Tiada Masa Untuk Berehat, Kim Pan-gon Kembali Turun Padang Tinjau Aksi Sri Pahang & PJ City

Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali melakukan tugasannya apabila beliau dilihat kembali berada di stadium untuk menyaksikan perlawanan Liga Super. Pengendali yang berasal dari Korea Selatan itu sebelum ini sudah diketahui akan kehadirannya ke stadium untuk melihat perlawanan Liga Super. Bukan itu sahaja, kehadiran Pan-gon juga telah menjadi perintis kepada pemilihan senarai awal […]
Melaka United Yakin Norshahrul Idlan Talaha Mampu Buat ‘Comeback’ Bersama Harimau Malaya

Bekas penyerang pasukan kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha kembali untuk menemui sentuhan jaringannya semula ketik membantu Melaka United menang besar 4-0 ke atas PIB FC kelmarin. Pemain berusia 35 tahun itu menjadi watak penting dalam membantu pasukannya untuk menang dalam pusingan pertama Piala FA tersebut. Kemasukan pemain yang mesra disapa Mat Yo ini pada separuh masa […]
Kerancakan Syafiq Ahmad Beraksi Jadi Nadi Kim Pan-gon Dan Harimau Malaya

Penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad kini sedang menikmati hari-hari indah dalam kariernya semula apabila menjadi watak penting buat Harimau Malaya. Pemain berusia 26 tahun itu kini kembali semula ke pangkuan kelab lamanya dari JDT secara pinjaman nyata kembali mendapat rentak apabila diberikan minit permainan yang secukupnya. Bukan itu sahaja, beliau juga mendapat […]
Kim Pan-gon Dan Brad Maloney Bakal Bertembung Demi Malaysia

Bulan Jun ini merupakan bulan yang paling sibuk buat pasukan bola sepak kebangsaan apabila pasukan senior dan pasukan bawah 23 tahun negara bakal beraksi dalam 2 kejohanan berbeza. Skuad senior kebangsaan kendalian Kim Pan-gon bakal turun untuk Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur. Manakala skuad bawah 23 tahun kendalian Brad Maloney pula dijangka turun […]
KL City Lancarkan ‘Ramadan Cup’, Hadiah Keseluruhan RM 3000 Untuk Dimenangi

Pasukan futsal Kuala Lumpur City (KL City) FC bakal menganjurkan satu pertandingan futsal yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Ramadan ini. Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi pasukan, KL City mempelawa mana-mana pasukan yang mahu menyertai pertandingan itu untuk segera mendaftarkan pasukan sebelum 31 Mac ini. Pertandingan yang dijangka bakal melibatkan pertembungan antara 16 […]
Faisal Halim Yakin Pan-gon Individu Yang Tepat Buat Harimau Malaya

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Abdul Halim percaya bahawa Kim Pan-gon mampu untuk menjelmakan kejayaan buat pasukan Harimau Malaya. Dalam satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 24 tahun itu yakin dengan kemampuan dan percaturan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu. Sungguhpun begitu, beliau percaya bahawa Pan-gon masih memerlukan […]
3 Penyerang Tempatan Berpeluang Melengkapkan Jentera Serangan Kim Pan-gon

Malaysia menampilkan aksi yang positif dalam 2 aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura. Meraih 1 kemenangan dan 1 kekalahan, Malaysia bermain baik terutamanya dalam aspek menyerang walaupun Kim Pan-gon hanya membawa 2 penyerang tulen ketika itu setelah Darren Lok positif Covid-19. Malaysia tetap menyerang dengan baik walaupun hanya menggunakan Syafiq Ahmad dan Luqman Hakim […]
Shukor Adan Tidak Mahu Luqman Hakim Menunggu Terlalu Lama

Bekas pertahanan pasukan kebangsaan, Shukor Adan percaya Luqman Hakim perlu meneliti semula perjalanan kariernya setelah berkelana hampir 3 tahun di bumi Belgium. Penyerang muda negara berusia 20 tahun itu melebarkan perjalanan kariernya apabila menyertai pasukan KV Kortrijk selepas perpindahan daripada pasukan Selangor berjaya dimetrai. Sungguhpun begitu, menurut Shukor, Luqman perlu segera menentukan hala tuju kariernya […]
Perbaiki Ranking Satu-satunya Cara Untuk Bawa Lebih Ramai Pemain Malaysia Ke Eropah

