Tiket JDT vs Sabah Di Stadium Sultan Ibrahim Habis Terjual

Tiket bagi pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah difahamkan telah habis terjual. Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia ini bakal berlangsung di gelanggang keramat Harimau Selatan iaitu Stadium Sultan Ibrahim mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Hal ini susulan hasrat untuk melihat juara Liga Super dan Piala FA ini untuk terus melangkah ke pentas […]

Status Dion Cools Bersama Harimau Malaya Jadi Tanda Tanya

Status bintang pasukan negara, Dion Cools masih menjadi tanda tanya sama ada beliau berpeluang untuk mewakili Malaysia pada pentas Piala AFF Mitshubishi Electric 2022 atau tidak. Bekas pemain muda bawah 23 tahun Belgium ini menjadi nadi utama Harimau Malaya sejak tahun lalu masih tidak dapat mengesahkan kehadiran beliau untuk memperkuatkan pasukan. Hal ini susulan perlawanan […]

Pemain Kedah & Selangor Beraksi Cemerlang Menentang Sepanyol

Bintang sensasi pasukan Kedah dan Selangor, Mahmoud Al-Mardi dan Yazan Al-Arab memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu Jordan berdepan Sepanyol awal pagi tadi. Yazan yang merupakan pertahanan utama  The Red Giants mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatih pasukan apabila beliau beraksi selama 90 minit pada perlawanan ini. Kematangan dan juga pengalaman pemain berusia 26 tahun berjaya […]

“Mana Tahu 4 Tahun Lagi Kita Layak Ke Piala Dunia” – Khuzaimi Piee

Pertahanan tengah Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan bahawa harapan peminat untuk melihat pasukan negara layak ke Piala Dunia masih menyinar. Beliau yang ditemui ketika majlis pelancaran jersi Harimau Malaya 2022-2024 hari ini menjelaskan, para pemain sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali beraksi. Malah, pertahanan kental Negeri Sembilan ini yakin perjalanan pasukan negara di […]

Nike Buat Kejutan, Tampilkan Rekaan Unik Pada Jersi Terbaru Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Nike telah melancarkan jersi terbaru skuad Malaysia bagi tahun 2022/2024 hari ini. Majlis pelancaran yang diadakan di Football Republic, Sunway Piramid ini menyaksikan pelancaran ini dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai oleh Kim Pan-gon selain […]

“Saya Belum Tandatangan Apa-Apa Dengan Selangor” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim mendedahkan bahawa beliau tidak ada menandatangani apa-apa perjanjian dengan Selangor FC. Nama beliau hangat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Lembah Klang itu selepas pelbagai persoalan timbul mengenai masa depannya. Mengulas lanjut, pemain sayap lincah ini berasa sedikit kecewa kerana pelbagai spekulasi timbul tentang penghijrahan beliau keluar daripada pasukan […]

Piala Malaysia: Selangor Bawa Bekalan Selesa Tumbangkan Terengganu

Pertembungan separuh akhir Piala Malaysia antara pasukan Selangor menentang Terengganu berkesudahan dengan kemenangan memihak pasukan tuan rumah. The Red Giants bermula dengan cukup baik di hadapan puluhan ribu penyokong setia pasukan. Namun begitu, anak didik Tan Cheng Hoe tersentak apabila pasukan pelawat memperoleh jaringan awal menerusi sepakan percuma kapten pasukan, Kipré Tchétché pada minit ke-20. Terengganu […]

Selangor Tinggal Selangkah Sambar Tiga Bintang Harimau Malaya

Semi finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC kini berada pada landasan yang cukup baik untuk memperkuatkan pasukan apabila dikhabarkan bakal membawa masuk tiga muka baharu yang mewakili Harimau Malaya. Kemasukan jurulatih berpengalaman tempatan, Tan Cheng Hoe jelas memberi impak segera terhadap persembahan pasukan apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan setakat ini. The Red Giants cemerlang membenam […]

