Tidak Lupa Diri, Skuad Muda Negara Raikan Kejayaan Dengan Cara Tersendiri

Kejayaan skuad muda negara mengungguli carta Kumpulan J sekaligus menjadikan Malaysia layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia B-23 2022. Malaysia sah dinobatkan sebagai juara kumpulan setelah berjaya mengikat Thailand 0-0 dalam perlawanan pagi tadi. Meskipun kedua-dua pasukan tidak dapat menjaringkan gol, namun skuad muda negara telah berjaya menampilkan aksi bertenaga dengan kekebalan benteng pertahanan […]

Kekebalan Barisan Pertahanan Bawa Malaysia Ke Uzbekistan

Percubaan pasukan Thailand untuk meraih 3 mata ketika berdepan pasukan Malaysia musnah apabila skuad kendalian Brad Maloney berjaya untuk menggagalkan hasrat tersebut untuk mencuri satu mata. Turun dalam perlawanan terakhir kumpulan J, pasukan negara bermula dengan cukup garang apabila terus menekan bermula saat pertama dengan tidak memberi ruang buat pasukan lawan untuk merencanakan gerakan. Bukan […]

Malaysia Buru Kemenangan Bertemu Thailand Demi Banggakan Penyokong

Selepas mencatatkan dua kemenangan bertemu Laos dan Mongolia, penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Azri Ab Ghani mahu pasukan negara terus memberikan fokus sepenuhnya untuk buru kemenangan ketiga dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Thailand pagi esok. Penjaga gol utama pasukan Perak FC itu diturunkan untuk kedua-dua perlawanan terawal yang […]

[Video] Aksi ‘Lain Macam’ Azri Ghani Menyelamatkan Gawang Sampai Terkena Kad Kuning

Kecemerlangan penjaga gol bawah 23 tahun negara, Azri Ghani yang bekerja keras sepanjang 90 minit permainan dalam aksi menentang Mongolia hari ini harus diberi pujian. Pemain berusia 21 tahun ini tenang mengawal gawang Malaysia sungguhpun seringkali berhadapan dengan serangan balas pantas yang direncanakan oleh pasukan tuan rumah bagi menembusi gawang yang dikawal rapi olehnya. Namun […]

Pamer Teladan Mengagumkan, Tindakan Malaysia ‘Hormat’ Lawan Dipuji

Kemenangan pasukan negara ketika menentang tuan rumah, Mongolia pada perlawanan yang berlangsung pagi tadi lebih mencuri tumpuan apabila terdapat satu keping gambar yang tular di media sosial. Terdapat sebuah hantaran di laman sosial yang memaparkan tindakan selepas perlawanan yang dilakukan oleh para pemain Malaysia yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan yang juga merupakan tuan rumah […]

Ong Kim Swee Beri Amaran Mongolia Bukan Pasukan Belasahan

Selepas berjaya menjinakkan pasukan Laos 1-0, pasukan Bola Sepak Bawah 23 (B-23) negara bakal meneruskan cabaran dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23 pada hari esok dengan menentang pasukan tuan rumah, Mongolia Bekas pengendali pasukan Malaysia Bawah 23 (B-23), Datuk Ong Kim Swee mengingatkan barisan pemain negara agar tidak memandang mudah kepada cabaran yang bakal diberikan […]

Kemasukan Quentin Cheng Kucar-Kacirkan Laos, Beri Malaysia 3 Mata Berharga

Percaturan jurulatih pasukan muda negara, Brad Maloney untuk memasukkan pemain pertahanan kanan, Quentin Cheng nyata membuahkan hasil apabila pemain itu menjadi watak penting bagi memastikan Malaysia pulang dengan tiga mata berharga. Terikat tanpa jaringan sehingga sejam permainan, pasukan negara jihat menggandakan usaha untuk memperoleh jaringan apabila Quentin dimasukkan untuk menggantikan pertahanan muda Terengganu Azam Azmi […]

Skuad Muda Negara Berjaya Tumbangkan Laos

Skuad kendalian Brad Maloney yang turun dengan formasi 3-4-3 berjaya mencatat kemenangan untuk aksi pertama di Mangolia hari ini. Skuad muda negara berjaya menumbangkan Laos dengan keputusan 1-0. Malaysia bermula agresif pada separuh masa pertama apabila percubaan daripada Azfar pada minit ke-22 permainan mencemaskan kubu lawan. Peluang terbaik itu hadir menerusi satu sepakan deras namun […]

