“Dah Semak Dengan Kelab, Maklumat Pemain Warisan Tidak Betul”

Maklumat seorang pemain yang dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia disahkan tidak benar. Perkara ini disuarakan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad mengenai sosok yang dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Laman Frfuturetalents telah memuat naik biodata mengenai seorang pemain Cardiff City, Isaac James Davies yang dilaporkan berdarah Malaysia. Pemain berusia 23 tahun […]
Presiden FIFA Puji Kemajuan Bola Sepak Malaysia

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyuarakan rasa gembira melihat kemajuan bola sepak Malaysia. Komen ini dibuat selepas pelancaran projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya pada 26 Jun lalu. Pelancaran projek disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, sambil disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd […]
“Saya Luluskan Rekaan Baju Ini” – Khairy Jamaluddin Gamit Kenangan Baju Sukan SEA Malaysia Tahun 2017

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengimbau kembali kenangan baju rasmi kejohanan yang diluluskan olehnya ketika temasya Sukan Sea di Malaysia 2017. Khairy Jamaluddin atau lebih mesra disapa sebagai KJ kini bergelar penyampai radio dan hos bagi sebuah audio siar yang dikenali sebagai Keluar Sekejap bersama rakan hosnya, Shahril Hamdan. Dalam satu klip sesi […]
Javier Ribera Buka Mulut Selepas Malaysia Tunduk Kepada Australia

Ketua Jurulatih Malaysia B-16, Javier Ribera menunjukkan semangat juang positif sungguhpun tewas kepada Australia baru-baru ini. Pengendali muda itu membimbing pasukan bagi aksi kedua peringkat kumpulan di Piala AFF B-16 2024 di Indonesia. Hasrat skuad muda negara melakar kemenangan kedua terbantut apabila tunduk di tangan anak buah Brad Maloney dengan keputusan 2-0. Jurulatih berusia 36 […]
Malaysia Paksa Skuad Muda Australia Mandi Peluh Sebelum Tewas

Malaysia memberikan saingan terbaik sebelum tunduk di tangan skuad muda Australia dalam kempen Piala AFF B-16. Skuad kendalian Javier Ribera membariskan kesebelasan terbaik selepas menundukkan Timor Leste dengan keputusan 5-0. Tentangan sengi diberikan oleh Australia pada aksi kedua Kumpulan C dengan misi untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan. Malaysia B-16 memberikan tekanan hebat untuk […]
Timbalan Presiden Selangor FC, Shahril Mokhtar Letak Jawatan Dalam FAM Serta-Merta

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Shahril Mokhtar telah memutuskan untuk meletakkan jawatannya dalam badan tersebut serta-merta. Menerusi perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Shahril telah pun menghantar surat peletakan jawatannya hari ini. Beliau yang juga Timbalas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor FC merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC telah […]
MFL Jelaskan Sebab Aksi Selangor & JDT Dimainkan Tanpa Penonton

Malaysian Football League (MFL) menjelaskan sebab aksi Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal dimainkan tanpa penonton. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL baru-baru ini. MFL telah menyatakan 4 tindakan yang dikenakan kepada The Red Giants susulan penarikan diri bagi […]
Fasa 1 Pusat Latihan Kebangsaan Dijangka Siap 2026, Telan Belanja RM69 Juta

Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang menelan belanja sebanyak RM69 juta dijangka bakal siap dalam fasa pertama pada tahun 2026. Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, projek NTC bagi fasa 1 terdiri daripada tiga buah padang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan kerja-kerja pelaksaan telah pun bermula oleh syarikat tempatan pada Jun […]
Selepas Kobe Chong, Lagi Pemain Berdarah Perak Ditemui Di Arsenal

Malaysia berpotensi miliki seorang lagi pemain warisan berdarah Perak selepas Kobe Chong apabila kini beliau beraksi di Arsenal. Umum mengetahui bahawa Kobe merupakan pemain warisan Malaysia berdarah Perak menerusi bapanya yang berasal dari Ipoh. Perkongsian oleh laman Frfuturetalents memaklumkan bahawa terdapat seorang lagi tonggak warisan negara yang berkelana di Eropah bersama kelab Liga Perdana Inggeris […]
Siaran Langsung AFF B-16: Australia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan Piala AFF B-16 antara Australia dan Malaysia menjadi tumpuan. Skuad kendalian Javier Ribera merekodkan permulaan cemerlang selepas membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Australia pula mengalami nasib berbeza apabila diikat oleh Thailand dengan keputusan 1-1. Pasukan muda negara mempertaruhkan pengalaman berdepan Australia pada tahun 2022 apabila berjaya mengikat lawan sama dengan […]
Hamidin Sedia Penuhi Permintaan Besar Lee Zii Jia

Hajat wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan diusahakan sebaik mungkin oleh Datuk Haji Hamidin Mohd Amin menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris. Datuk Haji Hamidin selaku Chief de Mission Malaysia ke Paris melihat usaha yang ditampilkan oleh Lee Zii Jia bersama jurulatihnya, Wong Tat Meng benar-benar mahu membawa pulang kejayaan buat negara. […]
Hamidin: Atlet Minta Tukar Warna, Kuning Lambang Emas

Datuk Haji Hamidin Mohd Amin tampil menjelaskan mengenai isu warna yang digunakan di set pakaian atlet Malaysia yang akan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti. Sebelum ini, media sosial dikecohkan dengan berita pakaian sukan yang bakal digunakan oleh atlet negara yang dikritik hebat dek kerana hasilnya yang mengecewakan dan tidak mencapai harapan yang diletakkan […]
AFF B-16: Rekod Baik Malaysia Lawan Australia Beri Tonik Tambahan

Aksi Piala AFF B-16 antara Malaysia dan Australia yang bakal berlangsung pada 26 Jun 2024 mencuri tumpuan peminat. Skuad kendalian Javier Ribera memiliki rekod baik bagi aksi pertama Kumpulan C apabila membelasah Timor Leste dengan keputusan 5-0. Ujian sebenar pasukan muda negara adalah aksi menentang Australia sekaligus bakal menjadi penentu kepada peluang negara mara ke […]
Selangor Perlu Tanggung Kerugian JDT & MFL

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC diminta untuk menanggung kerugian yang dialami oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Malaysian Football League (MFL). Menerusi satu kenyataan oleh MFL, Gergasi Merah telah pun dikenakan 4 denda susulan penarikan diri daripada aksi Piala Sumbangsih 2024 menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim. “Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League […]
Ganjaran RM3.8 Juta Dalam Genggaman JDT

Ganjaran mencecah RM3.8 Juta menanti pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila bersaing dalam kancah tertinggi di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio bakal menghangatkan saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim ini sebagai wakil tunggal dari Malaysia. Persiapan rapi telah pun dilakukan terutamanya apabila membawa masuk beberapa mula baharu untuk memantapkan pasukan. Konfederasi […]
Tunku Ismail Nafi JDT Berminat Dapatkan Kobe Chong

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menafikan minat JDT terhadap Kobe Chong. Pemain berusia 22 tahun tiba di Malaysia minggu lalu dan mendapat liputan meluas daripada para peminat tanah air. Khidmat beliau pada awalnya dikaitkan dengan beberapa kelab di Liga Super iaitu JDT, Selangor dan juga […]