Nasriq Baharom Berang, Tolak Pengadil & Tunjuk Isyarat Kurang Sopan

Kapten pasukan Imegresen FC, Nasriq Baharom mencetuskan sensasi apabila bertindak luar kawalan apabila menolak pengadil ketika beliau dilayangkan kad merah sambil menunjukkan isyarat kurang baik. Kejadian itu berlaku ketika aksi antara Bunga Raya Damansara dan juga Imegresen FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro. Perlawan itu berakhir dengan keputusan 1-1 sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa […]
Malaysia Bakal Ada Dua Pemain Kebangsaan Di Jepun

Selain Luqman Hakim Shamsudin, seorang lagi pemain muda Malaysia dijangka akan beraksi di Jepun. Luqman Hakim yang kini bersama YSCC Yokohama sedang beraksi dalam saingan JLeague 3. Beliau secara rasmi sertai pasukan itu pada Januari tahun ini selepas dipinjamkan daripada kelab asal, KV Kortrjik. Baru-baru ini, pemain muda Selangor Muhammad Abu Khalil dikhabarkan bakal menyertai […]
Jaringan Fenomena Safawi Rasid 5 Tahun Lalu Kembali Jadi Bualan Asia

Jaringan magis pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid di Liga Juara-Juara AFC (ACL) kembali menjadi bualan hangat peminat. Skuad Harimau Selatan secara konsisten beraksi dalam kejohanan tertinggi di Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah mula membuka mata pasukan Asia tentang wakil Malaysia ini. Laman Asian Champions League kembali memuat naik jaringan […]
Seorang Lagi Bintang Timnas Indonesia Hampiri Liga Super Malaysia?

Seorang lagi bintang Timnas Indonesia dijangka bakal menghangatkan saingan Liga Super Malaysia musim 2024/25. Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa watak Indonesia sudah pun menghangatkan saingan di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara pemain yang mengukuhkan reputasi di Liga Super ialah kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan juga pemain sayap lincah Sabah, […]
Hasrat Malaysia Jadi Tuah Rumah Piala Asia 2025 Jadi Kenyataan

Khabar baik buat peminat sepak takraw tanah air apabila Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kejohanan Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2025 nanti. Hal ini selepas Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah bersetuju untuk menerima tawaran oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025. Perkara ini diumumkan oleh Presiden PSM, Datuk […]
Penyokong Selangor Terima Khabar Gembira Berdepan JDT

Penyokong Selangor menerima khabar gembira daripada Malaysian Football League (MFL) bagi aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Umum mengetahui bahawa MFL telah mengenakan 4 hukuman kepada Gergasi Merah susulan penarikan diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari. Perkara itu bagaimanapun telah dipertimbangkan semula dengan beberapa hukuman telah pun dibatalkan oleh MFL. Ahli Lembaga Pengarah Malaysian […]
Respon Positif Tunku Ismail Lihat Kemajuan Ranking JDT Di Asia

Respon positif telah ditunjukkan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap kemajuan ranking JDT di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini memgekalkan rekod cemerlang 100 peratus kemenangan dalam semua kejohanan yang diharungi. Hal ini termasuklah ketika berjaya menundukkan kelab Liga A1, Malaysian University pada aksi […]
“Aksi Ada Siaran Langsung, Semua Orang Nampak Apa Dia Buat” – Razman Roslan

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan mengkritik tindakan pemain yang mula berkelakuan kurang sopan di atas padang. Baru-baru ini, terdapat beberapa insiden yang melibatkan pemain di Liga Super Malaysia yang gagal mengawal diri dan juga emosi mereka. Hal ini menyebabkan tindakan tersebut mendapat perhatian daripada peminat bola sepak tanah air yang gusar dengan tingkah laku pemain […]
MOM Perkenal Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia

Susulan maklum balas yang bercampur baur berkenaan pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil langkah menambah baik rekaan yang dinyatakan. Lantas, MOM telah memperkenalkan rekaan terbaru pakaian rasmi kontinjen Olimpik negara. Menariknya, beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dipilih sebagai model pakaian berkenaan. Hasil maklum […]
JDT Tinggal Jauh Kawasaki Frontale & Al-Ittihad

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan pencapaian membanggakan apabila meninggalkan jauh dua seteru Asia iaitu Kawasaki Frontale dan juga Al-Ittihad. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam momentum terbaik apabila menundukkan pasukan Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0. Hal ini memastikan pasukan Harimau Selatan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua pertandingan […]
“Saya Akan Bersara Sebagai Pengurus Jika Malaysia Gagal Ke Piala Asia”

Pengurus pasukan B-16 negara, Christopher Raj sedia bersara sebagai pengurus sekiranya Malaysia gagal ke Piala Asia 2025. Perkara ini disuarakan olehnya selepas Malaysia B-16 menamatkan perjuangan dalam Kejuaraan Asean pada peringkat kumpulan. Kekecewaan jelas menyelubungi skuad negara apabila tidak berupaya mengulangi pencapaian tahun 2019 untuk muncul juara. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Media, Komunikasi dan […]
“Malaysia B-16 Tunjuk Banyak Kemajuan Walau Tersingkir Awal” – Javier Ribera

Pengendali Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera percaya skuad negara menunjukkan banyak kemajuan meskipun tersingkir daripada saingan Kejuaraan ASEAN B-16 2024. Skuad negara tidak dapat layak ke pusingan separuh akhir kejohanan selepas hanya mengutip tiga mata dalam Kumpulan C. Satu-satunya kemenangan yang diraih Malaysia B-16 ialah kemenangan 5-0 ke atas Timor Leste. Sementara […]
Malaysia Bakal Diuji Dua Negara Handalan Timur Tengah

Malaysia bakal mengharungi ujian yang cukup hebat apabila bakal berdepan dengan dua pasukan hebat dari Timur Tengah. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal menghadapi ujian hebat apabila perlu berdepan cabaran tiga negara bagi aksi Pestabola Merdeka 2024. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan bahawa pertandingan Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan […]
Stadium Shah Alam Mula Dirobohkan

Kerja-kerja untuk merobohkan Stadium Shah Alam bagi tujuan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) sudah pun dimulakan. Menerusi beberapa laporan terkini, kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam akhirnya bermula selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sebelum ini, tular mengenai proses perobohan yang tertangguh susulan tidak mendapat kelulusan daripada pihak majlis […]
Sharom Kalam Kesan Perubahan Mendadak Fizikal Romel Morales

Bekas pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam telah mengesan perubahan mendadak yang ditampilkan oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales. Penyerang kelahiran Colombia itu melengkapkan perpindahan ke kelab selatan tanah air itu selepas beberapa musim membantu cabaran KL City. Tonggak penting Harimau Selatan itu telah beraksi dalam dua perlawanan dan berjaya meledak dua jaringan sekaligus mengukuhkan […]
Pestabola Merdeka: Tajikistan dan Dua Negara Besar Jadi Lawan Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya yang dibimbing Kim Pan-gon bakal berdepan cabaran tiga pasukan hebat untuk saingan Pestabola Merdeka 2024. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Tajikistan, Filipina dan Lubnan sebagai pasukan yang menerima jemputan beraksi dalam kejohanan itu. Kehadiran tiga pasukan ini sekaligus merealisasikan perancangan FAM untuk pasukan yang beraksi dalam saingan Pestabola Merdeka. […]