Pemain Manchester United Kagum Corak Latihan Ruben Amorim

Barisan pemain Manchester United kagum dengan corak latihan yang diterapkan jurulatih baharu mereka, Ruben Amorim. Pengurus Portugal berusia 39 tahun itu dibawa masuk sebagai pengganti Erik ten Hag pada 1 November lalu. Walau bagaimanapun, Amorim perlu menunggu sehingga 11 November kerana memenuhi notis bersama kelab lamanya, Sporting Lisbon. Beliau akhirnya tiba bersama lima pembantunya di […]
Ruben Amorim Jujur, Beri Dua Sebab Terpikat Dengan Manchester United

Pengurus baru Manchester United, Ruben Amorim mengakui terpikat dengan kelab berkenaan kerana didorong oleh faktor sejarah dan jalinan hubungan dengan individu penting di kelab itu. Amorim tiba di Old Trafford sebagai pengendali baru United menggantikan pengurus sebelumnya, Erik ten Hag. Bekas pengurus Ajax Amsterdam itu dipecat selepas prestasi tidak menentu The Red Devils sejak awal […]
Amaran Awal Ruben Amorim Buat 5 Pemain Manchester United

Pengurus baru Manchester United, Ruben Amorim mengingatkan lima tonggak muda kelab berkenaan itu tampil konsisten untuk musim 2024/25. Lima pemain yang dimaksudkan ialah Alejandro Garnacho, Amad Diallo, Kobbie Mainoo, Rasmus Hojlund dan Leny Yoro. Garnacho dan Mainoo merupakan antara pemain yang menyerlah semasa era pengurus sebelumnya, Erik ten Hag. Manakala Diallo pula menunjukkan kualitinya terutama […]
“Tak Perlu Manchester United, JDT Contoh Terbaik Di Malaysia” – Hadi Fayyadh

Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh yakin Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan contoh terbaik di Malaysia dan tidak perlu merujuk kepada kelab luar seperti Manchester United. Tonggak kelahiran Tanjung Malim, Perak ini berkelana di Jepun hampir 4 tahun setengah sebelum pulang beraksi di Malaysia. Beliau berhijrah sekitar tahun 2019 dari JDT dan sempat beraksi bersama dua […]
Bekas Jurulatih KL City Sertai Amorim Di Manchester United

Siapa sangka salah seorang staf kejurulatihan baru Manchester United memiliki kaitan dengan kelab Liga Super, KL City FC. Staf kejurulatihan yang dimaksudkan ialah Emanuel Ferro. Jurulatih berusia 45 tahun itu pernah bersama The City Boys dari 2013 hingga 2014 sebagai pembantu jurulatih Ricardo Formosinho. Gandingan dua jurulatih dari Portugal itu membantu KL City kekal dalam […]
Bruno Fernandes Selamatkan Penumpang Pesawat

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes menjadi wira dalam kehidupan sebenar apabila menyelamatkan seorang penumpang pesawat yang tidak sedarkan diri. Daily Mail melaporkan Insiden ini terjadi dalam penerbangan EasyJet dari Manchester, England ke Lisbon, Portugal baru-baru ini. Fernandes dan rakan sepasukan, Diogo Dalot mengambil penerbangan tersebut untuk menyertai kem latihan Portugal. Sebaik menyedari seorang penumpang tidak […]
MakanBola Lancar Segmen Baru: MakanBola United

MakanBola hari ini memperkenalkan segmen baru yang diberi nama MakanBola United yang mengkhususkan isi kandungan khusus untuk penggemar Manchester United di Malaysia. Setelah terseksa dengan prestasi teruk sejak sekian lama, kebangkitan era baru Manchester United di bawah kepimpinan Ruud van Nistelrooy dan kini di bawah Ruben Amorim, segmen baru ini akhirnya diperkenalkan. “Kami sudah lama […]
Van Nistelrooy Atasi Rekod Hebat Ten Hag Di Manchester United

Legenda Man Utd, Ruud van Nistelrooy telah mengatasi beberapa rekod pengurus sebelumnya, Erik ten Hag sepanjang bergelar jurulatih interim pasukan itu. Jurulatih berusia 48 tahun itu dipilih sebagai pengendali interim selepas United memilih memecat ten Hag. Beliau bertanggungjawab menyelia The Red Devils untuk empat perlawanan sebelum menyerahkan tugas kepada pengganti ten Hag, Ruben Amorim. Meskipun […]
EPL: Manchester United Menang Bergaya Ke Atas Leicester City

