Ten Hag Habiskan RM3.5 Bilion Beli Pemain Baru

Sejak bergelar pengurus Manchester United pada musim 2022/23, Erik ten Hag sudah berbelanja sebanyak £616 juta (RM3.5 bilion) untuk pembelian pemain baharu. Tekanan mula dirasai pengurus Belanda itu apabila melihat United tewas kepada Liverpool baru-baru ini. Dan ini tidak dibantu dengan hakikat perbelanjaan The Red Devils gagal diterjemah dengan prestasi di atas padang. Menurut laporan […]

“Saya Bukan Harry Potter” – Ten Hag

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengingatkan penyokong agar bersabar dengan proses mengintegrasikan Manuel Ugarte dalam pasukan. United tewas dalam liga buat kali kedua untuk musim 2024/25 di tangan musuh tradisi, Liverpool. Dua gol Luis Diaz dan Mohamed Salah memastikan The Red Devils berduka di Old Trafford. Ramai penyokong United menyifatkan pemain tengah Brazil, Casemiro […]

Jadon Sancho: Saya Penyokong Chelsea Sejak Kecil

Pemain baru Chelsea, Jadon Sancho mendedahkan beliau sebenarnya meminati pasukan itu sejak kecil lagi. Pendedahan tersebut dibuat kepada selepas beliau akhirnya melengkapkan perpindahan pinjamannya ke Stamford Bridge. “Semasa membesar, saya sebenarnya seorang peminat Chelsea. Saya takkan bohong. Didier Drogba dan Frank Lampard merupakan pemain kegemaran saya pada ketika itu. Saya amat sukakan Frank Lampard dan […]

Man United Tak Jadi Lepaskan Antony

Penyerang Brazil, Antony akan terus kekal bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United. Sebelum ini, timbul beberapa laporan yang mengatakan Antony bakal meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Betis secara pinjaman. Ini selepas beliau dilihat berdepan kesukaran merebut slot kesebelasan utama. Ini kerana pengurus United, Erik ten Hag dilihat cenderung menggunakan pemain sayap muda […]

Man United Bakal Lawan Fenerbahce & Mourinho

Saingan Liga Europa UEFA (UEL) bakal menyaksikan Man United kembali bersemuka dengan bekas jurulatih mereka, Jose Mourinho. Ini selepas undian peringkat liga UEL dijalankan pada 31 Ogos lalu. United dan Tottenham Hotspur merupakan wakil England dalam saingan UEL musim 2024/25. Pertembungan United-Fener dijangka panas lebih-lebih lagi dengan Mourinho sebagai jurulatih. Bekas pengurus Chelsea itu berada […]

Man United Belanja RM1.18 Bilion Beli Pemain

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United telah berbelanja sebanyak £205.9 juta (RM1.18 bilion) dalam tetingkap perpindahan musim panas 2024/25. Sky Sports melaporkan angka tersebut dicapai selepas United akhirnya mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain untuk mendapatkan pemain tengah Uruguay, Manuel Ugarte. Ugarte bakal berpindah ke Old Trafford dengan yuran perpindahan £50 juta (RM287 juta). […]

Adidas Kembalikan Sentuhan Klasik Pada Jersi Ketiga Musim 2024/25

Jenama pakaian sukan terkemuka dunia, Adidas mencuri tumpuan apabila mengembalikan semula sentuhan klasik pada jersi musim 2024/25. Saingan musim baharu telah pun bermula terutamanya pada kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang memasuki minggu ke-2. Tumpuan peminat kini terarah kepada jersi yang digunakan oleh setiap pasukan kesayangan mereka yang tampil dengan wajah baharu. Adidas mengambil pendekatan […]

EPL: Brighton Tewaskan Man United Pada Minit Akhir

Brighton berjaya menewaskan Manchester United 2-1 menerusi jaringan pada masa tambahan untuk meraih tiga mata berharga. Erik Ten Hag menurunkan gandingan Kobbie Mainoo dan Casemiro di bahagian tengah pasukan manakala Marcus Rashford, Amad Diallo dan Bruno Fernandes mengetuai jentera serangan United. Bekas peledak United, Danny Welbeck menjadi taruhan utama Brighton sebagai penyerang manakala van Hecke […]

