Terengganu Fikir Panjang Turunkan Akhyar Rashid

Terengganu FC berisiko tidak dapat menurunkan pemain sayap, Akhyar Rashid bagi perlawanan pertama Shopee Cup. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner ketika sesi sidang media pra-perlawanan menentang wakil Kemboja, Svay Rieng. Katanya, skuad Peteh mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan meraih 3 mata untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain. “Persiapan Terengganu […]

Iggy Houben Sedia Sarung Jersi Harimau Malaya

Pemain muda PSV Eindhoven, Iggy Houben telah menyatakan kesediaan beliau untuk menyarung jersi Harimau Malaya jika mendapat peluang tersebut. Iggy yang baru berusia 19 tahun merupakan pemain yang mempunyai darah keturunan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan, Fr Future Talents dalam satu hantaran […]

Nilai 3 Pemain Harimau Malaya Cecah RM8.5 Juta

Nilai tiga tonggak penting Harimau Malaya kini mencecah RM8.5 Juta. Skuad kendalian Pau Marti Vicente bakal beraksi dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024 di Bukit Jalil pada 4 September hadapan. Malaysia bakal ditentang oleh pasukan ke-147 dunia, Filipina pada aksi separuh akhir sebelum ke penentuan tempat ketiga atau final pada 8 September. Tiga tonggak penting Harimau […]

Selangor Uji Kekuatan Skuad Muda Kawasaki Frontale

Selangor bakal menguji kekuatan sebenar skuad muda gergasi Jepun, Kawasaki Frontale. Perlawanan itu melibatkan skuad Selangor yang kini menyertai Junior World Soccer Challenge U12 2024 di Jepun. Kejohanan ini melibatkan pertembungan 48 pasukan dari serata dunia dalam pertandingan selama 4 hari untuk mencari skuad muda terbaik di dunia. Selangor B-12 berada dalam Kumpulan J bersama-sama […]

Kisah Penjaga Gol Indonesia Terbang Ke Malaysia Demi Latihan Keras

Seorang penjaga gol cilik dari Indonesia sanggup terbang ke Malaysia demi mendapatkan latihan yang keras daripada jurulatih tempatan. Itulah yang berlaku kepada adik Glen dari Indonesia yang merelakan dirinya dilatih dengan keras oleh jurulatih penjaga gol terkenal, Coach Mio dari Mio Army Goalkeeper. Coach Mio adalah jurulartih yang sangat dikenali di Malaysia dek kerana latihan […]

Laos Ikut Jejak Malaysia & Indonesia

Skuad kebangsaan Laos kini mengikut jejak langkah Malaysia dan Indonesia dengan melantik jurulatih dari Korea Selatan untuk membimbing pasukan kebangsaan mereka. Ha Hyeok-jun telah dilantik Persekutuan Bola Sepak Kebangsaan Laos (LFF) sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Laos yang baharu, yang akan menyelia pasukan kebangsaan Laos dan pasukan kebangsaan Laos di bawah umur 23 tahun. Melalui pengumuman […]

Perbezaan Ranking Malaysia & Lubnan Curi Tumpuan

Perbezaan ranking Malaysia dan Lubnan mencuri tumpuan peminat. Aksi Pestabola Merdeka 2024 bakal menjadi tugasan pertama di bawa kendalian pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente. Harimau Malaya kehilangan sentuhan Kim Pan-gon selepas dua tahun enam bulan sekaligus menyaksikan penggantinya mengambil alih. Tugasan getir menanti skuad negara untuk merampas semula kejuaraan daripada Tajikistan yang muncul juara edisi […]

Tunku Ismail: FIFA Iktiraf Tak Piala Ni? Kalau Ya Nak Sertai

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi respon terhadap 3 trofi yang dimenangi Selangor musim ini. Umum mengetahui bahawa Gergasi Merah baru sahaja menjulang Piala Sultan Selangor 2024 selepas menundukkan Pilihan Singapura dengan keputusan 2-1. Kemenangan di Stadium Merdeka itu menyaksikan anak […]

