EPL: Gol Minit Akhir Bantu Manchester United Tumbangkan Wolves

Wolves dilanda malang apabila jaringan pemain muda Manchester United di minit akhir perlawanan bantu mereka pulang dengan tiga mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada pagi Jumaat. Manchester United bermula garang dengan mendahului dua gol di awal permainan melalui jaringan Marcus Rashford dan Rosmus Hojlund, masing-masing pada minit ke-5 dan minit ke-22. Keputusan Wolves […]
AllStar Sports Umum Senarai Pemain Bintang Untuk “Battle of The Reds” April Ini Di Bukit Jalil

AllStar Sports Sdn. Bhd. (AllStar Sports) dengan kerjasama ACO Media dan World Football Legends (WFL) telah mengumumkan secara rasmi barisan pemain untuk Manchester Reds dan Liverpool Reds menjelang pertembungan yang dinanti-nantikan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 April 2024. Antara barisan Manchester Reds termasuk Louis Saha, Dwight Yorke, Jaap Stam, Lee Sharpe, Clayton Blackmore, […]
Sepupu Andre Onana Rampas Posisi Penjaga Gol Utama Cameroon

Andre Onana diuji lagi apabila sepupunya sendiri merampas posisi penjaga gol utama Cameroon sewaktu menentang Gambia. Jurulatih Cameroon, Rigobert Song memilih Fabrice Ondoa yang berusia 28 tahun berbanding Onana setelah penjaga gol Manchester United itu dibolosi sebanyak 3 kali sewaktu berdepan Senegal tempoh hari. Lebih memeritkan, Onana gagal melakukan sebarang penyelamatan bola dalam perlawanan tersebut […]
EPL: Brighton Diikat Wolves, Pintas Kedudukan Manchester United

Brighton and Hove Albion terus mendaki carta liga meskipun diikat Wolverhampton Wanderers dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Wolves yang turun tanpa beberapa pemain tonggak seperti Hwang Hee-chan dan Rayan Ait-Nouri berjaya mengimbangi kekuatan pasukan tuan rumah. Tiada percubaan merbahaya yang dilancarkan Brighton di separuh masa pertama meskipun penguasaan bola jelas memihak skuad The Seagulls. […]
Bakat Baru: Bekas Pemain Muda Man United Berpotensi Sarung Jersi Malaysia

Semakin hari, semakin ramai pemain berdarah keturunan Malaysia yang beraksi di luar negara berjaya dikesan oleh pencari bakat. Terkini, bekas pemain muda Manchester United yang kini beraksi bersama kelab divisyen tiga England, Port Vale iaitu Thomas Roy Sang dikesan mempunyai keturunan Malaysia. Dalam satu hantaran di laman Instagram pencari bakat, Frfuturetalents, Thomas Roy Sang atau […]
Cristiano Ronaldo Puji Man City “Mereka Amat Menakjubkan”

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menyifatkan musuh setempat Manchester United, Man City sebagai sebuah pasukan yang menakjubkan. Komen tersebut dibuat semasa beliau menjadi panel Globe Soccer Awards yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam. Ronaldo berpandangan sedemikian kerana pasukan itu berjaya menggondol tiga trofi dalam musim 2022-2023. Tiga trofi yang dimenangi City pada musim […]
Karim Benzema Jadi Buruan Manchester United

Karim Benzema kini menjadi buruan Manchester United yang sedang mencari penyerang untuk tempoh jangka masa pendek. Bekas penyerang kebangsaan Perancis itu mula dikaitkan ke Old Trafford setelah United dilaporkan ingin mendapatkan khidmat penyerang pinjaman bagi menambah sengat serangan pasukan. Ketika ini United bergantung kepada Rasmus Hojlund, Anthony Martial dan Marcus Rashford sebagai penyerang utama namun […]
EPL: Tottenham Hotspur Bangkit Ikat Manchester United