Legenda Man United, Phil Jones Bersara

Legenda Man United, Phil Jones sah telah bersara dari dunia bola sepak. Perkara ini dinyatakan sendiri bekas bek tengah berusia 32 tahun itu dalam satu temu bual bersama BBC Radio 5 Live baru-baru ini. Sepanjang 12 tahun bersama United, Jones telah merekodkan 229 penampilan, enam gol dan lapan bantuan gol mengikut data Transfermarkt. Selain beraksi […]

Lisandro Martinez Dabik Dada ‘Saya Hantar Dia Pulang Ke Gim’

Bek tengah Manchester United, Lisandro Martinez secara berseloroh mengakui berjaya mengatasi lawannya dari Fulham, Adama Traore. Bek tengah Argentina itu merujuk kepada persaingan mereka di atas padang dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara United dan The Cottagers. Traore yang beraksi di bahagian sayap sememangnya dikenali peminat EPL bukan saja kerana memiliki larian yang […]

EPL: Joshua Zirkzee Muncul Wira Man United Benam Fulham

Man United membuka tirai musim 2024/2025 dengan langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran Fulham di Stadium Old Trafford. Erik Ten Hag mempertaruhkan Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Amad Diallo dan Mason Mount di bahagian serangan pasukan manakala Noussair Mazraoui melakukan debut pertama beliau. Fulham pula memberikan kepercayaan kepada Rodrigo Muniz untuk menggalas tugas penyerang utama pasukan […]

Bruno Fernandes Kekal Berbakti Buat Ten Hag Lebih Lama

Selepas membawa masuk Mathijs de Ligt dan Noussair Mazraoui, Manchester United pantas memeterai kontrak baru dengan kapten, Bruno Fernandes. Ini selepas The Red Devils mengumumkan pemain tengah menyerang berusia 29 tahun itu telah memeterai kontrak baru sehingga tahun 2027. Kelab juga memiliki pilihan untuk mengaktifkan klausa lanjutan kontrak selama setahun buat Fernandes. “Bruno Fernandes telah […]

Man United Makin Menakutkan Di EPL

Man United terus memantapkan skuad mereka menjelang kempen musim 2024/25 dengan membawa masuk duo Bayern Munich, Mathijs de Ligt dan Noussair Mazraoui. Musim 2023/24 menyaksikan United dibolosi 58 kali dalam liga. Rekod buruk ini turut menyebabkan The Red Devils menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kelapan. Hal ini mendorong pengurusan The Red Devils […]

Aaron Wan-Bissaka Tinggalkan Man United

Pertahanan kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford dan menyertai pasukan baharu hari ini. Pemain berusia 26 tahun itu bakal menyertai West Ham United secara perpindahan tetap dengan kontrak selama lima tahun dan beliau kini berada di London untuk menjalani ujian perubatan. Perkara tersebut disahkan oleh wartawan bola sepak terkemuka antarabangsa, Fabrizio […]

Apa Andre Onana Cuba Lakukan?

Gelagat penjaga gol Manchester United, Andre Onana mencuri tumpuan penyokong dalam aksi The FA Community Shield di Stadium Wembley pada 10 Ogos lalu. Perlawanan ini menemukan United selaku juara The Emirates FA Cup dan musuh setempat, Manchester City selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL). United pada awalnya mendahului 1-0 hasil jaringan pemain sayap muda Argentina, […]

David de Gea Hampiri Perpindahan Ke Fiorentina

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea bakal menamatkan penantian kelab barunya dengan berhijrah ke Fiorentina. Selepas meninggalkan United sebagai ejen bebas pada akhir musim 2022/2023, penjaga gol Sepanyol itu dihujani dengan pelbagai tawaran dari luar negara seperti Arab Saudi dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, semua tawaran berkenaan ditolak oleh de Gea. Sepanjang tempohnya […]