Brendan Gan Jadi Bualan Orang Argentina

Nama perancang tengah KL City FC, Brendan Gan kini menjadi bualan orang Argentina. Pemain berusia 36 tahun itu melengkapkan perpindahan ke pasukan tetangga Lembah Klang daripada Selangor FC. Beliau kini menjadi arkitek utama di bawah kendalian Miroslav Kuljanac dan diletakkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Kuching City FC. Pemain tengah Harimau Malaya ini mula menjadi […]

Terengganu Hadapi Semangat Solidariti Dengan Kemenangan Bergaya

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC menghadapi semangat solidariti dengan satu kemenangan bergaya. Skuad Peteh terpaksa menelan hakikat pedih apabila kehilangan tonggak utama pasukan, Akhyar Rashid akibat serangan individu misteri yang memukulnya dengan menggunakan cota. Pemain berusia 25 tahun itu kini menjalani proses pemulihan dengan solidariti yang cukup kuat ditunjukkan oleh pasukan dan juga penyokong. […]

4 Pasukan Kebal Tak Bolos Pada Aksi Pembukaan Liga Super

4 pasukan merekodkan keputusan perlawanan tanpa bolos bagi aksi pembukaan Liga Super 2024/25. Sebanyak 5 perlawanan berlangsung pada minggu pertama dengan aksi JDT dan Selangor tidak diteruskan atas faktor keselamatan. Kehangatan musim baharu sudah mula terasa apabila setiap pasukan turun dengan motivasi baharu untuk memburu kemenangan. Tumpuan bagaimanapun terarah kepada beberapa pasukan yang berjaya memperagakan […]

Gol Ngeri Wan Kuzain Buat Satu Stadium Menjerit

Gol ngeri yang dijaringkan oleh pemain Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain membuatkan satu stadium menjerit kegembiraan. Beliau kini beraksi bersama kelab USA, St Louis City 2 mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu pasukan untuk menundukkan Austin FC ll. Pemain berusia 25 tahun itu memulakan aksi di bangku simpanan namun impaknya memberi kesan yang besar pada babak kedua. […]

KL City Bayar Kejayaan Satu Mata Dengan Harga Mahal

Kuala Lumpur City (KL City) membayar kejayaan memperoleh satu mata dengan harga yang begitu mahal. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac turun dengan motivasi terbaik di laman sendiri untuk meraih tiga mata pertama menentang Kuching City. Beberapa pemain tunjang turun dalam kesebelasan utama seperti kapten pasukan, Paulo Josue, Giancarlo Gallifuoco, Brendan Gan dan juga Ryan Lambert. Mimpi […]

VAR Gagal Berfungsi Dua Kali Kurang 24 Jam

Video Bantuan Pengadil (VAR) dilaporkan gagal berfungsi buat kali kedua kurang 24 jam di Liga Super. Perkara ini disahkan oleh pengulas perlawanan, Wan Khairil Azwa yang bertugas bagi aksi Sabah menentang Penang di Stadium Likas. Hal ini dimaklumkan oleh Match Commisioner mengenai status VAR yang menghadapi masalah teknikal sekaligus menyebabkan ia tidak dapat digunakan. Kejadian […]

JDT Teroka Projek Baharu Dengan Qatar FA & Akademi Aspire

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam perbincangan untuk mewujudkan projek bola sepak baharu bersama Qatar FA dan juga Akademi Aspire. Perkara ini dinyatakan oleh laman Johor Southern Tigers mengenai pertemuan antara Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bersama lagenda bola sepak Australia, Tim Cahill di JDT. JDT kini dalam perbincangan […]

Pertahanan Perak, Luiz Motta Pecah Rekod Kad Merah Liga Super

Pertahanan pasukan Perak FC, Luiz Motta merekodkan kad merah pertama pada aksi sulung Liga Super muism 2024/25. Pemain kelahiran Brazil itu turun dalam kesebelasan utama ketika bertemu pasukan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Beraksi selaku pertahanan tengah, beliau beraksi bersama Shivan Pillay dan juga Kamal Arif swlain dibantu oleh Aiman Yusni dan Tommy […]

