Prestasi Tajikistan & Lubnan Merisaukan Menjelang Pestabola Merdeka

Prestasi merisaukan dialami oleh juara bertahan, Tajikistan dan juga Lubnan menjelang Pestabola Merdeka 2024. 4 pasukan bakal menghangatkan saingan Pestabola Merdeka 2024 dengan tuan rumah iaitu Malaysia, Tajikistan, Filipina dan juga Lubnan. Tajikistan bagaimanapun turun tanpa tonik utama selepas bekas pengendali, Petar Segrt telah mengumumkan peletakan jawatannya Februari lalu. Kemas kini ranking FIFA menyaksikan Tajikistan […]

Peluang Malaysia Pintas Indonesia Terbuka Luas

Peluang Malaysia untuk memintas kedudukan Indonesia kini terbuka luas. Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bakal menempuh ujian pertamanya selepas pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon. Bekas pembantu jurulatih Barcelona B itu bakal membawa cabaran negara bagi aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Peluang ini sudah pasti mahu dimanfaatkan sebaik mungkin terutamanya […]

Pesanan Terakhir Kim Pan-gon Kepada Faisal Halim

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah menitipkan pesanan terakhir kepada Faisal Halim. Pemain berusia 26 tahun itu telah kembali dalam senarai pemain Gergasi Merah menentang Terengganu FC bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024. Kehadirannya jelas menyuntik semangat pemain Selangor apabila mencatatkan kemenangan 4-1 di Stadium MBPJ. Faisal Halim dalam satu kenyataan kepada Selangor […]

Tunku Ismail: Harap Suatu Hari Nanti Anda Sedar & Hargai Pengorbanan Ini

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap agar suatu hari nanti penyokong menyedari dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan. Baginda dalam satu kenyataan sebelum aksi separuh akhir antara JDT dan juga Kedah Darul Aman bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024 mengingatkan tentang hari permulaan […]

Piala FA: JDT Iringi Selangor Ke Final, Atasi Kedah Darul Aman

Juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengiringi Selangor ke final apabila menundukkan Kedah Darul Aman. Aksi babak pertama berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan pada 15 minit pertama permainan. Peluang terbaik JDT hadir menerusi rembatan kencang Bergson Da Silva dan tandukan Feroz Baharudin namun tidak tepat ke sasaran. Aksi babak pertama […]

Lee Zii Jia Buka Mulut Selepas Tunduk Di Separuh Akhir Olimpik

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melihat kekalahan di peringkat separuh akhir bukan bermakna perjuangannya dalam Sukan Olimpik 2024 sudah berakhir. Zii Jia turun menentang juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di peringkat separuh akhir dengan misi memburu kemaraan ke final. Hajat bekas juara All England 2021 itu untuk mengikut jejak Datuk Lee […]

Olimpik Paris: Juara Dunia Halang Impian Final Lee Zii Jia

Hajat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjadi pemain Malaysia pertama layak ke final Sukan Olimpik sejak edisi 2016 tidak kesampaian. Ini selepas usaha anak jati Alor Setar, Kedah itu disekat juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di peringkat separuh akhir. Pertembungan dua wakil Asia Tenggara ini dinantikan ramai selepas kedua-duanya berjaya menyingkirkan […]

“Selagi Tak Main 90 Minit, Tak Tahu Siapa Ke Final”

Selagi perlawanan tidak ditamatkan 90 minit, penyokong masih tidak boleh mengetahu siapa yang bakal ke final. Perkara ini disuarakan oleh Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil yang melihat bahawa sudah pasti akan ada pasukan pilihan dalam mana-mana perlawanan. Beliau bagaimanapun mahu menghormati kedua-dua pasukan yang belum lagi beraksi sambil yakin peluang mana-mana pasukan masih terbuka […]

Nidzam Jamil: Di Selangor, Seri Ibarat Kalah

Ketua Jurulatiu Selangor FC, Nidzam Jamil yakin mentaliti besar pasukan menyebabkan keputusan seri ibarat kekalahan bagi pemainnya. Perkara ini dinyatakan olehnya selepas Gergasi Merah merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Terengganu bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024. Kemenangan bergaya itu membolehkan Selangor melangkah ke pentas akhir dengan JDT atau Kedah Darul Aman menjadi halangan terakhir. […]

Siaran Langsung Badminton Olimpik: Lee Zii Jia vs Kunlavut Vitidsarn (Live Streaming)

Aksi tumpuan separuh akhir Sukan Olimpik 2024 bakal menemukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn. Pertembungan dua jaguh Asia Tenggara ini menjadi kenyataan selepas kedua-dua pemain berjaya menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir. Zii Jia mara selepas menewaskan jaguh Denmark, Anders Antonsen. Sementara Kunlavut yang berstatus juara dunia […]

Siaran Langsung Piala FA: JDT vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)

Aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 melibatkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kedah Darul Aman. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio menzahirkan rasa puas selepas anak buahnya terus memperagakan peningkatan dalam setiap perlawanan. Ya, setiap perlawanan kita akan pamerkan peningkatan. (Perlawanan separuh akhir kedua menentang) Kedah satu perlawanan yang sukar.  “Tapi ia […]

Piala FA: Kedah Hilang 4 Pemain Hadapi JDT

Piala FA: Kedah Darul Aman terpaksa berjuang tanpa 4. orang pemain berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Nafuzi Zain perlu mencari jaringan selepas tewas 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 di Darul Aman. Usaha itu bagaimanapun direncatkan apabila terdapat beberapa pemain yang mengalami kecederaan 24 jam sebelum aksi bermula. […]

Kemunculan Faisal Halim Raih Perhatian Orang Thailand

Kemunculan semula pemain sayap lincah Selangor FC, Faisap Halim mencuri perhatian orang Thailand. Pemain berusia 26 tahun itu diletakkan di bangku simpanan ketika aksi separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC. Kehadiran tonggai Harimau Malaya itu jelas memberikan suntikan tambahan kepada anak didik Nidzam Jamil untuk memperagakan aksi luar biasa. Skuad Gergasi Merah mencipta kebanggaan […]

Olimpik Paris: Hasrat Pearly Tan-M. Thinaah Raih Gangsa Tertangguh Di Tangan Wakil Jepun

Hajat beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah meraih pingat gangsa Sukan Olimpik tidak kesampaian. Ini selepas Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa di Arena Porte de la Chapelle, Paris. Dari segi ranking dan rekod pertemuan lalu, kelebihan tampak memihak Matsuyama-Shida. Ini kerana regu […]

Liga A1: Machan Menang Kali Ke-2, Atasi PIB Shah Alam Penuh Gaya

Aksi Liga A1 Semi Pro minggu 8 menyaksikan Machan FC meraih kemenangan kedua selepas menundukkan PIB Shah Alam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Sarawak itu menyaksikan kedua-dua pasukan rancak mengatur gerak bermula awal permainan. PIB Shah Alam berjaya memperoleh jaringan pertama menerusi tandukan cantik Idris Ahmad pada minit ke-11 hasil hantaran cantik dari sepakan […]

Faisal Halim Kembali Beraksi Dengan Topeng Khas?

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim disebut-sebut bakal kembali beraksi buat pasukan. Hal ini selepas Selangor FC memuat naik satu hantaran berkenaan identiti seorang pemain yang bakal beraksi dengan topeng. Video pendek itu memaparkan sebuah topeng khas diletakkan dalam paparan sekaligus mencetuskan tanda tanya mengenai pemiliknya. Ruangan komen hantaran tersebut juga dibanjiri oleh para […]