Razman Roslan Anggap Kalamullah Mampu Gantikan Syihan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan percaya penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi mampu menggalas peranan sebagai benteng terakhir negara. Masalah kecederaan membabitkan ramai tonggak utama menjejaskan persiapan Malaysia untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Antara nama yang terpaksa disisihkan jurulatih Harimau Malaya, Kim […]

Video Lambaian Tangan Arif Aiman Legakan Penyokong

Selepas disisihkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan, kelibat Arif Aiman mula kelihatan dalam sesi rehabilitasi di padang latihan sekali gus melegakan penyokong JDT dan Harimau Malaya. Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Johor Southern Tigers, Arif dilihat sedang menjalani latihan ringan dan video tersebut diakhiri dengan lambaian tangan seolah-olah menandakan beliau akan […]

Safee Sali Cadang Guna Taktikal Bertahan Lawan Kyrgyzstan

Bekas penyerang negara, Safee Sali mencadangkan Harimau Malaya menerapkan taktikal bertahan bagi aksi bertemu Kyrgyzstan pada 6 Jun nanti. Ini berikutan masalah kecederaan yang melanda beberapa pemain serangan dan ketiadaan penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi untuk dua aksi Malaysia menentang Kyrygzstan dan Chinese Taipei. Baki dua perlawanan ini penting buat skuad Harimau Malaya yang […]

Barisan Akhir 25 Pemain Harimau Malaya Lawan Kyrgyzstan & Chinese Taipei Buka Mata Peminat

Barisan akhir 25 orang pemain Harimau Malaya yang dibawa bagi menggalas cabaran berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei telah membuka mata peminat. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini dalam misi besar untuk memungut mata penuh bagi menyalakan harapan untuk mara ke pusingan ketiga. Pasukan negara berdepan tiga misi serentak dengan kemenangan menjadi buruan sementara pungutan mata penting […]

Pengganti Arif Aiman & Faisal Halim Bukan Calang-Calang

Pengganti kepada dua tonggak utama Harimau Malaya, Arif Aiman dan Faisal Halim merupakan watak yang cukup hebat dan bukan calang-calang pemain. Gambaran ini telah diberikan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon pada awal sesi latihan skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Bishkek bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Katanya, sungguhpun terkesan dengan ketiadaan beberapa tonggak utama pada […]

Haqimi Azim Sedia Ketuai Serangan Harimau Malaya

Penyerang muda KL City FC, Haqimi Azim Rosli bersedia menggalas tanggungjawab mengetuai jentera serangan Harimau Malaya. Skuad senior negara dilanda masalah kecederaan menjelang baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan ini. Ini sekaligus menyebabkan ramai pemain negara terutama di bahagian serangan terpaksa disisihkan. Antara nama-nama yang digugurkan oleh jurulatih, Kim Pan-gon akibat kecederaan […]

Malaysia Hadapi 3 Misi Berbeza Lawan Kyrgyzstan

Malaysia bakal turun berdepan pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan tiga misi berbeza kali ini. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mencatatkan dua kemenangan dan dua kekalahan dalam 4 aksi peringkat kumpulan yang telah diharungi. Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan 6 mata, 3 mata dipisahkan dengan dua pasukan teratas iaitu Kyrgyzstan dan Oman. Malaysia tidak […]

“Kalau Boleh Undur Masa, Saya Nak Bersungguh-Sungguh” – Faizal Abu Bakar

Bekas pemain kebangsaan, Faizal Abu Bakar melihat sekiranya dapat mengundurkan masa semula, beliau ingin tampil bersungguh-sungguh bersama Harimau Malaya. Hal ini dinyatakan bekas pemain Kedah (kini Kedah Darul Aman FC (KDA FC)) itu kepada program Nindia di Astro Arena yang disiarkan pada hari ini. Semasa aktif sebagai pemain bola sepak, Faizal pernah menerima panggilan skuad […]

Senarai 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Kyrgyzstan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 16 lokasi agar penyokong dapat menonton perlawanan Kyrgyzstan dan Malaysia pada 6 Jun ini. Tayangan di skrin besar ini merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menggalakkan sokongan orang ramai kepada Harimau Malaya. Skuad negara yang dibimbing Kim Pan-gon […]

“Tinggal Kenangan” – Piya

Lagenda bola sepak Kelantan, Badhri Radzi atau mesra dikenali sebagai Piya sedih dengan keadaan yang menimpa TRW Kelantan FC. Nasib kelab gergasi Pantai Timur itu terus malang selepas tidak mampu untuk bersaing dalam kancah Liga A1 Semi Pro bagi musim 2024/25. The Red Warriors gagal melengkapkan senarai minimum 20 orang pemain untuk kekal bersaing dalam […]

Tan Boon Heong Jadi Mangsa Penipuan RM2.5 Juta

Bekas pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian sebanyak RM2.5 juta. Perkara ini didedahkan sendiri bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia itu menerusi beberapa hantaran di Facebook hari ini. Boon Heong tergerak untuk berkongsi pengalaman pahitnya itu selepas mendapat berita pemain badminton kebangsaan, Lai Pei Jing […]

Ramalan Hairuddin Omar Tentang Syihan Hazmi Dua Tahun Lalu Jadi Kenyataan

Ramalan awal oleh Pengendali Terengganu FC II, Hairuddin Omar terhadap penjaga gol negara, Syihan Hazmi dua tahun lalu kini menjadi kenyataan. Lagenda bola sepak negara itu mula teruja kali pertama menyaksikan skuad Harimau Malaya beraksi di King’s Cup dan melihat potensi yang dimiliki oleh penjaga gawang JDT itu. Beliau yang baru sahaja membawa pasukannya muncul […]

Media Asean Ramal Peluang Malaysia Layak Tinggal 35%

Salah sebuah media di Asean meramalkan bahawa peluang untuk Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 adalah sekitar 35 peratus. Harimau Malaya memiliki peluang terakhir untuk mencipta sejarah layak ke pusingan berikutnya namun memilih jalan sukar. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon merekodkan dua kemenangan dan dua kekalahan sekaligus mengumpul 6 mata daripada 4 perlawanan. […]

Nilai Bintang Baharu JDT, Chico Geraldes Jatuh Mendadak

Nilai bintang baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes mengalami penurunan yang begitu mendadak. Bekas pemain Portugal B-20 itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2023/24 dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Leandro Velazquez. Beliau berpindah ke JDT daripada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Baniyas FC dan beraksi dalam perlawanan ketiga Liga Super menentang […]

Tonggak Badminton Malaysia Jadi Mangsa Penipuan, Simpanan Lesap Sekelip Mata

Pemain beregu campuran Malaysia, Lai Pei Jing ditimpa malang apabila menjadi mangsa penipuan. Perkara ini didedahkan sendiri pemain berusia 31 tahun itu di media sosial pada Ahad lepas. Atas sebab itu, Pei Jing meminta diberi ruang untuk menguruskan emosi yang muncul ketika ini. “Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang melihat hantaran ini, sama ada […]

3 Tonggak Penting Temui Cinta Baru Selepas Tinggalkan Kedah

Kedah Darul Aman

Tiga bekas tonggak penting Kedah Darul Aman menemui cinta baharu selepas meninggalkan pasukan akhir musim lalu. Pasukan bimbingan Nafuzi Zain mengharungi kempen cemerlang apabila menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super musim 2023. Permulaan musim baru bagaimanapun tidak berjalan lancar apabila hanya merakamkan satu kemenangan dan dua kekalahan di tangan Selangor dan Perak. Kehilangan beberapa […]