Manchester United mempamerkan aksi hebat di bawah kendalian pengurus interim Ruud Van Nistelrooy apabila menewaskan Leicester City dengan jaringan 3-0. Amad Diallo bersama-sama Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan juga Rasmus Hojlund diberikan kepercayaan untuk membarisi jentera serangan pasukan. Leicester City pula mempertaruhkan nama-nama seperti Harry Winks, Wilfred Ndidi dan juga Boubakary Soumare untuk mengawal bahagian […]
UEL: Man United Catat Kemenangan Pertama, Tundukkan Paok

Aksi saingan UEFA Europe League pagi ini menyaksikan Man United berjaya menewaskan kelab Greece, Paok. Kedua buah pasukan membariskan kesebelasan terbaik bagi memburu kemenangan pertama dalam perlawanan keempat UEL. Tiada jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua pasukan di separuh masa pertama, The Red Devils dilihat lebih menguasai permainan dengan 59 peratus sementara Paok hanya 41 […]
Bruno Fernandes Minta Maaf Kepada Ten Hag

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes mendedahkan beliau berhubung dengan Erik ten Hag dan memohon maaf kepadanya. Jurulatih Belanda berusia 54 tahun itu dipecat United susulan prestasi tidak menentu pasukan itu sejak awal musim 2024/25. Susulan itu, The Red Devils mengumumkan Ruben Amorim sebagai pengganti ten Hag. Antara keputusan pengurus Belanda itu ialah menjadikan Fernandes sebagai […]
EPL: Chelsea ‘Sedekah’ Satu Mata Buat Manchester United

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ke-10 menyaksikan Chelsea dan Manchester United terikat seri di Old Trafford. Setelah menghadiahkan kemenangan pertama untuk Ruud Van Nistelrooy pada Khamis, United turun ke laman sendiri bagi melayani kunjungan jaguh dari London, Chelsea. Kesebelasan utama Manchester United diketuai oleh bintang Portugal, Bruno Fernandes manakala Chelsea mengharapkan Cole Palmer […]
Ruben Amorim Bawa Rekod 71% Kemenangan Ke Man Utd

Pengurus baru Man Utd, Ruben Amorim membawa rekod yang memukau penyokong dari kelab lamanya, Sporting Lisbon. Sejak menyertai Sporting pada Mac 2020, Sky Sports melaporkan jurulatih berusia 39 tahun itu merekodkan 162 kemenangan daripada 228 perlawanan atau 71% dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara UEFA (UCL). Rekod ini cukup mengagumkan ditambah dengan lima trofi yang […]
Ruben Amorim Jurulatih Baharu Manchester United

Bekas pengurus Sporting Lisbon, Ruben Amorim sah dilantik sebagai pengurus Manchester United yang baharu. Perlantikan jurulath Portugal berusia 39 tahun itu diumumkan pengurusan The Red Devils menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan. Ini sekaligus menamatkan desas-desus siapa calon pengganti jurulatih sebelumnya, Erik ten Hag. “Manchester United gembira untuk mengumumkan perlantikan Ruben Amorim sebagai […]
Sporting CP Untung RM66 Juta Kerana Man Utd

Kelab gergasi Portugal, Sporting CP meraih laba bernilai €14 juta (RM66 juta) disebabkan usaha Man Utd mendapatkan pengurus mereka, Ruben Amorim. Selepas memilih memecat pengurus Belanda, Erik ten Hag, pengurusan The Red Devils memilih Amorim sebagai calon utama untuk mengisi kerusi panas di Old Trafford. Walau bagaimanapun, Sky Sports mendedahkan United perlu membayar klausa pelepasan […]
Piala EFL: Man Utd Raih Kemenangan Pertama Hasil Ruud Van Nistelrooy

Aksi saingan Piala EFL pagi ini menyaksikan Man United raih kemenangan pertama dibawah kendalian Ruud Van Nistelrooy selepas menewaskan Leicester City dengan keputusan 5-2. Kedua-dua buah pasukan membariskan kesebelasan utama yang terbaik bagi saingan EFL pusingan keempat. Empat gol berjaya dihasilkan oleg Manchester United menerusi Casameiro (1′, 39′), Alejandro Garnacho (28′) Dan Bruno Fernandes (36′). […]