Kyrgyzstan Hadapi Malaysia Tanpa Tekanan

Kyrgyzstan tidak perlu merasai tekanan berdepan Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijadualkan pada 6 Jun di Stadium Spartak. Menurut bekas pemain bola sepak kebangsaan, Asmawi Bakiri, Kyrgyzstan tidak merasai tekanan kerana hanya keputusan seri yang diperlukan mereka untuk mara ke pusingan kelayakan seterusnya. Kyrgyzstan kini mengumpul 9 mata dengan 3 mata berkelebihan […]

Malaysia Catat Kemenangan Sukar Lawan Perak

Malaysia berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Perak dengan kemenangan tipis 1-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan campuran berdepan The Bos Gaurus. Beliau mahu memberi peluang kepada para pemain untuk mendapat minit bermain pada perlawanan ini. Aksi babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling […]

Singapore Open: Viktor Axelsen Sekat Impian Separuh Akhir Leong Jun Hao

Hasrat wakil tunggal perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir Singapore Open 2024 disekat jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Selepas berjaya mengejutkan juara bertahan dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada pusingan kedua, anak jati Setapak, Kuala Lumpur itu berharap dapat meneruskan momentum hari ini. Menanti beliau di pusingan suku akhir […]

Kyrgyzstan Alami Detik Suka Dalam Duka Hadapi Malaysia

Lawan Malaysia bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan berada dalam detik suka sebelum bertemu skuad negara. Pasukan kendalian Kim Pan-gon dalam misi besar untuk melonjakkan kedudukan ranking negara selepas turun 8 tangga apabila tewas kepada Oman. Harimau Malaya bagaimanapun perlu berdepan dengan lawan yang memiliki rekod kebal di laman sendiri tatkala Malaysia tiada pilihan […]

Australia Sedia Uji Malaysia Sekali Lagi

Dua pencabar terbesar skuad Malaysia B-16 iaitu Australia dan Thailand bakal menjadi ujian sebenar kepada pasukan negara. Skuad yang kini dibimbing oleh jurulatih baharu iaitu Javier Jorda Ribera akan berdepan Timor-Leste, Australia dan Thailand. Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 yang dijadualkan berlangsung di Surakarta, Indonesia ini bakal memberikan cabaran hebat untuk skuad negara melayakkan diri ke […]

Pemain Warisan Malaysia, Dewsbury-Hall Jadi Rebutan Kelab EPL

Pemain warisan Malaysia, Kiernan Dewsbury-Hall dilaporkan berada dalam radar kelab besar Eropah, Chelsea FC. Tonggak berusia 25 tahun itu memainkan peranan penting untuk membantu Leicester City menjulang trofi EFL Championship di bawah kendalian Enzo Maresca. Pengendali kelahiran Itali itu bagaimanapun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu apabila bakal menyertai The Blues. Usaha merevolusikan skuad muda […]

Siaran Langsung Persahabatan: Malaysia vs Perak (Live Streaming)

Malaysia bakal memulakan langkah persiapan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Perak FC sebagai aksi pemanas badan. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon telah pun mula menjalani latihan sejak hari Isnin yang lalu namun masih tidak dihadiri oleh beberapa pemain dari JDT dan Selangor. Usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencari lawan luar negara terbantut […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Pintas Indonesia, Lonjak 8 Tangga Sekaligus

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya berpeluang untuk melonjak dan naik 8 tangga sekaligus daripada dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026: Skuad kendalian Kim Pan-gon menerima tamparan hebat selepas tewas dua aksi menentang pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0. Malaysia memiliki dua misi besar apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei dalam misi untuk […]

Tular Aksi Lincah Saddil Ramdani Atasi 5 Pemain Selangor Di Indonesia

Tular aksi lincah pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani yang berjaya mengucar-kacirkan 5 pemain Selangor di Indonesia. Pemain berusia 25 tahun itu diturunkan pada babak kedua permainan selepas The Rhinos ketinggalan dua gol pada babak pertama. Kemasukannya jelas memberi masalah kepada anak didik Nidzam Jamil apabila berdepan kekangan untuk mengawal kelincahannya. Gerakan lincah Saddil pada […]

Adib Ra’op Kongsi Keunikan Taktikal Kim Pan-gon

Pertahanan Harimau Malaya, Adib Ra’op teruja untuk berkongsi keunikan taktikal yang diterapkan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Pemain berusia 25 tahun itu mendapat panggilan pertama di bawah kendalian jurulatih kelahiran Korea Selatan itu. Beliau berkongsi rasa teruja dan syukur dengan kedua ibu bapanya turut bangga dengan pencapaian tonggak Penang FC tersebut. Katanya, beliau kini […]

Media UK Selongkar Tonggak Man United Sebenarnya Berdarah Malaysia

Salah sebuah media terkemuka di United Kingdom (UK) mengesahkan bahawa tonggak Man United, Ethan Wheatley berdarah Malaysia. Spekulasi mengenai pemain yang dikatakan berdarah Malaysia ini sudah lama menjadi bualan hangat peminat di mesia sosial. Hal ini susulan maklumat yang dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain kelahiran Stockport, England itu memiliki susur galur dengan Malaysia. Sebelum […]

RCTI Premium Sports: Selangor Bermaharajalela Ke Final, Tundukkan Sabah

Naib juara Liga Super, Selangor FC mengesahkan kemaraan ke final RCTI Premium Sports apabila menundukkan Sabah. Perlawanan yang berlangsung di Jakarta International Stadium (JIS) itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. The Red Giants memberi peluang kepada beberapa muka baharu untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan sementara The Rhinos kekal dengan skuad terbaik namun perubahan […]

Juara Bertahan, Malaysia B-19 Bertemu Thailand, Indonesia Dapat Jalan Mudah

Undian Piala AFF B-19 2024 menyaksikan Malaysia diuji bertemu Thailand manakala Indonesia mendapat laluan mudah pada kejohanan kali ini. Skuad kendalian Juan Torres menempuh cabaran yang agak hebat apabila diundi bersama Thailand, Singapura dan juga Brunei pada edisi kali ini. Berdasarkan pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ujian sulung Juan Torres bersama skuad muda […]

Malaysia B-17 Dalam Kumpulan Maut

Skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) bakal berdepan cabaran sukar dalam Kejohanan AFF B-16 2024 yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Ini kerana Malaysia yang dibimbing Javier Jorda Ribera bakal berada dalam Kumpulan C bersama Australia dan Thailand. Turut sama berada dalam kumpulan itu ialah Timor Leste. Perkara ini dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia […]

Syamer Kutty Cetus Kebimbangan Kim Pan-gon

Perancang tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty mencetuskan rasa bimbang kepada Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon. Pengendali Korea Selatan telah kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Syafiq Ahmad, Romel Morales dan juga Darren Lok. Malaysia kini dalam persiapan rapi menjelang dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. […]

Gabriel Nistelrooy, Penyerang Muda Malaysia Dalam Pembikinan

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Gabriel Nistelrooy dilihat sebagai antara watak pemusnah baharu yang dimiliki oleh Malaysia. Pemain berusia 24 tahun itu tampil cemerlang membantu skuad muda Harimau Selatan kini menduduki tangga teratas carta liga Piala MFL dengan enam mata maksimum setelah mencatatkan dua kemenangan. Pada aksi pertama minggu lalu, JDT II yang […]