Manchester United terpaksa akur berkongsi mata bersama Tottenham Hotspurs dalam aksi EPL pada pagi Isnin. Manchester United hanya memerlukan tiga minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Rasmus Hojlund yang melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kiri. Spurs tidak berdiam diri dan mula serius mengatur serangan. Hasilnya, penyerang Spurs, Richarlison berjaya menanduk cantik sepakan penjuru Pedro Porro […]
Erik Ten Hag Mahukan Penyerang Tua Buat Man United

Ketumpulan serangan Man United dari awal musim 2023-2024 meresahkan pengurus mereka, Erik ten Hag. Situasi ini terserlah semasa United menentang kelab Liga Satu (divisyen ketiga England), Wigan Athletic dalam aksi pusingan ketiga The FA Cup awal pagi semalam. Daripada 33 percubaan gol ke arah gawang Wigan, 14 berjaya ditepis atau diselamatkan penjaga gol Sam Tickle. […]
FA Cup: Man United Mudah Benam Cabaran Wigan

Man United bangkit daripada kekalahan di tangan Nottingham Forest dalam liga dengan mara ke pusingan keempat The FA Cup hari ini. United berjaya melakukannya selepas mengatasi cabaran kelab Liga Satu (divisyen tiga England) dan juara The FA Cup edisi 2013, Wigan Athletic. Selepas dimalukan Forest 2-1 dalam perlawanan terakhir liga sebelum ini, anak buah Erik […]
Jesse Lingard Tawarkan Diri Sertai Barcelona

Bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard menawarkan dirinya kepada kelab Barcelona yang sedang mencari pemain tengah baru. Lingard kini bergelar ejen bebas dan masih belum menyertai mana-mana kelab sejak dilepaskan oleh Nottingham Forest pada Julai 2023. Menurut Sport Bible, Barcelona kini sedang mencari pemain tengah sokongan ketika jendela perpindahan Januari dibuka. Namun berikutan masalah kewangan […]
Kesengsaraan Jadon Sancho Di Man United Akan Berakhir

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho kini boleh menarik nafas lega apabila bakal mendapat peluang beraksi semula selepas sekian lama tidak merasainya, Sancho dikatakan bakal berlepas ke kem latihan gergasi Jerman, Borussia Dortmund di Marbella, Sepanyol dalam masa terdekat. Perbincangan akhir sedang dilakukan oleh pihak United dan Dortmund untuk merealisasikannya. “Perjalanan Jadon Sancho ke kem […]
Bekas Penyerang Stoke City Jadi Buruan Man United

Manchester United kini mencari penyerang sokongan setelah pasukan itu bergelut untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Bekas penyerang Stoke City yang kini bermain buat Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada jendela perpindahan Januari ini. United ketika ini hanya memiliki Rasmus Hojlund dan Anthony Martial selaku penyerang […]
Erik Ten Hag Mahu Selamatkan Pemain Buangan Chelsea

Selepas melihat barisan serangan Manchester United bergelut mendapatkan gol, jurulatih Belanda, Erik ten Hag bakal memburu penyerang dalam tetingkap perpindahan Januari. Keputusan ini dibuat selepas United hanya menjaringkan 22 gol dalam 20 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini. Malah, penjaring terbanyak mereka ialah pemain tengah Scotland, Scott McTominay dengan lima gol. Meskipun Sir Jim […]
Erik Ten Hag Dedah Punca Kekal Percayakan McTominay

Sejak kebelakangan ini, banyak keputusan yang dibuat pengurus Manchester United, Erik ten Hag dipersoal oleh penyokong. Salah satu daripadanya ialah pemilihan Scott McTominay baik dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian. Terbaru, pemain tengah antarabangsa Scotland itu masuk menggantikan bintang muda United, Kobbie Mainoo dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest. Perlawanan tersebut […]
EPL: Kelalaian Man United Dihukum Nottingham Forest

Prestasi tidak konsisten Man United untuk musim 2023-2024 terus membuatkan pengurus mereka, Erik ten Hag menggaru kepala. Ini selepas The Red Devils tumpas 2-1 kepada Nottingham Forest dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground awal pagi ini. Kedua-dua pasukan berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas masing-masing meraih kemenangan ke atas Aston Villa […]