mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Jurgen Klopp pada akhir musim, nasib Ten Hag pula ibarat telur di hujung tanduk. Meskipun berjaya meraih kejuaraan The FA Cup pada minggu lepas, itu bukan bererti kedudukan […]

Amaran Awal Ten Hag Jadi Kenyataan

Amaran awal yang dilaungkan oleh Erik Ten Hag dalam ucapan terakhirnya di Stadium Old Trafford telah menjadi kenyataan. Ten Hag telah memberi amaran kepada pihak lawannya bahawa pasukan United akan meraih dua kemenangan dalam baki dua aksi dan berjanji akan membawa pulang Piala FA ke Old Trafford. “Musim ini belum berakhir, pertama kita ke Brighton […]

Penerangan Lengkap Mengapa Chelsea Terlepas Slot UEL

Selepas Manchester United mengesahkan kejuaraan Piala FA 2023/24 menewaskan Manchester City bermakna Chelsea terlepas slot ke UEFA Europe League (UEL). Mengapa?  Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Liga Perdana Inggeris, 7 pasukan akan beraksi di UEFA Europe Competition bagi musim hadapan.  Empat pasukan terbaik Liga akan bertanding dalam kejohanan UEFA Champions League. Antaranya ialah Manchester City […]

Manchester United Juara Piala FA 2023/24

Manchester United menamatkan musim 2023/24 dengan trofi The FA Cup apabila mengatasi cabaran musuh setempat, Manchester City di pentas final hari ini. City berharap dapat meraih gelaran berganda selepas menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL). Sementara United pula memburu trofi ini selepas kempunan meraihnya pada musim lepas. The Red Devils kembali diperkuatkan dengan kehadiran Raphael […]

Analisa Kewangan Manchester United Bagi Separuh Pertama Tahun 2023/24 Rugi Besar

Manchester United telah mengumumkan penyata kewangan untuk separuh pertama 2023/24, menggabungkan enam bulan pertama musim bermula Julai hingga Disember 2023, dengan kata lain sebelum pembelian saham minoriti oleh Sir Jim Ratcliffe.  Walaupun sangat sedikit kelab yang menerbitkan akaun interim, angka ini masih akan menarik minat ramai tidak kurang juga pelabur baharu dari INEOS.  Gambaran keseluruhan […]

Erik Ten Hag & Pemain Man United Hadapi Potongan Gaji Besar-Besaran

Pemain-pemain Manchester United kini mendapat berita buruk apabila bakal menerima pemotongan gaji secara besar-besaran pada musim hadapan. Manchester United menamatkan kempen di tangga ke-8 liga yang merupakan rekod terburuk kelab sejak 34 tahun lalu selain turut tersingkir awal daripada kejohanan Eropah. Skuad kendalian Erik Ten Hag kini hampir terlepas peluang beraksi di pentas Eropah pada […]

Akhbar UK Sahkan Ethan Wheatley Miliki Salasilah Malaysia

Akhbar United Kingdom (UK) mengesahkan bahawa pemain muda Manchester United, Ethan Wheatley memiliki salasilah Malaysia. Pemain berusia 18 tahun ini ini sudah beberapa kali berada dalam skuad senior The Red Devils untuk membawa cabaran di Liga Perdana Inggeris (EPL). Beliau sebelum ini menjaringkan dua gol yang membantu pasukan merangkul Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) Bawah […]

Rodri: Pemain Arsenal Tak Ada Mentaliti Juara

Pemain tengah Manchester City, Rodri percaya salah satu faktor pasukan tersebut menjulang kejuaraan liga adalah kerana mentaliti juara yang tidak ada pada pemain Arsenal. Rodri menjaringkan gol ketiga City untuk mengesahkan trofi Premier League kekal di Stadium Etihad buat 4 musim berturut-turut walaupun Arsenal berjaya menewaskan Everton dalam aksi terakhir liga. Wartawan kemudian bertanya apakah […]

Man United Akhiri Kempen Di Tangga Ke-8, Tinggal Satu Cara Ke Kejohanan Eropah

Manchester United berjaya menewaskan Brighton & Hove Albion dalam aksi terakhir Premier League namun kekal menamatkan kempen liga di tangga ke-8. Erik Ten Hag menurunkan Lisandro Martinez dan Casemiro dibahagian pertahanan tengah pasukan manakala pemain meningkat naik, Amad Diallo turut diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Roberto De Zerbi pula mempertaruhkan pemain seperti Simon Adingra, Adam […]

Gaji Lumayan 5 Pemain Man United Terbongkar

Penghujung musim 2024/25 bakal menyaksikan lima bintang Man United meninggalkan Old Trafford. TBR Football melaporkan lima bintang berkenaan ialah Anthony Martial, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Jonny Evans dan Tom Heaton. Sekiranya perkara ini berlaku, kelab bakal mendapat penjimatan dari segi kos gaji sebanyak £50 juta (RM297 juta). Ini amat membantu memandangkan kelab itu memiliki bil […]