Najib Razak Yakin Manchester United Akan Bangkit Kelak

Peminat sejati Manchester United (MU), Datuk Seri Najib Tun Razak melaungkan keyakinan bahawa pasukan kegemarannya itu akan bangkit pada aksi minggu hadapan.  Pada ahad yang lalu, Manchester United telah dimalukan oleh pasukan Brentford dengan keputusan 0-4 di tempat lawan.  Oleh sebab itu, beliau menerima banyak hantaran berkenaan carta kedudukan MU di Liga Perdana Inggeris daripada […]

Media Indonesia Dakwa Pemain Indonesia Bakal Sertai Manchester United

Media Indonesia, Bola.com melaporkan bahawa seorang pemain kelahiran Belanda berketurunan Indonesia, Mees Hilgers bakal sertai Manchester United. Perkara ini berbangkit apabila pertemuan antara Mees Hilger dan jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag bertemu di sebuah restoran untuk makan malam. Jurugambar makan malam tersebut menyatakan bahawa pertemuan mereka berdua merupakan sebahagian daripada Projek De Talenten Academie […]

EPL: Manchester United Dibantai Brentford, Huni Tangga Terbawah Liga

Manchester United meneruskan tradisi kekalahannya selepas dimalukan Brendford 4-0 di Stadium Komuniti Gtech. Manchester United dikejutkan dengan jaringan awal Josh Dasilva selepas sepakannya gagal ditangkap kemas De Gea. Mathias Jensen menambah derita pelawat dengan jaringan ke-2 pada minit ke-18 hasil kesilapan De Gea dan pertahanan United. Brendford sekali lagi menghukum kealpaan United setelah berjaya menjaringkan […]

Penyokong Manchester United Bergaduh Sesama Sendiri

Persembahan kurang memberangsangkan geegasi bola sepak Inggeris (EPL), Manchester United bertambah parah apabila para penyokong kelab bertelagah sesama sendiri. Seperti yang sedia maklum, United di bawah kendalian jurulatih baharu, Erik Ten Hag tewas pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Brighton baru-baru ini. Keputusan ini jelas memberi kesan terhadap emosi para penyokong yang […]

Ibarat Ayam Bandar, Marcus Rashford Dinilai Sama Taraf Pemain Liga Sosial

Kekalahan mengejut Manchester United kepada Brighton semalam jelas sekali mengecewakan jutaan penyokong The Red Devils di seluruh pelusuk dunia. Dalam perlawanan yang menyaksikan mereka tewas 2-1 itu, pemain Manchester United, Marcus Rashford merupakan pemain yang lantang dikritik dan beliau merupakan pemain yang mempunyai ‘rating’ terendah dalam perlawanan tersebut. Rashford diturunkan dalam kesebelasan utama dan bermain […]

Erik ten Hag Bengang Dengan Cristiano Ronaldo

Jurulatih Manchester United, Erik ten Hag dilihat bengang dengan sebahagian pemain termasuk Cristiano Ronaldo kerana meninggalkan padang lebih awal atas alasan bagi mengelak kesesakan.  Beliau sudah menyatakan lebih awal lagi bahawa beliau tidak memberikan kelulusan untuk balik awal ketika perlawanan Pra-Musim terakhir Manchester United menentang kelab Sepanyol, Rayo Vallecano Ahad lalu. Selain itu, pihak BBC […]

Harry Maguire Mahu Bawa Manchester United Ke Puncak

Pertahanan kental Manchester United, Harry Maguire berazam dan berusaha untuk membawa Manchester United ke puncak pada masa hadapan. Pemain berusia 29 tahun itu akui mengalami jalan yang agak sukar sebagai seorang pemain selepas aksi tidak konsistennya telah menyebabkan United tercicir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Beliau juga bersikap positif walaupun prestasinya agak merudum, beliau […]

“Saya Masih Lihat Banyak Kesalahan” – Ten Hag Tak Mahu Permulaan Era Baharu United Terganggu

Ketua jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag masih kurang berpuas hati terhadap persembahan pasukannya sungguhpun telah membelasah musuh tradisi, Liverpool dengan keputusan 4-0. The Red Devils turun dengan motivasi terbaik apabila terus menekan barisan pertahanan The Reds seawal minit pertama permainan. Sungguhpun begitu, bekas pengendali Ajax itu tetap merasakan bahawa masih terdapat banyak perkara yang boleh […]