Selepas Berlakon, Faisal Halim Kini Jadi Penghantar Makanan

Pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim kembali mencuri tumpuan apabila kelibatnya dikesan menjadi penghantar makan grab. Populariti bintang kelahiran Pulau Pinang ini mencanak naik apabila beliau menjadi tunjang utama buat kelab dan juga pasukan kebangsaan. Beliau juga kini sudah pun menceburi ke industri seni apabila tampil dalam sebuha rancangan televisyen terkenal iaitu Sepahtu Reunion. Pemain […]

Fadhli Shas Ganti Khuzaimi Piee Di Negeri Sembilan

Pertahanan tengah skuad emas Piala AFF 2010, Fadhli Shas bakal menyertai Negeri Sembilan apabila khidmatnya ditagih oleh pasukan tersebut. Perkara ini telah pun disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila beliau memaklumkan perkara ini. Menerusi satu hantaran di laman Twitternya, Zulhelmi sebelum ini sudah pun mengesahkan bahawa skuad Hobin Jang Hobin akan kehilangan […]

Kos Pengurusan Pasukan Liga Super Lelaki Ini Menggerunkan

Seorang lelaki misteri telah mencuri perhatian baru-baru ini apabila beliau memperkenalkan formula tersendiri bagi pengiraan kos pengurusan pasukan Liga Super. Lelaki yang mahu dikenali sebagai Ahmad John itu melakukan kira-kira terhadap kos keseluruhan bagi operasi sesebuah kelab di Malaysia. Katanya, sesebuah pasukan memerlukan dana sekurang-kurangnya RM40 Juta setahun bagi mengemudi kelab dengan stabil. Beliau mengambil […]

Annuar Musa Sedia Bantu Hidupkan Bola Sepak Kelantan

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Anuar Musa mahu membantu membantu pasukan bola sepak negeri Kelantan untuk kembali menjadi gergasi hola sepak di negara ini.  Beliau yang pernah membimbing pasukan Kelantan FC yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) sejak 2007 menjelaskan keinginan beliau untuk membantu pasukan negeri itu mengecapi lebih banyak kejayaan. […]

Terengganu Catat Jualan Tiket Hampir RM1 Juta

Naib juara Liga Super 2022, Terengganu FC dilaporkan telah berjaya mengutip jumlah jualan sehingga mencecah RM 1 Juta pada aksi Piala Malaysia setakat ini. Pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur ini merupakan antara pencabar utama kejuaraan Piala Malaysia kali ini selepas lolos ke peringkat separuh akhir buat kali kedua berturut-turut. Sokongan yang tidak berbelah bahagi […]

Annuar Musa Harap Kesemua Pasukan Kelantan Tingkatkan Pelaburan

Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berharap agar semua pasukan Kelantan dapat meningkatkan pelaburan bagi memacu lebih banyak kejayaan buat pasukan. Beliau yang turut berada ketika menyambut ulang tahun ke-10 kejuaraan pasukan Kelantan menjulang treble nyata meletakkan harapan yang cukup tinggi buat pasukan kesayangannya itu. The Red Warriors pernah mengecapi era yang cukup gemilang […]

“Sebab Mereka Saya Ada Jiwa Untuk Bermain” – Azmeer Yusof

Bekas pertahanan Kedah Darul Aman FC, Azmeer Yusof memberitahu bahawa beliau benar-benar ‘jatuh cinta’ dalam beraksi bola sepak suatu ketika dahulu. Pemain berusia 32 tahun itu kini beraksi bersama salah sebuah pasukan di Liga M3 mengakui amat menagih sokongan peminat dalam memastikan dapat tampil dengan aksi terbaik. Hal ini disebabkan, beliau dapat merasai kehadiran dan […]

Rasmi: PJ City Sah Tidak Beraksi Dalam Liga Super 2023

Petaling Jaya City FC (PJ City) memaklumkan mengenai masa depan kelab apabila mengesahkan pasukan tidak akan mengambil bahagian dalam bola sepak Malaysia pada tahun 2023. Menerusi satu kenyataan oleh Presiden Kelab PJ City, Dato’ Sri Subahan Kamal hari ini, beliau memberitahu berkenaan hala tuju kelab setelah pelbagai khabar angin timbul di media sosial sejak kebelakangan […]