Jaringan Persis Lagenda United, Ketenangan David Da Silva Julang Terengganu

Penyerang Import Terengganu FC, David Da Silva ternyata berada dalam kelas tersendiri setelah berjaya meledak jaringan dalam dua perlawanan berturut-turut untuk menjulang pasukan kendalian Nafuzi Zain dalam usaha untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim. Da Silva yang menjadi taruhan pasukan untuk merobek gawang gol lawan tatkala beliau baru sahaja menemui rentak […]

Gol Menakjubkan Pereira Dikaitkan Dengan Lagenda Manchester United

Pemain tengah berusia 25 tahun iaitu Andres Pereira baru-baru ini telah menjaringkan gol voli dari luar kotak penalti ketika perlawanan persahabatan pra-musim Manchester United bertemu Brentford.  Manchester United membuka jaringan terlebih dahulu melalui A.Elanga yang menerima hantaran kemas dari luar kotak penalti oleh Wan-Bissaka pada minit ke-12. Beberapa minit selepas itu, Brentford menyamakan kedudukan hasil […]

Marcus Rashford Berehat 3 Bulan

Berita buruk buat penyokong Manchester United apabila bintang utama mereka, Marcus Rashford bakal diketepikan untuk beberapa bulan bagi menjalani pembedahan ekoran kecederaan bahu yang dialami oleh beliau. Perkara ini diumumkan secara rasmi di laman web dan juga laman sosial Manchester United. Keputusan ini dibuat setelah mendapatkan pandangan Ole Gunnar Solksjaer, staf medikal kelab dan juga […]

Real Madrid Untung Besar, Perpindahan Raphael Varane Ke United Dirancang 10 Tahun Lalu

Hasrat Manchester United untuk menandatangani pertahanan berkelas dunia, Raphael Varane termakbul apabila telah mencapai persetujuan bersama bintang tersebut untuk membawanya ke Old Trafford pada musim hadapan. Perpindahan bintang Real Madrid itu menjadi perhatian seluruh dunia tatkala mengenangkan aksi kebal yang ditampilkan bersama rakan sepasukannya di sana, Sergio Ramos. Gandingan serasi ini telah mencipta nama di […]

Selepas Varane, Manchester United Ingin Bawa Masuk Pemain Tengah Ganti Pogba?

Ketika ini, Raphael Varane sudah disahkan bakal menyertai Manchester United dan akan diperkenalkan secara rasmi dalam beberapa hari lagi. Selepas berjaya menanda tangani pemain sayap kanan, Jadon Sancho dan pemain pertahanan tengah, Raphael Varane, Manchester United dikhabarkan bakal beralih kepada pemain tengah pula. Ketika awal musim perpindahan dibuka, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan ingin membawa masuk […]

Manchester United Lanjut Kontrak Juan Mata

Kelab gergasi England, Manchester United dengan rasminya mengumumkan bahawa Juan Mata telah bersetuju untuk lanjutan kontrak 1 tahun yang mengekalkannya di Old Trafford sehingga Jun 2022. Pemain berusia 33 tahun itu melengkapkan perpindahan dari Chelsea pada Januari 2014. Beliau telah membuat 273 penampilan dan berjaya menjaringkan 51 gol untuk Red Devils. Mata telah menjadi salah […]

Pogba Namakan Dua Pemain Lawan Paling Sukar Pernah Beliau Hadapi

Pemain beragama Islam, Paul Pogba yang kini berada dalam prestasi terbaik di Manchester United menamakan dua pemain tengah yang paling sukar baginya. Pemain tengah dari Perancis ini menyertai Q&A untuk Sunday United Review dan beliau ditanya dua pemain lawan paling sukar yang beliau pernah hadapi. Pogba yang diketahui masih berpuasa walaupun perlu bermain pada perlawanan-perlawanan […]

European Super League: Kelebihan & Keburukan Liga ‘Haram’ Yang Mencabar UEFA

Pengenalan Bermula semalam, kecoh di media sosial dan penggemar sukan eropah apabila dikhabarkan sebuah kejohanan eropah yang baharu akan dibentuk iaitu European Super League. Didalangi oleh Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang bakal menjadi pengerusi untuk kejohanan tersebut, kejohanan itu bakal mendapat dana daripada American bank JP Morgan sekitar 5 billion dolar. Antara kelab yang […]

