Tiket Aksi Malaysia & Chinese Taipei Dijual Bermula RM5

Penyokong kini boleh mendapatkan tiket perlawanan Malaysia dan Chinese Taipei pada harga serendah RM5. Meskipun perlawanan ini bakal berlangsung pada 11 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil inisiatif untuk mempromosikan perlawanan itu lebih awal. Ini kerana perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 untuk skuad […]

Perbezaan Ranking Terkini Harimau Malaya & Kyrgyzstan

Perbezaan terkini kedudukan ranking FIFA Harimau Malaya dan juga Kyrgyzstan mencuri perhatian peminat. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Rekod kebal anak didik Stefan Tarkovic di laman sendiri jelas menjadi cabaran hebat kepada skuad negara yang kini turun tanpa beberapa tonggak utama. Kehilangan […]

“Saya Datang Sini Bukan Hanya Untuk Berlatih” – Engku Shakir

Pemain tengah Terengganu, Engku Shakir menjelaskan kehadirannya ke kem latihan kebangsaan adalah untuk mencuri tempat di dalam pasukan dan bukannya hanya sekadar turun berlatih. Beliau yang ditemui ketika hari kedua sesi latihan skuad negara di Wisma FAM akui terkejut apabila namanya disenaraikan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan bersyukur kerana terpilih sebagai antara 26 pemain […]

Declan Lambert: Bagus Untuk Malaysia Turun Sebagai Pasukan Bukan Pilihan

Tonggak pertahanan negara, Declan Lambert yakin Malaysia turun sebagai pasukan bukan pilihan memberi sedikit kelegaan kepada pemain. Harimau Malaya kini dalam persiapan sebelum aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 namun dilanda beberapa kecederaan tunjang utama seperti Arif Aiman dan Syafiq Ahmad. Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun gembira dapat kembali bersama Harimau Malaya setelah hampir dua […]

5 Tonggak Utama Harimau Malaya Terpaksa Disisihkan Saat Akhir

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon optimis ketiadaan 5 tunjang utama pasukan menjelang bagi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dapat diatasi. Skuad kebangsaan mengharungi detik yang cukup mencabar dalam misi untuk mara ke pusingan berikutnya susulan ketiadaan beberapa tonggak penting. Malaysia perlu berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei dengan barisan sedia ada dengan beberapa […]

Penyokong Rayu Pemilik Lepaskan Kelab

Penyokong dan bekas pemain merayu kepada Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham untuk melepaskan kelab TRW Kelantan FC kepada pihak yang lebih berkemampuan. Zamsaham membeli TRW pada tahun 2020 dengan harga RM6.8 juta. Beliau juga telah melangsaikan tunggakan gaji pemain dan jurulatih ketika itu bejumlah hampir RM3.8 juta. Zamsaham disambut seperti seorang hero ketika itu […]

Darren Lok Tersisih, Shamie Iszuan Jadi Pengganti

Jentera serangan Harimau Malaya mengalami perubahan sekali lagi apabila pemain Kuching City, Shamie Iszuan dipanggil bagi menggantikan Darren Lok. Menerusi satu hantaran di media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Nur Shamie Iszuan Amin yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia telah dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini. Pemain berusia […]

AFC MA Ranking: Thailand & Malaysia Kemudi Tangga Teratas Asia Tenggara

AFC MA Ranking: Thailand dan Malaysia mengungguli carta kedudukan teratas negara Asia Tenggara pada kemas kini terbaru oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Malaysia memiliki tiga wakil yang beraksi di pentas bola sepak Asia pada kempen 2023/24 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan Terengganu dan Sabah FC di Piala AFC. […]

Penyerang Warisan Berdarah Kelantan Jadi Bualan di EPL

Penyerang warisan berdarah Kelantan, Luke Plange kini mula menjadi bualan di Liga Perdana Inggeris (EPL). Pemain berusia 21 tahun itu merupakan pemain Crystal Palace di EPL mula dikaitkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Menerusi perkongsian oleh laman Frfuturetalents, bekas pemain akademi Arsenal FC itu beraksi pada posisi serangan dan sudah pun dipinjamkan beberapa kali sepanjang […]

Profil Unik Adib Ra’op Tarik Minat Kim Pan-gon

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui tertarik dengan kualiti yang dimiliki pemain pertahanan Penang FC, Adib Ra’op. Awal musim 2024/25 menyaksikan Adib mempamerkan prestasi memberangsangkan bersama pasukan utara tanah air itu. Meskipun skuad Harimau Kumbang meraih tiga keputusan seri setakat ini, keupayaan pemain berusia 24 tahun itu sebagai bek kiri mendapat pujian ramai. Ini kerana […]

Polis Kawal Ketat Latihan Harimau Malaya

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketat sesi latihan Harimau Malaya. Skuad kendalian Kim Pan-gon telah memulakan latihan hari pertama dengan beberapa pemain masih belum tiba. Suasana latihan juga berlangsung sedikit serius dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan bagi semua pemain. Harimau Malaya bakal mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. […]

Kim Pan-gon Kongsi Detik Menyentuh Hati Bertemu Faisal Halim

Jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon mengakui merasa sebak semasa melawat bintang Selangor FC, Faisal Halim di hospital baru-baru ini. Pada 5 Mei lalu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di pusat beli-belah di Lembah Klang. Situasi ini menyebabkan beliau perlu melalui empat pembedahan di sebuah hospital swasta di Selangor bagi […]

Dua Aksi Pemanas Badan Menanti Harimau Malaya

Dua aksi pemanas badan menanti skuad Harimau Malaya sebelum terbang ke Bishek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan detik mencabar untuk mencari lawan susulan jendela FIFA yang suntuk. Menerusi satu kenyataan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu, beliau menyatakan bahawa anak buahnya bakal bertemu kelab Liga Super sebagai aksi pemanas […]

Arif Aiman Alami Kecederaan Buku Lali

Harimau Malaya terpaksa melupakan khidmat pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon mendedahkan Arif mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya. Sebelum ini, ramai tertanya-tanya tentang situasi kecederaan yang dialami pemain sayap berusia 22 tahun itu. Ini […]

Dua Kelab Belgium Dilaporkan Buru Khidmat Dion Cools

Dua kelab Belgium difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools. Perkara ini dilaporkan oleh laman Frfuturetalents berkenaan keinginan dua kelab Belgium itu untuk membawa pulang pemain berusia 27 tahun itu. Cools pulang beraksi di Asia Tenggara selepas beberapa tahun berkelana di Eropah bersama kelab terkemuka di sana. Beliau menyertai kelab Thailand, […]

Zhafri Yahya Ganti Syafiq Ahmad Bersama Harimau Malaya

Pemain tengah KL City FC, Zhafri Yahya dipanggil jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sebagai pengganti penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad. Sebelum ini, nama penyerang berusia 28 tahun itu tersenarai dalam barisan 26 pemain yang dipanggil Pan-gon untuk dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026. Beliau menyertai skuad senior negara bersama rakan […]