Penampilan Azri Ghani Raih Pujian Pemerhati

Penampilan meyakinkan penjaga gol kebangsaan, Azri Ghani ketika menentang Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari nyata disenangi penyokong dan juga pemerhati bola sepak negara. Ketenangan dan penyelamatan yang dilakukan Azri beberapa kali menyelamatkan gawang gol skuad kebangsaan daripada dibolosi. Bagi pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri, Azri merupakan salah seorang pemain yang […]
Prospek Warisan Malaysia Lincah Beraksi Buat Skuad Muda Juventus

Seorang prospek muda berbakat Malaysia lincah beraksi bersama skuad muda Juventus. Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain yang dikenali sebagai Matthew Wei-Jun Lee. Tonggak berusia 16 tahun itu merupakan pemain serangan yang versatil dan boleh beraksi pada beberapa posisi. Antara peranan yang boleh dimainkan olehnya adalah sebagai pemain tengah menyerang, pemain sayap kiri […]
Jurang Ranking Terkini Malaysia & Chinese Taipei Jadi Motivasi Tambahan

Jurang berdasarkan kedudukan semasa ranking FIFA antara Malaysia dan Chinese Taipei dapat menjadi motivasi tambahan. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tugas yang cukup membanggakan apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di laman lawan. Usaha yang tidak mengenal erti putus asa ini bakal diteruskan dengan misi besar untuk memastikan harapan untuk mara […]
Javier Ribera Sedia Ambil Pemain Warisan Bantu Malaysia Di Kelayakan Piala Asia B-17

Pengendali skuad Malaysia B-17, Javier Jorda Ribera memberi bayangan sedia mempertimbangkan pemain warisan di Kelayakan Piala Asia. Jurulatih muda itu baru sahaja dilantik untuk mengemudi skuad muda negara dan bakal menjalankan tugasan pertamanya dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 di Surakarta, Indonesia, 21 Jun hingga 4 Julai 2024. Malaysia B-17 diundi dalam Kumpulan C bersama Thailand, […]
Tanpa 7 Pemain Sandaran, Aksi Malaysia Menentang Kyrgyzstan Wajar Diberikan Pujian

Perjuangan hebat pemain Malaysia berdepan Kyrgyzstan tanpa 7 pemain sandaran wajar menerima pengiktirafan tertinggi rakyat Malaysia. Pelbagai dugaan melanda kem negara menjelang dua aksi berbaki bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Jun ini. Deretan kecederaan yang melanda kem negara seperti Arif Aiman, Faisal Halim sehingga kepada Darren Lok telah menjejaskan momentum awal pasukan. Semua […]
Jurulatih Hijau Kuning Timba Ilmu Berharga Di LALIGA

Barisan kejurulatih Hijau Kuning telah diberikan peluang untuk menimba pengalaman dan menuntut ilmu di LALIGA. Menerusi satu kenyataan oleh laman LALIGA, dalam usaha menjalinkan kerjasama strategik berkenaan bola sepak pada peringkat antarabangsa, pihaknya telah menerima kunjungan daripada delegasi Hijau Kuning FC (HKFC). “Delegasi berprofil tinggi dari Hijau Kuning FC (HKFC) tiba bermula 22 hingga 31 […]
Indonesia Open: Kunlavut Vitidsarn Tamatkan Cita-Cita Separuh Akhir Lee Zii Jia

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia kempunan membawa cabaran negara di peringkat separuh akhir Indonesia Open 2024. Ini selepas bekas juara All England 2021 itu tewas kepada juara dunia perseorangan lelaki 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di peringkat suku akhir. Selepas dipaksa bekerja keras menentang wakil China, Weng Hong Yang semalam, Zii Jia kini […]
Matthew Davies Rekod Penampilan Ke-50 Bersama Harimau Malaya

Perlawanan menentang Kyrgyzstan semalam merupakan satu perlawanan istimewa buat pemain pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies. Ini kerana perlawanan itu merupakan penampilan ke-50 beliau di pentas antarabangsa sejak merekodkan penampilan pertama pada September 2015. Jurulatih Harimau Malaya pada ketika itu, Datuk Ong Kim Swee memberi peluang kepada Davies untuk merekodkan penampilan pertama menentang Arab Saudi pada […]
Tindakan Wan Kuzain & Kobe Chong Sentuh Hati Rakyat Malaysia