De Gea ‘Malukan’ Rakan Sepasukan Semasa Sesi Latihan

Penjaga gawang Manchester United, David De gea mempunyai kekuatan dan kepantasan kaki samada ketika bermain bola sepak dengan kakinya atau ketika cuba menyelamatkan gawang. Dalam sesi latihan bersama pasukan Sepanyol baru-baru ini, De Gea membawa dirinya ketahap tertinggi ‘sekali lagi’. De Gea kini bersama pasukan Sepanyol ketika rehat antarabangsa dan semasa sesi latihan, kepantasan minda […]

TMJ Ingin Ganti Ed Woodward

Saat yang ditunggu pengikut akaun Instagram TMJ adalah sesi soal jawab dan dalam sesi soal jawab di story instagram TMJ terdapat soalan berkaitan Manchester United. Seseorang bertanya berkenaan prestasi Manchester United: “Komen Tuanku tentang prestasi Manchester United musim ini?” Dan Tunku Ismail Idris menjawab: “Tidak bagus. Ed Woodward harus digantikan dengan saya.” Walaupun kedengarannya seperti […]

Impak Lingardinho Punca Aksi Hebat West Ham

Siapa tidak kenal dengan Jesse Lingard, pemain kebanggaan Manchester United ini. Pemain yang pernah dicanang sebagai pengganti Cristiano Ronaldo ini semakin menjadi-jadi bersama West Ham United. Dipinjam keluar pada akhir Januari 2021, Lingard kini bangkit mempamerkan kemampuannya apabila membantu West Ham mencari kemenangan dengan gol dan assist beliau. Pada awal musim lalu, Lingard disisihkan Ole […]

Manchester United Tamatkan ‘Badi’ Kemenangan Manchester City di Etihad

Manchester United berjaya menamatkan ‘badi’ 15 kemenangan berturut-turut Manchester City di Liga Perdana Inggeris menerusi jaringan Bruno Fernandez dan Luke Shaw. Seawal minit pertama Manchester United berjaya mendahului perlawanan apabila Bruno Fernandez berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas Antony Martial di jatuhkan di dalam kotak penalti. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan memihak kepada […]

Haji Pogba Tak Mahu Duduk Di Tepi Sahaja

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui dirinya sangat membenci jika terpaksa memulakan perlawanan dari bangku simpanan kerana menurut pemain tengah berusia 27 tahun ini dirinya ingin sentiasa membantu pasukan. Ole Gunnar Solskjaer seringkali meletak Haji Pogba di tepi padang dan hanya memasukkannya pada separuh masa ke-2 dengan pelbagai alasan. “Saya juga kini merasa baik […]

Kenali 2 Nama Prospek Muda Yang Baru Dibawa Masuk United

7 Januari 2021, Manchester United mengumumkan ketibaan Amad Diallo secara rasmi. Pada hari terakhir jendela perpindahan pemain Ogos lalu, United telah melengkapkan pembelian 4 pemain iaitu Alex Telles, Edinson Cavani, Facundo Pellistri dan Amad Traore. Namun siapakah gerangan 2 pemuda bernama Pellistri dan Diallo? Facundo Pellistri dan Amad Diallo adalah antara bakat muda yang semakin […]

Rasmi: Alex Telles Sertai Manchester United

Manchester United mengumumkan kedatangan Alex Telles daripada FC Porto. Pertahanan kini menyerang ini menandatangani kontrak 4 tahun dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak. Pemain berumur 27 tahun ini merupakan pemain kebangsaan Brasil dan berjaya menjaringkan 26 gol dan 50 bantuan gol sepanjang 5 musim bersama FC Porto. “Menyertai Manchester United merupakan satu penghormatan besar. Saya perlu […]

Najib Razak Ingin Kejuaraan Liverpool Dibatalkan

Penantian Liverpool untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris bakal lenyap apabila Bapa Facebook Malaysia, Dato’ Najib Razak meminta agar Liga Perdana Inggeris dibatalkan. “Apa kata musim EPL 2019/2020 ini juga dibatalkan?Musim ini tak kira. Tahun depan kita start semula selepas wabak Covid selesai.Ada OK?” Bapa Facebook Malaysia ini yang juga merupakan Mantan Perdana Menteri Malaysia […]