Selangor Julang Trofi Ke-3 Era Nidzam Jamil

Selangor FC membuktikan pencapaian musim 2024/25 terus dilebarkan apabila menjulang trofi ketiga di bawah era Nidzam Jamil. Pengendali muda itu mengambil alih tambuk kejurulatihan daripada bekas rakan sejawat, Tan Cheng Hoe pada awal musim ini. Beliau tidak menunggu lama untuk memberi impak segera kepada Gergasi Merah apabila membantu pasukan menjulang trofi Selangor Asia Challenge. Kemenangan […]

“Banyak Kenangan Manis Di Liga Malaysia” – Faris Ramli

Penyerang berpengalaman Singapura, Faris Ramli teruja berkongsi kenangan manisnya beraksi di Liga Malaysia. Pemain berusia 31 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Pilihan Singapura ketika berdepan Pilihan Selangor dalam aksi Piala Sultan Selangor 2024. Hasrat untuk menjulang trofi bersejarah itu lebur apabila penalti Alvin Fortes memastikan Gergasi Merah mengekalkan rekod kemenangan tiga kali berturut-turut. Menerusi […]

Selangor Muncul Juara Piala Sultan Selangor 2024

Selangor muncul juara Piala Sultan Selangor 2024 apabila menewaskan Pilihan Singapura. Skuad kendalian Nidzam Jamil turun dengan motivasi terbaik dengan debur penyerang Jordan, Ali Olwan. Gergasi Merah bermula dengan amat baik menerusi percubaan Faisal Halim namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Singapura. Usaha mencari jaringan diteruskan oleh Ali Olwan namun rembatannya tepat ke dakapan Syazwan […]

Liga Super: 4 Gol Dramatik Hiasi Aksi Negeri Sembilan vs Kedah

Aksi Liga Super minggu 9 menyaksikan Kedah Darul Aman diikat oleh Negeri Sembilan dengan keputusan 2-2. Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan motivasi terbaik menerusi jentera 4 serangkai iaitu Milos Gordic, Sony Norde. Assifuah dan Syafiq Ahmad. Asakan bertali-arus oleh Sang Kenari dikejutkan dengan jaringan Jaque Faye pada masa kecederaan babak pertama. Aksi babak pertama […]

Pemain No.11 Jordan Sasaran Terbaru Selangor?

Pemain nombor 11 Jordan mula dikaitkan oleh penyokong sebagai sasaran terbaru Selangor FC. Gergasi Merah sebelum ini sudah pun melengkapkan perpindahan penyerang kebangsaan Jordan iaitu Ali Olwan baru-baru ini. Spekulasi baharu mula timbul apabila nama seorang lagi penyerang kebangsaan Jordan mula dikaitkan ke Selangor. Menerusi satu hantaran oleh Selangor FC, penyokong mula menghidu bayangan awal […]

Siaran Langsung Piala Sultan Selangor: Selangor vs Singapura (Live Streaming)

Aksi Piala Sultan Selangor 2024 bakal menemukan antara Pilihan Selangor vs Singapura. Pengerusi dan pengurus pasukan TSSC Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, perlawanan itu bakal menjadi acara sulung di Stadium Merdeka selepas ia ditutup selama lapan tahun bagi kerja baik pulih. “Perlawanan ini akan menjadi hari pertama Stadium Merdeka kembali dibuka kepada awam selepas […]

Siaran Langsung Liga Super: Perak vs JDT (Live Streaming)

Aksi Minggu 9 menyaksikan pertembungan antara Perak dan JDT mencuri tumpuan. Pengendali JDT, Hector Bidoglio mahu anak buahnya mengekalkan fokus berdepan Perak yang mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri. “Bagi saya, perlawanan menentang Perak adalah satu lagi perlawanan sukar yang akan kita harungi di tempat lawan. “Perak dibarisi pemain muda yang tidak erti mengalah […]

Perbandingan Pemain Paling Bernilai JDT & Ulsan HD

Perbandingan pemain paling bernilai dua gergasi Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Ulsan HD. Kedua-dua pasukan bakal bertemu bagi aksi AFC Champions League Elite (ACLE) pada perlawanan ke-4 di Stadium Sultan Ibrahim, 5 November 2024. Tumpuan bagaimanapun terarah kepada beberapa nama besar dalam pasukan untuk membawa cabaran Harimau Selatan dan Ulsan lebih gah. Berdasarkan […]