Harry Maguire Terlepas Aksi Terakhirnya Bersama Manchester United

Pemain pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal terlepas peluang untuk beraksi pada musim ini selepas beliau disahkan cedera baru-baru ini. Kapten pasukan The Red Devils ini merupakan antara pemain utama dalam pasukan untuk mengetuai barisan pertahanan sungguhpun sering dikritik hebat. Malah, pemain berusia 29 tahun itu sering menjadi sasaran para peminat yang meletakkan […]

Harry Maguire: Kalau Saya Tak Bagus Takkan Saya Main Setiap Perlawanan

Kapten pasukan Manchester United, Harry Maguire menyelar semula tuduhan yang dilemparkan terhadapnya susulan prestasi kurang memberangsangkan bersama pasukan pada musim ini. Pemain berusia 29 tahun itu menerima pelbagai bentuk kecaman selepas kecuaiannya telah menyebabkan penyerang pasukan Norwich, Teemu Pukki untuk menjaringkan gol penyamaan. Walau bagaimanapun, dalam satu perlawanan sebelum perlawanan menentang Liverpool tempoh hari, Maguire […]

Tak Sampai 2 Hari, Ronaldo Kembali Sertai Sesi Latihan

Cristiano Ronaldo dilihat buat kali pertama sejak kematian tragis yang menimpa anak lelakinya yang baru lahir baru-baru ini. Penyerang Manchester United itu diberikan cuti penuh kerana belas kasihan oleh kelabnya. Cuti tersebut bergantung seberapa lama yang beliau perlukan. Namun sebaliknya berlaku apabila beliau memilih untuk pergi ke tempat latihan Manchester United di Carrington pada hari […]

Harry Maguire Bakal Dilucutkan Jawatan Kapten Manchester United

Pemain pertahanan pasukan Manchester United, Harry Maguire dilaporkan bakal diluuctkan jawatan kapten pasukan susulan persembahan hambarnya pada musim ini. Pertahanan pasukan kebangsaan England itu dikritik hebat setelah beliau dilihat menjadi punca kemerosotan prestasi The Red Devils yang kini terleposok di tangga ketujuh liga. Hal ini telah membangkitkan kemarahan sebahagian besar penyokong yang mahu Manchester United […]

EPL: Salah Berbuka Puasa Dengan Bola, Liverpool Mudah Ratah Manchester United

Liverpool mudah menewaskan Manchester United 4-0 di Anfield menerusi 2 jaringan Mo Salah dan jaringan Luis Diaz dan Sadio Mane sekaligus berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris. Manchester United yang turun tanpa kelibat Cristiano Ronaldo yang diberikan pelepasan selepas kehilangan bayi lelaki yang baru dilahirkan pasangannya, Georgia ternyata tempang tanpa kelibat pemenang Ballon d’Or […]

EPL: Hatrik Ikonik Ronaldo Bantu Manchester United Atasi Norwich

Hatrik penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo bantu The Red Devils atasi Norwich di Old Trafford. Manchester United bermula baik menerusi dua jaringan Ronaldo pada minit ke-7 dan minit ke-32 sebelum Kieran Dowell merapatkan jurang buat Norwich pada masa kecederaan separuh masa pertama. Bersambung babak ke-2 Norwich mengejutkan tuan rumah menerusi gol pernyamaan dari Teemu […]

Ceria Melampau, Cristiano Ronaldo Tak Mampu ‘Sorok’ Perasaan Bahagia Bersama Manchester United

Penyerang lagenda pasukan Manchester United, Cristiano Ronaldo menutup segala spekulasi bahawa beliau tidak bahagia bersama kelabnya setelah tampil dengan penuh ceria hari ini. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh laman rasmi Manchester United, penyerang kebangsaan Portugal itu menunjukkan semangat dan juga komitmen yang tinggi untuk menjalani latihan. Bekas bintang Real Madrid ini kekal bermotivasi […]

Harry Maguire Buat Hal Lagi, Minta Pengadil Hukum Rakan Sepasukan Sendiri

Kapten kesayangan pasukan Manchester United, Harry Maguire terus menjadi punca kemerosotan prestasi pasukannya sendiri apabila mereka dihukum oleh Everton sebentar tadi. The Red Devils yang turun dengan mempertaruhkan penyerang lagenda kelab, Cristiano Ronaldo ternyata masih gagal untuk merobek gawang pasukan Everton yang dikendalikan oleh Frank Lampard. Hasilnya, pasukan tuan rumah memperoleh jaringan tunggal menerusi pemain […]