Aksi Tembak Langit Darwin Nunez Bernilai RM 446 Juta

Penyerang baharu pasukan Liverpool, Darwin Nunez mengesahkan kehadirannya ke dalam skuad Jugen Klopp dengan aksi yang kurang memberangsangkan selepas mereka tewas 4-0. Pemain berusia 22 tahun dimasukkan pada separuh masa kedua untuk menajamkan lagi jentera pasukan selepas ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. Sungguhpun mempunyai beberapa peluang, percubaan Nunez berjaya digagalkan oleh barisan pertahanan United […]

Bangkok Century Cup: Manchester United Belasah Liverpool, Bukti Kebangkitan Sejati

Manchester United membuktikan bahawa mereka merupakan kelab gergasi Eropah apabila membelasah Liverpool 4-0 dalam aksi Bangkok Century Cup hari ini. Pengendali baharu United, Erik Ten Hag dilihat tidak membawa banyak pertukaran sebaliknya Liverpool cenderung untuk membariskan pemain muda dalam kesebelasan utama pasukan. Hal ini jelas memberi kesan kepada kedua-dua pasukan sungguhpun saling melancarkan serangan seawal […]

Chelsea Mahu Satukan Semula De Ligt & De Jong

Pasukan yang berpangkalan di London, Chelsea dilaporkan berminat untuk membawa masuk dua bekas bintang muda Ajax, Matthijs De Ligt dan juga Frankie De Jong. Khabar angin bertiup kencang mengenai usaha membawa masuk pertahanan Juventus itu selepas The Blues kehilangan dua tonggak utama iaitu Antonio Rudiger dan juga Andreas Christensen. Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dilaporkan […]

Christian Eriksen Sah Sertai Manchester United

Pemain kebanggsaan Denmark, Christian Eriksen sah akan sertai Manchester United seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano. Menurut Fabrizio, pemain berusia 30 tahun ini akan mendatangani kontrak selama tiga tahun (sehingga bulan Jun 2025) selepas mendapat persetujuan penuh daripada kedua buah kelab (MU dan Brentford). Untuk pengetahuan, Christian Eriksen sebelum ini telah berhubung dengan jurulatih […]

Todd Boehly Rancang Cubaan Bawa Cristiano Ronaldo Ke Chelsea

Pemilik baharu Chelsea FC, Todd Boehly merancang untuk melakukan percubaan membawa masuk bintang terkemuka Manchester United, Cristiano Ronaldo ke Stamford Bridge musim panas ini. Penyerang berusia 37 tahun itu dilaporkan berang dengan situasi yang melanda kem United selepas kurang aktif dalam jendela perpindahan kali ini. Kemasukan jurulatih baharu, Erik Tan Hag seakan tidak mendapat kerjasama […]

Tular Rakaman Bruno Fernandes Maki Fred & Alex Telles

Tular satu rakaman bintang Manchester United, Bruno Fernandes menegur rakan sepasukannya dari Brazil, Fred dan Alex Telles yang dilihat sedang sibuk berbual bicara di hadapan kamera. Dalam satu rakaman berdurasi 9 saat itu, Bruno Fernandes jelas tidak berpuas hati dengan kelibat Fred & Alex Telles yang sibuk melayani rakaman seseorang. Bruno memberi amaran agar kedua-dua […]

Erik Ten Hag Ugut Bintang United Untuk Digantikan Dengan Pemain Akademi

Pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan telah menetapkan undang-undang kepada para pemainnya melalui satu e-mel yang dihantar kepada semua pemain dengan menggariskan apa yang dia harapkan daripada mereka di bawah kepimpinannya. Ten Hag mempunyai tugas yang besar untuk mengendalikan barisan pemain berstatus bintang di United. Bekas pengendali Ajax itu ingin mengubah budaya di […]

Harry Maguire Seolah-Olah Menyindir Ralf Rangnick

Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire telah mengeluarkan satu kenyataan yqng seolah-olah menyindir bekas jurulatihnya, Ralf Ragnick. Pertahanan kebangsaan England itu mengulas mengenai kehadiran jurulatih baharu, Erik Tan Hag yang sudah pasti membawa semangat dan aura baharu ke kelab tersebut. Beliau juga yakin Ten Hag mampu untuk memberikan impak yang selayaknya buat The Red Devils […]