Beraksi di eropah pastinya menjadi idaman rata-rata pemain bola sepak di dunia ini. Selain liga bertaraf dunia, di eropah juga menghimpunkan pemain-pemain terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo di Manchester United dan Lionel Messi di Paris Saint Germain (PSG). Bagi kita peminat bola sepak Malaysia, pasti perasaan teruja akan hadir apabila mendengar pemain negara menerima pelawaan […]
Tak Kenal Maka Tak Cinta, Fernando Forestieri Mula ‘Pantau’ Aksi Harimau Malaya

Pemain import pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri kelihatan teruja dengan aksi pasukan kebangsaan ketika menentang Singapura semalam. Bekas bintang Serie A bersama pasukan Udinese itu kini dalam tempoh percutian disebabkan aksi Liga Super dihentikan untuk memberi laluan kepada aksi pentas antarabangsa. Namun begitu, gelagat Forestieri yang dilihat menyatakan sokongan kepada barisan anak buah […]
Gol Liridon Krashniqi Buat Malaysia Belum Cukup Padamkan Kesangsian Penyokong

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krashniqi berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan yang menyaksikan Malaysia tumpas 1-2 kepada Singapura. Namun aksi Liridon bersama skuad kebangsaan masih lagi mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong. Dalam perlawanan menentang Filipina yang lalu, Liridon Krashniqi menjadi sasaran penyokong ekoran aksi beliau yang terlalu lama memegang bola dan […]
‘No Khuzaimi No Party’

Ketiadaan pertahanan tengah Harimau Malaya, Khuzaimi Piee jelas memberi kelompongan yang cukup besar buat Malaysia apabila dihukum oleh Singapura dengan keputusan 2-1. Pemain berusia 28 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Filipina yang menyaksikan pasukan negara menang dengan keputusan 2-0. Sungguhpun ia merupakan kaps keduanya, beliau tetap menampilkan aksi yang cukup meyakinkan. […]
Kim Pan-gon Tak Kisah Jika Tak Menang Lawan Singapura

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyatakan bahawa kemenangan bukanlah sasaran utama menentang Singapura malam ini. Menurut satu kenyataan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan, perkara utama yang mahu ditekankan menjelang perlawanan persahabatan kedua ini adalah untuk membentuk sebuah pasukan yang utuh. Hal ini disebabkan, beliau mahu menyiapkan sebuah pasukan yang mampu untuk beraksi dan bersaing […]
Luqman Hakim Bakal Ketuai Jentera Serangan Menentang Singapura?

Penyerang muda pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin dijangka bakal membuat penampilan dalam perlawanan menentang Singapura malam ini. Pemain yang berkelana di bumi Belgium bersama KV Kortrijk ini dikatakan bakal membuat kemunculan selepas jurulatih pasukan, Kim Pan-gon mahu memberi kepercayaan kepada semua pemain. Bukan itu sahaja, jurulatih kelahiran Korea Selatan ini telah memberitahu bahawa fokus utama […]
Peluang Cerah Malaysia Perbaiki Ranking FIFA Jika Menewaskan Singapura

Skuad Harimau Malaya akan turun menentang pasukan Singapura pada malam ini (26 Mac) bagi aksi perlawanan persahabatan. Sebelum ini Malaysia sudah bertemu pasukan Filipina dimana Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama di bawah kendalian jurulatih baharu dengan jaringan 2-0. Jika Malaysia mampu menewaskan Singapura, anak buah kendalian Kim Pan-gon ini mampu mengutip 5.3 mata dan memperbaiki […]
Cukup 5 Tahun Di Malaysia, Dechi Marcel Sedia Untuk Naturalisasi?

Umum mengetahui bahawa jika seseorang pemain telah beraksi 5 tahun berturut-turut dalam negara, mereka layak untuk dinaturalisasikan sekali gus melayakkan mereka beraksi untuk negara tersebut. Malaysia telah membenarkan program naturalisasi dan Mohamadou Sumareh merupakan pemain bola sepak naturalisasi pertama buat Malaysia. Kelicikan dan kelincahan yang dimiliki Sumareh ternyata banyak membantu pasukan negara dan yang sukar […]