Brad Maloney Anggap Laos Pasukan Yang Tersusun Dan Agak Sukar Untuk Ditewaskan

Skuad Bawah 22 Tahun negara bakal memulakan aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Persatuan Bola Sepak Mongolia (MFF) petang ini. Brad Maloney selaku pengendali skuad Negara mengakui pasukan Laos merupakan sebuah pasukan yang agak sukar untuk ditewaskan dan menjangkakan tentangan sengit menanti anak-anak buahnya dalam perlawanan […]

Aksi Padang Rumput Semulajadi Beri Kelebihan Buat Harimau Malaya

Kejohanan Piala Suzuki AFF yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Disember ini dilihat mendapat suntikan motivasi apabila dijadualkan bakal mengharungi kesemua perlawanan peringkat kumpulan di stadium yang menggunakan padang rumput atau ‘cow grass’. Menurut satu kenyataan oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, skuad negara yang diundi dalam kumpulan B bersama beberapa pasukan lain termasuklah juara edisi terakhir, […]

Kiko Insa Sukses Sebagai Agen Bola Sepak, Mempunyai 37 Pemain Seluruh Dunia

Bekas pertahanan tengah Harimau Malaya, Francisco Insa Bohigues atau digelar sebagai Kiko Insa kini bergelar agen bola sepak yang berjaya selepas beliau mengesahkan bahawa mempunyai 37 pemain dibawah seliaan syarikatnya, Insa Project Global Group. Kiko, 33, sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab di Asia Tenggara seperti Arema, Bali United, Pahang dan JDT. Beliau mempunyai […]

Mukhairi Ajmal Dilantik Sebagai Kapten Pasukan, Bakal Ketuai Cabaran Malaysia

Pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal diberikan mandat selaku kapten pasukan skuad bawah 23 kebangsaan yang akan bersaing dalam pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 23 pada tahun hadapan di Mongolia. Perkara ini diumumkan menerusi laman Instagram rasmi FAM sebelum para pemain berlepas ke Mongolia. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin telah […]

Ranjau Berduri, Onak Berliku Dijangka Menanti Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dijangka berhadapan laluan yang berliku untuk ke Piala Asia 2023 selepas banyak negara yang masih belum membuka sempadan dan memaksa Malaysia menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2023 secara berpusat. Ternyata situasi ini agak membimbangkan kerana kelebihan pastinya memihak kepada tuan rumah yang dipilih untuk menjadi venue bagi pusingan […]

Arif Fadzilah Kurang Berpuas Hati Dengan Aksinya, Akui Perlu Belajar Lebih Lagi

Walaupun posisi pertahanan kiri Harimau Malaya dilihat sinonim dengan Corbin Ong untuk beberapa tahun kebelakangan ini, namun prestasi Arif Fadzilah dalam dua perlawanan persahabatan di Amman Jordan ternyata boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke Piala AFF Disember depan. Menentang Jordan dan Uzbekistan yang merupakan antara pasukan terbaik di rantau Asia ternyata bukanlah satu tugas mudah bagi […]

Skuad B-23 Diserikan Dengan Kehadiran Empat ‘Wonderkid’ Harimau Malaya

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney mengesahkan bahawa beliau bakal menggunakan khidmat empat pemain Harimau Malaya bagi menghadapi Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 yang bakal berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia dari 21-31 Oktober ini. Pemain yang berada dalam rancangan pengendali berasal Australia itu ialah Luqman Hakim Shamsudin (Penyerang), Mukhairi Ajmal (Tengah), Hakimi Abdullah (Sayap) […]

Disebalik Kekalahan Besar, Khairul Fahmi Pamer Aksi Terbaik

Kekalahan 5-1 Malaysia kepada Uzbekistan seperti sudah diramal skripnya. Mana tidaknya, Uzbekistan merupakan pasukan ke-12 terkuat di Asia berdasarkan kedudukan ranking dunia. Kekalahan kepada Uzbekistan ternyata memperlihatkan beberapa pemain menunjukkan aksi yang bertenaga dan ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe seperti sudah mendapat bayangan skuad yang akan dibawa ke Kejohanan Piala AFF Disember ini. Walaupun […]