Piala Sumbangsih: Selangor Tarik Diri, JDT Raih Kemenangan Percuma

Pasukan Liga Super 2024, Selangor FC membuat keputusan untuk menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih kali ini. Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah membuat keputusan untuk meneruskan aksi tersebut sungguhpun dengan pelbagai insiden yang melanda. “Jaminan keselamatan kepada pemain dan penyokong bagi Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium […]

“Renungan Mata Faisal Halim Masih Sama” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh memberitahu bahawa renungan mata pemain Harimau Malaya, Faisal Halim masih sama. Beliau ketika ditemui media hari ini memberi gambaran positif tentang perkembangan terbaru pemain berusia 26 tahun itu yang kini memdapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Shah Alam. Tonggak penting gergasi Merah Kuning itu mengalami kelecuran […]

Permintaan Besar Selangor Ditolak

Permintaan besar pasukan Selangor FC untuk menangguhkan aksi Piala Sumbangsih 2024 telah ditolak. The Red Giants bakal berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024 bagi satu aksi menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Kebimbangan terhadap tahap keselamatan kedua-dua pasukan mula timbul apabila berlakunya serangan terhadap pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang disimbah […]

“Ramai Pemain Warisan Palsu” – Hamidin

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa lambakan pemain warisan di media sosial adalah palsu. Perkara ini dijelaskan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan perkhabaran tentang pemain warisan yang tumbuh bagai cendawan di media sosial. Beliau yang ditemui MakanBola di Wisma FAM berkata bahawa pihaknya dan barisan kejurulatihan terbuka untuk menerima mana-mana pemain […]

Insiden Safiq Rahim Tular Ke Vietnam

Insiden jenayah yang menimpa pemain tengah veteran negara, Safiq Rahim bukan saja menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia tetapi di Vietnam. Nama pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu menjadi bualan ramai apabila beliau diserang dua orang individu tidak dikenali di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru semalam. Kejadian ini berlaku pada jam 10.05 […]

Siaran Langsung Undian Shopee Cup: Terengganu & KL City

Siaran langsung Shopee Cup 2024 menjadi tumpuan dengan dua wakil Malaysia bakal membawa cabaran negara dalam kejohanan Asia Tenggara ini. Shopee Cup bakal menampilkan 12 pasukan utama rantau Asia Tenggara dan bakal bersaing dalam 40 perlawanan. Selaras dengan perubahan liga-liga serantau yang mengikut kalendar yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shopee Cup bakal berlangsung dari […]

FA Thailand Doakan Kesembuhan Faisal Halim

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mendoakan kesembuhan terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim. Pemain berusia 26 tahun itu diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan simbahan cecair yang dipercayai asid. Keadaan Faisal kini disahkan melecur tahap 4 dan menjalani pembedahan kedua di salah sebuah hospital di Shah Alam. Berita yang melanda beberapa pemain negara seperti […]

“Saya Tunggu Awak Mickey”

Pemain Selangor mula menzahirkan rasa kerinduan terhadap watak Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey. Tragedi yang melanda pemain berusia 26 tahun iru menggemparkan Malaysia apabila beliau diserang dengan menggunakan cecair yang dipercayai asid. Kejadian yang berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah di Damansara kira-kira tiga hari yang lalu telah menyebabkan tonggak kebangsaan itu mengalami […]

FAM Pertimbang Kembalikan Semula Skuad Harimau Muda

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bersedia menimbang idea untuk membentuk kembali skuad Harimau Muda. Harimau Muda merujuk kepada pasukan Malaysia Bawah 21 Tahun (B-21) yang beraksi dalam beberapa saingan liga sebelum dibubarkan pada November 2015. Pasukan ini membuat kemunculan pertama mereka dalam saingan Liga Perdana Malaysia musim 2007/08 dan 2009. […]

Cerita Lengkap Tragedi Simbah Asid Faisal Halim

Cerita lengkap mengenai tragedi simbah asid yang dialami oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim akhirnya terjawab. Pemain berusia 26 tahun itu mengalami detik hitam apabila beliau disimbah cecair yang dipercayai asid oleh individu yang tidak dikenali. Beliau kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Shah Alam dan telah […]

Posisi Kim Pan-gon Tidak Tergugat

Kedudukan jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon tidak tergugat meskipun skuad negara gagal melepasi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia berdepan kesukaran untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas Harimau Malaya tewas dua kali kepada Oman dalam dua aksi kelayakan pada Mac lalu. Dua kekalahan itu membuka ruang kepada Kyrgyzstan […]

Pertembungan Malaysia & Kuwait Terpaksa Dilupakan

Persiapan Malaysia sedikit terganggu apabila perlawanan persahabatan berdepan Kuwait tidak dapat dilangsungkan sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia sedang merangka persiapan terbaik dalam misi memburu kemenangan ketiga apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan. Skuad bimbingan Kim Pan-gon sudah pastinya mahu bangkit setelah mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Oman […]

Gabungan Pemain Senior & Junior Jadi Sandaran Malaysia Di Piala AFF 2024

Gabungan pemain senior dan junior dijangka bakal menjadi taruhan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon di Piala AFF 2024. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berdepan tekanan susulan dua kekalahan kepada pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu temu bual bersama MakanBola bagaimanapun optimis dengan […]

Tiada Pemain Warisan Berjaya Pikat Hati Kim Pan-gon

Tiada seorang pun pemain warisan baharu yang berjaya mengikat ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu baru sahaja selesai tugasan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman. Nasib bagaimanapun tidak memihak kepada pasukan negara apabila tewas 0-2 dalam kedua-dua perlawanan menentang pasukan ke-77 dunia itu. Keadaan ini sedikit […]

Suspek Utama Dilepaskan Tapi Akan Ditahan Semula Kerana Positif Dadah

Suspek pertama yang melibatkan insiden simbahan asid terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim telah dilepaskan namun akan ditahan semula susulan positif dadah. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beliau menjelaskan bahawa siasatan polis telah mendapati suspek sebenar kes itu menggunakan motosikal semasa kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu.  Beliau turut memaklumkan […]

Selangor Tak Mahu Tarik Diri Berdepan JDT

Naib Juara Liga Super 2023, Selangor FC mengekalkan pendirian untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih. Skuad Gergasi Merah berdepan cabaran hebat selepas kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan aksi pra-musim. Keadaan ini diburukkan lagi apabil insiden menyayat hati berlaku kepada pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang diserang individu misteri dengan cecair […]