Lee Zii Jia & Jun Hao Rekod Catatan Smash Paling Laju

Dua bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao mengangkat nama Malaysia dengan catatan rekod smash terpantas ketika kejohanan Thomas Cup yang lalu. Zii Ji dan Jun Hao merupakan dua tonggak utama yang membantu skuad badminton lelaki negara mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir Thomas Cup selepas kali terakhir pada edisi 2016. […]

Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Penang (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu pertama menyaksikan pertembungan wakil Borneo, Sabah FC melayan kunjungan Penang FC. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menerima tamparan hebat selepas kehilangan khidmat beberapa tonggak utama pada awal permulaan liga. Pemain sayap The Rhinos, Saddil Ramdani terpaksa diketepikan akibat kecederaan sementara nama-nama seperti Ramon Machado, Damien Lim dan juga S.Kumaahran dilaporkan […]

Syafiq Ahmad Idam Kembali Sarung Jersi Harimau Malaya

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad menyimpan hasrat untuk kembali bersama Harimau Malaya. Pemain berusia 28 tahun itu terlepas beberapa panggil sejak tahun lalu terutamanya dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar. Beliau bagaimanapun optimis untuk memberikan yang terbaik untuk mendapatkan semula tempat bersama skuad kebangsaan. Syafiq yang dipinjamkan ke Kedah daripada JDT memberitahu […]

Lagenda Australia, Tim Cahill Kunjungi JDT

Lagenda bola sepak Australia, Tim Cahill telah melakukan satu kunjungan ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini dikongsikan oleh Johor Southern Tigers mengenai kehadiran bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk melawat sekitar Stadium Sultan Ibrahim. Beliau juga turut berkunjung ke Padang Seri Gelam untuk melihat fasiliti bertaraf antarabangsa yang dimiliki oleh skuad Harimau […]

VAR ‘Lumpuh’ Pada Aksi Sri Pahang & Kelantan DN

Aksi pertama Liga Super 2024/25 antara Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim menyaksikan VAR tidak dapat digunakan seperti yang dirancang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang itu menyaksikan hasrat untuk melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak dapat digunakan. Hal ini susulan terdapat masalah teknikal yang menyebabkan VAR tidak dapat digunakan pada perlawanan ini. Sistem […]

Sultan Azlan Shah Cup: Kebangkitan New Zealand Buat Malaysia Gigit Jari

Perlawanan penentuan tempat ketiga Sultan Azlan Shah Cup 2024 menyaksikan Malaysia ditundukkan oleh New Zealand meskipun memiliki kelebihan di awal permainan. Setelah sekadar menamatkan aksi round robin di kedudukan ketiga, skuad negara turun pada perlawanan ini bagi menebus kedukaan gagal melayakkan diri ke final dengan mempertaruhkan barisan terbaik. Ketika aksi di round robin lalu, pasukan […]

Sabah Hilang Khidmat Saddil Ramdani Saat Akhir

Tonggak utama Sabah FC, Saddil Ramdani memberikan rasa cemas kepada pasukan menjelang sepak mula musim 2024/25. Pemain berusia 26 tahun itu memasuki musim ke-4 bersama The Rhinos dan menjadi tunjang utama di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Pemain kebangsaan Indonesia ini bagaimanapun memiliki rekod kecederaan yang kurang baik sejak musim lalu dan terpaksa diketepikan […]

“KL City Tak Ada Penyerang? Panggil Safee Sali Balik”

Keadaan pasukan KL City menjadi tumpuan apabila difahamkan tidak memiliki penyerang memasuki musim 2024/25. Penghijrahan beberapa tonggak utama seperti Romel Morales ke JDT selain Tchetche Kipre yang kini menyertai Kuching City memberikan kekurangan pilihan kepada The City Boys. Pasukan Ibu Kota itu memilih untuk membawa masuk beberapa tonggak tengah import sekaligus menyaksikan posisi serangan menjadi […]