EPL: Manchester United Semakin Dungu Tewas Kepada Everton

Manchester United meneruskan tradisi hambarnya dalam kempen Liga Perdana Inggeris setelah tewas 1-0 kepada pasukan yang bergelut di tangga bawah liga, Everton di Goodison Park. Walaupun United menyerang habis-habisan seawal minit pertama perlawanan, Everton akhirnya berjaya mendapatkan jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-27 menerusi sepakan pemain muda Everton, Anthony Gordon. Bola sepakan Gordon terkena lengan […]

Manchester United Mungkin Tak Jadi Jual Harry Maguire

Pasukan gergasi EPL, Manchester United berkemungkinan tidak akan melepaskan khidmat pertahanan tengah dan juga kapten pasukan, Harry Maguire pada jendela perpindahan musim panas ini. Pertahanan berusia 29 tahun itu sedang dikritik hebat ketika ini susulan persembahan kurang memberangsangkannya selain kesilapan-kesilapan mudah yang telah menyebabkan pasukan The Red Devils kehilangan mata dengan mudah. Oleh yang demikian, […]

Aksi Elanga Buat Hal Gagalkan Rashford Jaringkan Gol, Bruno ‘Pelik’ Kerana Tiada Penalti

Peluang Manchester United untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan liga musim ini digagalkan oleh para pemainnya sendiri apabila Anthony Elanga menghalang peluang yang dimiliki oleh Marcus Rashford untuk menjaringkan gol. Perlawanan yang melibatkan pertembungan antara pasukan The Red Devils menentang Leicester City itu berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Pasukan tuan rumah bermula garang untuk terus mencari […]

Remaja 19 Tahun Dipenjara Kerana Hina Rashford

Seorang remaja berusia 19 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 minggu kerana telah menghina penyerang Manchester United, Marcos Rashford. Sebelum ini, Marcus Rashford antara punca utama kegagalan pasukan England menewaskan pasukan Itali dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir EURO 2020 musim lepas. Justin Lee Price, menyerang Rashford di laman twitter dengan menghantar mesej […]

Manchester United Sedia Lepaskan 3 Pemain Secara Percuma

Manchester United dilaporkan tidak akan menawarkan sebarang kontrak lanjutan kepada 3 pemain mereka yang bakal bergelar ejen bebas pada hujung musim ini menurut Fabrizio Romano. Tiga pemain tersebut ialah Jesse Lingard, Edinson Cavani dan Juan Mata. 3 pemain tersebut dijangka tidak akan berada dalam perancangan baharu kelab walaupun ketika ini Manchester United masih belum mendapatkan […]

Wayne Rooney Tawarkan Dirinya Sebagai Pengurus Manchester United

Lagenda Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan bahawa beliau mahu menjadi pengurus Manchester United pada suatu hari nanti. Sebelum ini, bekas pemain England ini telah menolak tawaran sebagai pengurus pasukan Everton kerana hati beliau tetap mahu ke Manchester United seperti yang disahkan oleh wartawan terkenal, Fabrizio Romano. Jurulatih pasukan Derby Country itu bercita-cita tinggi untuk membuktikan […]

Erik ten Hag Jalani Temu Duga Bagi Jawatan Pengurus Manchester United

Manchester United telah berjumpa dengan pengurus Ajax, Erik ten Hag bagi sesi temu duga jawatan pengurus Manchester United. Manchester United ketika ini dikendalikan oleh Ralf Rangnick selaku pengurus interim dan mula mencari pengurus seterusnya bagi saingan musim hadapan. Menurut kenyataan Fabrizio Romano, United berpuas hati dengan kefasihan Erik ten Hag berbahasa Inggeris namun belum ada […]

Graham Potter Bakal Bos Baru Manchester United?

Selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan digantikan oleh pemangku jurulatih Ralf Rangnick, beberapa nama dikaitkan dengan kerusi panas Manchester United itu. Antara yang dikaitkan ialah Henk ten Cate (Ajax Amsterdam) dan Mauricio Pochettino (Paris Saint Germain). Terkini, pengurus Brighton Graham Potter dicanang sebagai pengurus baru United untuk musim hadapan. Pengurusan kelab memantau rapi perkembangannya sebagai […]