Kim Pan-gon Laung Semangat Kebangkitan Buat Pemain B-23 Tahun Negara

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu skuad bawah-23 (B-23) negara melupakan episod duka tersingkir dari perebutan pingat emas Sukan Sea selepas tewas di separuh akhir kepada Vietnam. Sebaliknya, Pan-gon manyeru para pemain muda negara supaya terus bersemangat kerana perjuangan masih belum selesai dan belajar dari kesilapan yang sudah dilakukan supaya bangkit semula dengan menewaskan […]

Penyokong Vietnam Anggap Malaysia Terlalu Bagus Untuk Tak Ke Final

Para penyokong pasukan Vietnam menzahirkan rasa bangga terhadap persembahan luar biasa yang dipamerkan oleh barisan pemain Malaysia sungguhpun tewas 1-0 semalam. Malaysia turun dengan misi untuk melakar kejutan berjaya mempamerkan aksi yang mengagumkan sehingga berjaya mengheret perlawanan hingga ke masa tambahan. Kekebalan barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Harith Haiqal selain ketangkasan Azri Ghani untuk […]

Mentaliti Juara Luqman Hakim Tenangkan Rakan Sepasukan Buat Ramai Tersentuh

Penyerang bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin jelas berada dalam kelas tersendiri untuk segera melupakan segala duka yang membelenggu pasukan negara apabila tewas bermaruah 1-0 ke atas Vietnam semalam. Pemain berusia 20 tahun itu terus menjadi sandaran utama buat pasukan kendalian Brad Maloney apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengetuai jentera serangan […]

Brad Maloney Dedah Punca Malaysia Tewas Bermaruah Kepada Vietnam

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Brad Maloney akur skuad kendaliannya tewas di separuh akhir kepada pasukan Vietnam namun berbangga dengan para pemainnya yang berjuang sehingga wisel penamat selepas melalui 120 minit permainan. “Saya berbangga dengan pemain Malaysia, mereka berjuang sehingga tamat permainan,” katanya selepas perlawanan di Stadium Viet Tri Phu Tho pada Khamis. […]

Park Hang-seo Akui Malaysia Lawan Yang Paling Sukar Buat Vietnam Setakat Ini

Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Vietnam, Park Hang-seo bersyukur pasukan kendaliannya berjaya melepasi perlawanan yang cukup sukar menentang Malaysia pada aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea Hanoi yang berlangsung Khamis malam. Kemenangan tipis 1-0 terhadap Malaysia itu sekaligus melayakkan Vietnam mara ke perlawanan akhir menentang Thailand. Pastinya Vietnam mahu mempertahankan pingat emas […]

Malaysia Berpeluang Leburkan Rekod Tak Masuk Akal Vietnam

Perlawanan separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan Sea Hanoi yang menemukan tuan rumah, Vietnam dan Malaysia pastinya menjadi tumpuan penyokong kedua-dua pasukan dengan Vietnam sudah tentu mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi sebelum ini. Namun rekod tanpa bolos yang dicatatkan Vietnam Bawah 23 Tahun (B-23) sememangnya tidak masuk akal. Mereka kini melalui […]

Info Siaran Langsung Vietnam vs Malaysia (Sukan Sea 2021/2022)

Selepas mengharungi perlawanan kumpulan B Sukan Sea 2021 di Vietnam, skuad Brad Maloney akhirnya berjaya mara ke perlawanan separuh akhir selepas menamatkan saingan kumpulan B di tempat ke-2. Bertemu skuad Vietnam bukanlah satu perlawanan yang mudah memandangkan tuan rumah mempunyai rekod baik sejak diambil alih Park Hang-seo. Namun kehebatan skuad bawah 23 tahun Vietnam di […]

Kim Pan-gon Akhirnya Panggil Juga Matthew Davies

Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk memanggil pertahanan pasukan JDT, Matthew Davies sekaligus mewujudkan semula persaingan sengit pada posisi pertahanan kanan pasukan. Pemain berusia 27 tahun itu sedang menikmati prestasi terbaiknya sejak musim lalu apabila menjadi watak penting buat pasukan kendalian Benjamin Mora . Malah, bekas pertahanan pasukan Pahang ini juga seringkali memperagakan aksi yang […]

Kim Pan-gon Selesai Analisis Semua Pemain Liga Super, Sedia Kenal Pasti Kekuatan Masing-Masing

