Tonggak Osaka Bantu Malaysia Di Kelayakan Piala Asia B-20

Tonggak kelab Jepun dipanggil untuk membantu Malaysia beraksi di Kelayakan Piala Asia B-20. Skuad kendalian Juan Torres kini melakukan persiapan rapi untuk beraksi dalam kejohanan penting berdepan 4 lawan hebat. Malaysia B-19 sebelum ini telah beraksi dalam siri persahabatan di China dan tewas tiga perlawanan menentang Uzbekistan, China dan Vietnam. Misi besar diteruskan apabila skuad […]

FAM Dilaporkan Sudah Hubungi Sem Scheperman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan sudah menghubungi pemain warisan Malaysia yang kini beraksi di Liga Eridivise Belanda, Sem Scheperman. Pemain tengah berusia 22 tahun itu dikatakan sudah dihubungi FAM mengenai masa depan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia pada masa akan datang. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan, FR Future Talents di […]

Dua Penjaga Gol Malaysia Dijangka Bawa Diri Ke Kelab Baharu

Dua penjaga gol Malaysia dijangka membawa haluan ke kelab baharu. Baru-baru ini, tular penjaga gol Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz telah meninggalkan pasukan atas bersetujuan bersama. Tonggak utama Sang Kenari itu menjadi watak penting di bawah kendalian Nafuzi Zain namun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu. Beliau dijangka bakal membawa diri ke Lembah Klang untuk […]

Import Jordan Dalam Perjalanan Ke Selangor, Pengganti Segera Reziq?

Seorang import Jordan difahamkan dalam perjalanan ke Selangor dan berpotensi menjadi pengganti segera Reziq Bani Hani. Pemain berusia 22 tahun itu meninggalkan Gergasi Merah secara mengejut untuk pulang beraksi di Jordan bersama Al-Hussein SC. Tonggak lincah itu bersaing hebat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan hanya membuat 7 penampilan dalam saingan Liga Super […]

Oman Buka Gelanggang Lawan Pasukan Muda Malaysia

Oman bakal membuka tirai Kelayakan Piala Asia B-20 berdepan skuad muda Malaysia. Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido baru sahaja pulang dari siri persahabatan di China tempoh hari. Skuad yang dikendalikan oleh Shukor Adan bagaimanapun tidak mendapat keputusan yang diharapkan apabila tewas ketiga-tiga perlawanan di sana. Aksi CFA Team China International Friendly Competition 2024 di Changsha, […]

Fokus Besar Iker Undabarrena Di JDT

Perancang tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Iker Undabarrena membawa fokus besarnya bersama pasukan. Tonggak berusia 29 tahun itu baru sahaja menyertai skuad Harimau Selatan dari kelab LaLiga, CD Leganea bagi jendela perpindahan kedua. Pemain kelahiran Sepanyol ini melakukan debutnya ketika menentang Penang FC yang berkesudahan dengan kemenangan 5-0 memihak tuan rumah. Beliau memainkan peranan […]

Adib Ra’op Pilihan Utama Safee Sali, Atasi Tonggak JDT & Selangor

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali memilih pemain Penang, Adib Ra’op berbanding tonggak JDT dan Selangor. Beliau dalam satu konten bersama Astro telah menyusun 10 pertahanan terbaik menurutnya dalam kancah Liga Super Malaysia. Beberapa keputusan oleh lagenda JDT ini mencuri perhatian ramai terutamanya memilih Adib sebagai pemain paling berpotensi pada masa hadapan. Safee menganggap bahawa […]

Pemain Kacukan Itali Dalam Sesi Latihan Malaysia

Pemain kacukan Itali kini memperkuat skuad muda Malaysia buat kali pertama. Baru-baru ini, pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido telah mengumumkan senarai 23 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat menjelang aksi Kelayakan Piala Asia B-20 tahun 2025. 10 tonggak JDT lll dan juga 6 pemain Selangor telah berada dalam senarai tersebut untuk membawa […]

Shanghai Port ‘Pening Kepala’ Hadapi JDT

Jaguh China, Shanghai Port dalam keadaan resah ntuk bertemu dengan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Penang dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim. JDT juga masih mengekalkan rekod kebal apabila masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan dalam semua kejohanan setakat ini. Persediaan mementang skuad Harimau […]

Persiapan Sabah Diuji Hebat

Pasukan Liga Super, Sabah FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan tonggak penting menjelang aksi berdepan Terengganu. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam misi untuk kembali mendapatkan momentum terbaik selepaa tewas beberapa perlawanan. The Rhinos tewas tiga perlawanan daripada 5 aksi terakhir dan mahu bangkit untuk mengutip mata berdepan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner. Sabah bagaimanapun […]

Siaran Langsung Liga Super: KL City vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)

Aksi Liga Super ke-10 menyaksikan pertembungan antara pasukan KL City menentang Kedah Darul Aman. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac optimis memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan penyerang muda, Haqimi Azim menyatakan kesediaan penuh berdepan Sang Kenari. “Syukur Alhamdulillah, persediaan untuk perlawanan Sabtu ini amat baik. Kami ada beberapa pemain yang baru pulang daripada panggilan kebangsaan […]

Kenyataan Rasmi Selangor FC

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC telah membuat kenyataan berhubung dengan pertukaran jadual menentang Terengganu. Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perubahan jadual aksi yang telah ditunda. Ia melibatkan juga pertembungan antara dua gergasi Liga Super, Selangor dan juga Terengganu yang dianjak aksinya lebih lewat. “Perlawanan LS11 Terengganu FC […]

“Bagi Dia Ruang Dalam Kotak Penalti, Habis”

Bekas jurulatih berpengalaman negara, Irfan Bakti memuji kualiti penyerang baharu JDT, Jorge Obregon. Tonggak kelahiran Colombia itu baru sahaja menyertai skuad Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua daripada kelab Croatia, HNK Rijeka. Pemain berusia 27 tahun itu tampil cemerlang untuk memastikan kemenangan besar 5-0 ke atas Penang dan menyumbang dua jaringan. Menurut pemerhatian Irfan Bakti, […]

Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Kuching City (Live Streaming)

Aksi Liga Super ke-10 menyaksikan pertembungan antara Selangor dan Kuching City. Perancang tengah Selangor FC, Orozco menyifatkan The Cats bukan saja tersusun dari segi corak pertahanan namun pasukan itu juga mempamerkan semangat juang tinggi dalam setiap aksi yang disertai mereka. Beliau juga mahu mahu rakan sepasukannya berjuang habis-habisan bagi memastikan tiga mata menjadi milik Merah Kuning. “Kita […]

“Struktur JDT Jadi Panduan Terbaik Di Liga Malaysia” – CEO MFL

Pengurusan cemerlang yang dimiliki oleh Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima pujian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL. Perkara ini dinyatakan oleh CEO badan induk tersebut iaitu Giorgio Pompili Rossi ketika satu sesi ramah mesra hari ini. Beliau mengakui teruja untuk mengemudi MFL dan mahu menganalisis secara terperinci permasalahan utama liga sebelum melakukan […]

“Perubahan Liga Malaysia Perlukan Masa” – Giorgio Rossi

Perubahan yang mahu dibawa ke Liga Malaysia memerlukan masa. Perkara ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MFL, Giorgio Pompili Rossi atau lebih dikenali sebagai Jojo. Beliau berbesar hati menyahut cabaran baharu untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan tahap Liga Malaysia terus kompetitif. “Saya tahu bahawa saya merupakan CEO pertama dari luar negara. Bagi […]