UCL: Real Madrid Sekat Hajat Manchester City

Perlawanan suku akhir pertama bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah pagi ini menyaksikan pertembungan di antara Real Madrid menentang Manchester City yang berkesudahan dengan jaringan 3-3. Skuad kendalian Carlo Ancelotti menyekat hajat anak buah Pep Guardiola untuk raih tiga mata berharga di Stadium Bernabeu. Perlawan bermula rancak apabila kedua buah pasukan gergasi ini cuba untuk menguasai […]
UEFA Luluskan Permintaan Aneh Real Madrid

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kini telah meluluskan permintaan aneh Real Madrid menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Dua gergasi Eropah iaitu Real Madrid dan Manchester City bakal turun berentap di gelanggang keramat Stadium Santiago Bernabeu. Real Madrid kemudian telah memohon kepada UEFA pada saat akhir untuk menutup atap bumbung stadium […]
EPL: Manchester City Hampiri Puncak Liga Selepas Belasah Crystal Palace

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan antara Crystal Palace menentang Manchester City yang berkesudahan dengan keputusan 2-4. Tuan rumah, Crystal Palace membuka jaringan pertama menerusi Jean-Phillipe Mateta yang berjaya melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gol Man City, Stefan Ortega seawal tiga minit permainan. Pada minit ke-13 permainan, Manchester City tidak menunggu lama […]
EPL: Manchester City Gah Baham Aston Villa

Manchester City berjaya menundukkan cabaran Aston Villa dengan kemenangan bergaya di Stadium Etihad. Anak buah Pep Guardiola tampil dominan dengan penguasaan bola seperti kebiasaan dan kali ini Phil Foden muncul watak penting pasukan. Rodri membuka tirai jaringan buat City seawal minit ke-11 perlawanan setelah menyempurnakan bola hantaran Jeremy Doku. Tersentak dengan gol tersebut, Aston Villa […]
EPL: Manchester City ‘Digari’ Arsenal

Pertemuan epik Manchester City dan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad menyaksikan hanya keputusan seri dapat diraih. Kedua-dua pasukan terdesak mahukan tiga mata setelah salah satu pencabar hebat, Liverpool mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Brighton sekaligus menjadikan perebutan takhta semakin sengit. Man City yang mempertaruhkan gandingan penyerang berbisa, Erling Haaland dan […]
Terjahan Kontroversi Jeremy Doku Cetus Kemarahan Liverpool

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan Liverpool dan Manchester City diselubungi kontroversi awal pagi tadi. Menjelang minit-minit akhir perlawanan, cubaan pemain sayap Belgium, Jeremy Doku mendapatkan bola mengakibatkan kakinya terkena dada pemain tengah The Reds, Alexis MacAllister. Memandangkan insiden tersebut berlaku dalam kotak penalti, ramai peminat menjangkakan penalti akan diberi kepada Liverpool. Bagaimanapun, penolong pengadil […]
EPL: Liverpool & Man City Sama Handal, Arsenal Mula Tertekan

Liverpool gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri apabila diikat Man City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Perlawanan yang berlangsung di Stadium Anfield itu menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan misi meraih tiga mata bagi merebut kedudukan pertama liga. Babak pertama perlawanan bermula dengan sengit apabila kedua-dua pasukan tampak bersemangat bagi mencari jaringan awal. Pada […]
Sofyan Amrabat ‘Sedekah’ Gol Kepada Man City

Sejak dipinjamkan ke Manchester United dari Fiorentina untuk musim ini, Sofyan Amrabat tidak mempamerkan prestasi yang memberangsangkan di bahagian tengah. Atas sebab itu, kesilapannya yang menyumbang kepada gol ketiga Manchester City dalam perlawanan terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam mencuri tumpuan penyokong. Amrabat yang masuk pada minit ke-82 menggantikan Kobbie Mainoo dilihat bukan saja gagal […]
EPL: Kebangkitan Memukau Man City Musnahkan Harapan Man United

Manchester City tiada masalah untuk menumbangkan jiran setempat, Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Manchester United yang dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Fulham minggu lalu terlebih dahulu di depan menerusi rembatan Marcus Rashford dari luar kotak penalti seawal minit kelapan. Anak-anak buah Pep Guardiola seakan tersentak dan terus merencana serangan bertubi-tubi ke gawang […]
FA Cup: Manchester City Kenduri Gol Singkirkan Luton Town

Manchester City menampilkan aksi cemerlang untuk menyingkirkan Luton Town dalam saingan Piala FA. Erling Haaland menjadi watak utama dalam kemenangan besar ini apabila menjaringkan 5 gol untuk pasukan. City tidak menunggu lama apabila Haaland terus membuka tirai jaringan pada minit ke-3 perlawanan. Haaland menjaringkan gol kedua pada minit ke-18 apabila menerima bola hantaran daripada Kevin […]
EPL: Manchester City Bergelut Atasi Bournemouth

Manchester City bergelut untuk mengatasi cabaran Bournemouth disebalik kemenangan tipis di Stadium Vitality. Pep Guardiola menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam mencari 3 mata berharga bagi mengejar kedudukan pertama liga. Aksi babak pertama menjadi milik City apabila mereka menguasai pegangan bola namun turut melepaskan beberapa peluang keemasan. Phil Foden muncul wira City pada minit ke-24 setelah […]
EPL: Man City Terlepas Peluang Ke Puncak, Disekat Chelsea

Man City terlepas peluang memintas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool apabila diikat 1-1 dengan Chelsea dalam aksi terbaru liga di Stadium Etihad. City perlu meraih tiga mata untuk kembali berada di persada EPL. Sementara The Blues pula perlu menang jika ingin menghambat Brighton yang menduduki tangga kesembilan liga. Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi […]
Kelab EPL Berlaga-Laga Buru Kaoru Mitoma

Kaoru Mitoma kini menjadi sasaran beberapa kelab utama Eropah selepas mempamerkan prestasi cemerlang sejak kebelakangan ini. Sebelum ini terdapat laporan bahawa Barcelona bersedia menawarkan pertukaran pemain melibatkan Ansu Fati untuk mendapatkan khidmat Mitoma bagi memperkuatkan bahagian sayap kiri pasukan. Kini beberapa kelab di England seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea turut berminat dengan pemain […]
EPL: Erling Haaland Muncul Wira Manchester City Benam Everton

Manchester City meraih kemenangan berharga ke atas Everton untuk merampas takhta liga dari Liverpool. Anak buah Pep Guardiola gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ke atas Everton pada babak pertama sekali gus terikat seri tanpa jaringan. Bermula babak kedua, City mengasak dengan lebih kerap ke arah gawang gol Everton namun mereka bergelut untuk menguji penjaga gol […]
FA Cup: Tottenham Hotspur Diaibkan Man City

Tottenham Hotspur gagal meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA Inggeris selepas ditewaskan Manchester City di hadapan ribuan penyokong sendiri . Kedua-dua pasukan dilihat membuat perubahan dalam kesebelasan utama dengan beberapa pemain penting pasukan direhatkan. Man City memulakan penguasaan bola menyeluruh dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek manakala Spurs pula mempamerkan disiplin bertahan yang baik. Peluang terbaik […]
Cristiano Ronaldo Puji Man City “Mereka Amat Menakjubkan”

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo menyifatkan musuh setempat Manchester United, Man City sebagai sebuah pasukan yang menakjubkan. Komen tersebut dibuat semasa beliau menjadi panel Globe Soccer Awards yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam. Ronaldo berpandangan sedemikian kerana pasukan itu berjaya menggondol tiga trofi dalam musim 2022-2023. Tiga trofi yang dimenangi City pada musim […]