Tindakan dua pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Kamal dan juga Kobe Chong telah menyentuh hati rakyat Malaysia. Harimau Malaya meneruskan perjuangan bagi aksi ke-5 Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan berkunjung ke Bishkek bagi menentang Kyrgyzstan. Skuad kebangsaan melakukan tugas yang cukup menakjubkan apabila berjaya mengikat lawan ke-100. dunia itu dengan keputusan 1-1. Perjalanan Malaysia […]
Dion Cools: Malaysia Wajib Tewaskan Chinese Taipei

Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools sedar Malaysia tiada jalan lain selain menewaskan Chinese Taipei untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2026. Hasil jaringan Gulzhigit Alykulov buat Kyrgyzstan dan juga gol sendiri Odilzhon menyaksikan Malaysia terikat seri 1-1 menentang Kyrgyzstan. Malaysia ketika ini menghuni tangga ketiga dengan mengumpul 7 mata manakala Kyrgyzstan […]
Shahrom Kalam Puji Ketenangan Safwan Mazlan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam memuji ketenangan yang dipamerkan Safwan Mazlan semasa menentang Kyrgyzstan semalam. Pemain pertahanan Terengganu FC itu merupakan sebahagian daripada enam pertukaran yang dibuat Kim Pan-gon untuk perlawanan itu. Meskipun ini merupakan penampilan pertamanya bersama skuad senior Malaysia, Safwan dilihat tidak kekok bila bergandingan dengan Dominic Tan dan Matthew Davies di […]
Kim Pan-gon Laung Amaran “Malaysia Boleh Jaringkan Lebih 8 Gol Di Bukit Jalil”

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyeru segala kudrat dan keyakinan untuk Harimau Malaya ‘mengamuk’ di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan Chinese Taipei. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mencipta kejaiban apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di Bishkek. Beliau memberitahu bahawa para pemainnya memperagakan aksi terbaik untuk berjuang tanpa beberapa tonggak utama. […]
Ranking FIFA: Malaysia Pintas Kedudukan Indonesia

Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya memperoleh tambahan mata penting untuk naik dua tangga dan memintas kedudukan Indonesia. Skuad kebangsaan mengharungi detik penting apabila berjaya mencuri satu mata berdepan pasukan ke-100 dunia. Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan apabila gol sendiri pemain lawan kembali menghidupkan peluang untuk ke pusingan ketiga. Berdasarkan kiraan mata FIFA, kejayaan Malaysia mencuri […]
Malaysia Imbangi Kekuatan Kyrgyzstan

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Kyrgyzstan dan Malaysia. Malaysia dibawah kendalian Kim Pan-gon tampil dengan beberapa muka baharu seperti Azri Ghani, Safwan Mazlan dan Nooa Laine apabila tiga pemain muda ini diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Seawal minit ke-21 permainan, Malaysia mula memberi amaran […]
Indonesia Open: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Leburkan Tentangan Weng Hong Yang

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Indonesia Open 2024 apabila mengatasi wakil China, Weng Hong Yang dalam aksi pusingan kedua hari ini. Selepas berjaya menewaskan Angus Ng Ka Lok di pusingan pertama, bekas juara All England 2021 itu perlu melepasi Hong Yang jika ingin mara ke suku akhir. Dari segi ranking, […]
Liridon Krasniqi Ingin Kembali Wakili Harimau Malaya

Bekas pemain tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi mengakui memiliki keinginan untuk kembali mewakili Harimau Malaya. Perkara ini dinyatakan sendiri pemain berusia 32 tahun itu dalam sesi soal jawab bersama peminat di Instagram Story baru-baru ini. “Sudah tentu (saya mahu kembali mewakili skuad kebangsaan). Saya akan kembali dalam masa terdekat, Insya Allah,” katanya. Ketika ini, Liridon […]