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon jelas mempunyai sebab yang tersendiri tatkala pengumuman berkenaan 29 orang pemain yang dipanggil bagi menjalani latihan pusat mendapat pelbagai reaksi. Pengendali berusia 51 tahun itu bersama barisan kejurulatihannya sebelum ini bertungkus-lumus untuk hadir pada setiap perlawanan Liga Super dalam usaha untuk menganalisis para pemain yang bakal dipanggil bersama skuad […]

Kim Pan-gon Tagih Pengalaman Luas De Paula & Mat Yo

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon kembali menggunakan gandingan penyerang berpengalaman menjelang aksi persahabatan hujung bulan ini. Pengendali berusia 52 tahun itu sebelum ini hanya mempertaruhkan khidmat penyerang pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad dalam siri perlawanan persahabatan di Singapura baru-baru ini. Walau bagaimanapun, kecederaan ketika dalam aksi sebelum ini telah memaksa Pan-gon menggunakan […]

Sukan Sea: Singapura Gagal Baham Malaysia

Perlawanan ketiga saingan Kumpulan B menyaksikan Malaysia telah dijadualkan menentang pasukan Singapura. Malaysia berjaya mengikat Singapura dengan keputusan 2-2. Gol pembukaan hadir pada minit keempat permainan menerusi penyerang berbisa, Luqman Hakim Shamsudin. Gelecekan Luqman telah mengkucar-kacirkan pertahanan Singapura sebelum sepakan derasnya menatijahkan kepada jaringan. Selang beberapa minit selepas itu, pasukan Singapura menyamakan kedudukan pada minit […]

Semangat & Kerja Keras Dion Cools Memang Luar Biasa

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mempamerkan keterujaannya untuk kembali mewakili Harimau Malaya setelah hampir 2 bulan berehat daripada tugas antarabangsa. Pertahanan kental berusia 25 tahun ini merupakan antara watak penting pasukan dengan pengalaman berkelana di Eropah menjadi aset terbaik untuk dipertaruhkannya. Beliau yang kini sudah pun menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Zulte Waregem ini […]

Jurulatih Laos Senaraikan 3 Punca Utama Kekalahan Mudah Kepada Malaysia

Disebalik kekalahan 1-3 kepada Malaysia semalam, ketua jurulatih Laos, Michael Weiss akui akur dengan keputusan tersebut namun beliau menyatakan beberapa perkara yang menyumbang kepada kekalahan pasukannya. Weiss menyenaraikan tiga sebab utama yang dirasakan menjadi punca kekalahan kepada Malaysia. Antara sebab yang didedahkan ialah pemain Laos kekurangan tenaga kerana sudah beraksi tiga perlawanan, hilang tonggak utama […]

Sukan Sea: Malaysia Mudah Tundukkan Laos

Perlawanan hari ini menyaksikan pertembungan di antara pasukan Malaysia menentang pasukan Laos yang berkesudahan dengan jaringan 3-1. Penyerang muda negara, Luqman Hakim membuka jaringan buat Malaysia selepas berjaya menyudahkan hantaran menerusi Nik Akif pada minit ke-36 permainan. Kemudiannya, Syahir Bashah menghadiahkan gol kedua buat Malaysia dengan sepakan ‘bersahaja’ di luar kotak penalti pada minit ke-43 […]

Live Malaysia vs Laos / Siaran Langsung Sukan Sea

Malaysia telah dijadualkan menentang Laos dalam aksi kedua kempen Sukan SEA Hanoi di Vietnam bagi saingan Sukan SEA. Pengendali skuad bawah-23 kebangsaan, Brad Manoley mengekalkan formasi 3-4-3 yang dipertaruhkan ketika kemenangan pertama pasukan Malaysia menentang Thailand tempoh hari. Tiga pemain baru yang diberikan kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan ialah Quenting Cheng, Safwan Mazlan […]

Bangladesh & Indonesia Beradu Sebagai Persediaan Hadapi Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Bangladesh dijangka akan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 1 Jun depan sebagai satu persediaan dan persiapan mereka untuk kempen peringkat kumpulan dalam kelayakan Piala Asia AFC 2023 yang akan diadakan di Malaysia. “Kami akan bermain perlawanan persiapan menentang Indonesia pada 1 Jun di Kota Bandung sebelum pasukan itu […]