Selamat Tinggal Fernando Forestieri

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mengucapkan selamat tinggal buat pasukan. Tonggak lincah kelahiran Itali itu beraksi hampir tiga musim buat skuad Harimau Selatan dan mengecapi trofi pertama dalam kariernya di sini. Beberapa siri kecederaan bagaimanapun menjejaskan rentaknya setelah terpaksa diketepikan buat beberapa kali musim ini. Pemain berusia 34 tahun itu akhirnya […]
5 Negara Asia Tenggara Catat Peningkatan Ranking FIFA

Lima buah negara dari Asia Tenggara berjaya mencatatkan peningkatan dalam ranking FIFA terbaharu. Menerusi kemas kini ranking terbaharu oleh pihak FIFA pada Khamis, menyaksikan kedudukan lima negara yang berada di rantau Asia Tenggara melonjak naik secara positif. Thailand kini sudah menembusi kelompok 100 terbaik dunia dengan tambahan mata ranking 4.5 mata yang diraih ketika menewaskan […]
Sikap Rendah Diri Arif Aiman Dapat Liputan Media China

Sikap rendah diri yang dipamerkan oleh Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi mendapat liputan daripada media China. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi antara dua pemain tempatan dalam kesebelasan utama Harimau Selatan yang menurunkan skuad terbaik berdepan Shanghai Port. Peluang yang diberikan berjaya dimanfaatkan sebaik mungkin apabila Arif Aiman menjadi wira JDT […]
AFC MA Ranking: JDT & Selangor Sumbang Tambahan Mata Buat Malaysia

Dua wakil Malaysia dalam kancah saingan Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC telah menyumbamg tambahan mata AFC MA Ranking buat Malaysia. Skuad kendalian Hector Bidoglio menjadi wakil tunggal negara untuk beraksi dalam kancah saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala Selangor pada saingan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2). Persembahan memberangsangkan ditonjokan […]
‘Keadaan Jadi Sukar’ Aksi Azim Al-Amin Terima Pujian Menggunung

Penjaga gol Selangor FC, Azim Al-Amin menerima pujian menggunung susulan aksi cemerlangnya di ACL2. Pemain berusia 22 tahun itu menerima kepercayaan barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad Gergasi Merah. Beliau tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila tampil cemerlang untuk menafikan setiap percubaan daripada tonggak lawan. Azim berjaya mematahkan peluang keemasan Muangthong United ketika berdepan […]
Tergempar: Bumi Bakal Miliki Dua Bulan Minggu Hadapan

Bumi bakal memiliki dua bulan seawal minggu hadapan bagi tempoh dua bulan. Bumi akan mendapat bulan baru bermula minggu hadapan kerana asteroid yang menuju ke arah kita akan terperangkap di orbit. Oleh yang demikian, mulai 29 September ini dijangka asteroid 2024 PT5 selebar 33 kaki akan mengorbit bumi dan kekal bersama kita sehingga 25 November. […]
Harimau Malaya Lonjak Ke Tangga 132 Dunia

Harimau Malaya kini melonjak ke kedudukan 132 dunia berdasarkan kemas kini terbaru FIFA. Baru-baru ini, skuad kendalian Pau Marti Vicente berjaya menamatkan penantian sejak sekian lama apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Malaysia berjaya menundukkan jaguh Timur Tengah, Lubnan dengan keputusan 1-0 manakala menewaskan Filipina dengan jaringan 2-1 ketika aksi separuh akhir. Kemenangan itu membolehkan […]
Kemunculan Semula Pemain Kedah Timbulkan Persoalan

Kemunculan semula pemain utama Kedah Darul Aman baru-baru ini menimbulkan persoalan besar. Skuad kendalian Nafuzi Zain menghadapi aksi minggu 10 Liga Super 2024/25 menentang KL City FC menyaksikan Sang Kenari hanya turun dengan pemain b-23 sahaja. Situasi itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong tentang situasi sebenar pasukan yang kini terpelosok di tangga ke-11 Liga […]
JDT Bayar Satu Mata Dengan Harga Mahal

Juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa membayar satu mata dengan harga mahal pada aksi pembukaan di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio merakamkan keputusan seri 2-2 menentang wakil China, Shanghai Port di gelanggang lawan. Dua jaringan daripada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi memastikan skuad Harimau Selatan membawa pulang satu mata pada aksi […]
Siaran Langsung ACL2: Muangthong United vs Selangor (Live Streaming)

Aksi pembukaan AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan pertembungan antara Muangthong United dan juga Selangor. Jurulatih Muangthong United, Leno Latteri telah mengenal pasti 3 watak penting Gergasi Merah yang perlu dikawal rapi oleh anak buahnya. “Bagi pesaing seperti Selangor, saya secara peribadi tidak fokus kepada pemain lawan secara individu. Tapi saya tahu bahawa beliau (jurulatih […]
AFC Beri ‘Lampu Hijau’ Harimau Malaya Diurus Entiti Luar

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak akan menghalang andainya skuad Harimau Malaya bakal diuruskan oleh sebuah entiti luar kelak. Perkara ini dijelaskan oleh Setiauasaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John mengenai desas-desus skuad bola sepak kebangsaan yang bakal diuruskan entiti luar dan bergerak berasingan. Menurut beliau, keutamaan harus diberikan kepada pihak AFC untuk meneliti terlebih […]
Arif Aiman Kongsi Beza Intensiti Aksi ACLE & Liga Malaysia

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berkongsi perbezaan aksi di AFC Champions League Elite (ACLE) dan juga Liga Malaysia. Tonggak berusia 22 tahun itu menjadi wira Harimau Selatan apabila menjaringkan dua gol untuk mengikat Shanghai Port dengan keputusan 2-2. JDT berjaya membawa pulang satu mata dari Shanghai sebelum melayan kunjungan satu […]
ACLE: Bisa Arif Aiman Pastikan JDT ‘Rantai’ Shanghai Port

ACLE: Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan mata pertama pada kempen Asia musim ini apabila mengikat jaguh China, Shanghai Port. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi merakamkan 3 mata pertama pada aksi pembukaan. Peluang terbaik JDT hadir menerusi percubaan Oscar Arribas pada minit ke-22 namun sepakannya melambung ke atas gawang. Usaha tidak mengenal erti penat […]
MFL Luluskan Kuota 12 Pemain Import

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan mengenai Pindaan Manual Liga Malaysia 2024-2025 melibatkan pendaftaran maksimum 12 Pemain Asing. Perkara ini telah berjaya mencapai persetujuan bersama majoriti Rakan Kongsi Liga dan telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL. Kuota tambahan ini tidak akan menjejaskan peluang pemain-pemain tempatan untuk beraksi kerana dua pemain asing tambahan ini hanya […]
5 Tonggak JDT Muncul Dalam Sesi Latihan Di China

5 tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat kemunculan dalam sesi latihan di China. Skuad kendalian Hector Bidoglio membawa momentum terbaik apabila mengatasi Penang FC dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari. Tonggak baharu seperti Jorge Obregon, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov dan juga Enzo Lombardo turut diberi peluang beraksi. Skuad Harimau Selatan menerima […]
‘Mana Syafiq Ahmad?’

Peminat Kedah Darul Aman mula tertanya tentang kelibat penyerang berbisa, Syafiq Ahmad. Aksi antara KL City dan Kedah menyaksikan perubahan 360 darjah dalam skuad kendalian Nafuzi Zain memasuki aksi ke-10 Liga Super. Sang Kenari hanya menurunkan skuad B-23 di Stadium Cheras dengan hampir semua pemain utama pasukan tidak lagi berada dalam skuad. Ketiadaan watak penting […]