UEL: Man United Catat Kemenangan Pertama, Tundukkan Paok

Aksi saingan UEFA Europe League pagi ini menyaksikan Man United berjaya menewaskan kelab Greece, Paok. Kedua buah pasukan membariskan kesebelasan terbaik bagi memburu kemenangan pertama dalam perlawanan keempat UEL.  Tiada jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua pasukan di separuh masa pertama, The Red Devils dilihat lebih menguasai permainan dengan 59 peratus sementara Paok hanya 41 […]

Piala EFL: Man Utd Raih Kemenangan Pertama Hasil Ruud Van Nistelrooy

Aksi saingan Piala EFL pagi ini menyaksikan Man United raih kemenangan pertama dibawah kendalian Ruud Van Nistelrooy selepas menewaskan Leicester City dengan keputusan 5-2. Kedua-dua buah pasukan membariskan kesebelasan utama yang terbaik bagi saingan EFL pusingan keempat. Empat gol berjaya dihasilkan oleg Manchester United menerusi Casameiro (1′, 39′), Alejandro Garnacho (28′) Dan Bruno Fernandes (36′). […]

EPL: Tottenham Hotspur Berpesta Gol Aibkan Man United

Aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini telah menyaksikan Man United terus gagal mengutip tiga mata penuh setelah diaibkan Tottenham Hotspur di Old Trafford. Setelah diikat seri tanpa jaringan oleh Crystal Palace, Man United turun ke laman sendiri untuk menerima kunjungan Tottenham Hotspurs yang catat kemenangan 3-1 ke atas Brentford. Barisan terkuat diturunkan oleh […]

“Walaupun Tewas, Taklah Lauk Macam Man United” – Amirudin Shari

Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berseloroh meskipun pasukannya tewas, nasib mereka tidaklah seteruk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United. Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu hantaran di Facebook bila mengulas aksi persahabatan antara Pilihan MB Selangor dan Pilihan MB Kedah di Pusat Latihan Selangor FC pada 3 September lalu. Perlawanan turut dihadiri […]

“Man United Buat Kesilapan Besar” – Nemanja Matic

Bekas pemain Man United, Nemanja Matic merasakan The Red Devils telah melakukan kesilapan besar dalam urusan jualbeli pemain. Pada jendela perpindahan ini, Man United secara rasminya telah mengucapkan selamat tinggal buat 13 pemain utama termasuklah pemain tengah, Scott McTominay. Keputusan menjual McTominay ini telah menimbulkan rasa kurang senang buat bekas pemain, Nemanja Matic yang merasakan […]

Community Shield: Penalti Jalan Terakhir Man City Tumbangkan Man United

Man City meraih piala pertama bagi musim baharu setelah menewaskan Man United dalam aksi Community Shield pada Sabtu. Man City turun selaku juara Liga Perdana Inggeris musim lalu berdepan juara Piala FA Inggeris bagi aksi penentuan Community Shield musim 2024/2025. Kesebelasan utama Man City diketuai oleh bek tengah, Ruben Dias manakala Man United dibarisi barisan […]

Tonggak Belanda Tolak Peluang Sertai Man United

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United terlepas peluang mendapatkan khidmat pemain sayap Belanda, Xavi Simons. Sebelum ini, nama pemain sayap berusia 21 tahun itu dikaitkan dengan beberapa kelab besar termasuk The Red Devils. Ini susulan persembahan cemerlang Simons dalam EURO 2024. Simons membantu Belanda mara ke separuh akhir EURO 2024 sebelum terpaksa akur […]

Klip Lama ‘Ketajaman’ Peledak Baharu Man United Kembali Tular

Aksi penyudah yang meghiburkan dan menghampakan oleh penyerang baharu Man United kembali menjadi bualan warga maya. Joshua Zirkzee yang dipinjamkan dari Bayern Munich ke Bologna dijangka bakal melengkapkan perpindahannya ke Man United tidak lama lagi menerusi laporan wartawan terkenal, Fabrizio Romano. “Hari Joshua Zirkzee dimulakan dengan ujian perubatan sebagai pemain baharu Manchester United,” tulis Fabrizio […]

Man United Berisiko Tidak Layak Beraksi Di Liga Europa

Manchester United berdepan risiko akan tersingkir ke Europa Conference League walaupun mereka menjuarai Piala FA pada final lepas. Kemenangan 2-1 Man United ke atas Man City pada hari Sabtu lepas menyaksikan mereka menamatkan musim yang sukar dengan cemerlang dan layak ke Europa League musim depan.  Sungguhpun begitu, pemilik majoriti, Sir Jim Ratcliffe ke atas kelab […]

4 Pasukan Menderita Gara-Gara Ten Hag

Impak kemenangan Man United di bawah bimbingan Erik Ten Hag di pentas final FA Cup pada Sabtu menyebabkan empat pasukan terpaksa menanggung kekecewaan yang besar. Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley itu, percaturan taktikal ten Hag yang mempertaruhkan Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo membuahkan hasil apabila dua pemain muda tersebut menjaringkan satu gol […]

Chelsea Tunggu Kekalahan Man United Penuh Debaran

Kelab jaguh London, Chelsea terpaksa mengharapkan seteru utamanya, Man United untuk tewas dalam perlawanan akhir Piala FA Inggeris nanti. Ini selepas skuad kendalian Mauricio Pochettino itu mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keenam setelah menumbangkan Bournemouth 2-1 di laman sendiri hasil jaringan memukau Moses Caicedo dan Raheem Sterling selain gol tunggal pelawat terhasil […]

Cristiano Ronaldo Desak Al-Nassr Dapatkan Bruno Fernandes

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mahukan kelabnya, Al-Nassr segera menandatangani rakan sepasukannya di Portugal, Bruno Fernandes. Pemain berusia 39 tahun itu difahamkan berminat untuk kembali bermain bersama Bruno Fernandes di peringkat kelab selepas kali terakhir beraksi ketika di Man United pada penghujung 2022. Menurut laporan media Eropah, Daily Mirror, Ronaldo meminta agar kelabnya itu […]

Man United Hanya Tinggal Satu Cara Layak Ke Kejohanan Eropah Musim Hadapan

Peluang kelab gergasi England, Man United untuk beraksi di pentas Eropah seakan samar namun belum tertutup dengan adanya satu cara ini. Man United kini berada di tangga kelapan carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengutip 57 mata hasil 17 kemenangan, enam keputusan seri dan 14 kekalahan dalam 37 aksi liga. Terbaharu, skuad kendalian Erik ten […]

EPL: Arsenal Beri Mimpi Ngeri Buat Manchester United

Penghujung musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang hambar buat Manchester United apabila kecundang kepada Arsenal di Old Trafford pada awal pagi Isnin. Kedua-dua pasukan kini terdesak untuk memungut tiga mata setelah Arsenal memulakan perlawanan di tangga kedua liga, dua mata ketinggalan kepada Manchester City yang cemerlang membelasah Fulham semalam. Manchester United pula sedang dirudum malang […]