“Saya Rancang Menari Depan Malaysia Lagi” – Ikhsan Fandi

Penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi pasti merindukan perlawanan derbi menentang Malaysia selepas beliau disahkan tidak dapat beraksi untuk keseluruhan kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 termasuk menentang Malaysia malam ini. Kali terakhir Ikhsan turun bertemu skuad Harimau Malaya adalah pada perlawanan persahabatan ‘Tri Nations’ pada bulan Mac tahun lalu di mana menyaksikan Malaysia tewas tipis […]

Nafuzi Zain Hargai Kuasa Penuh Pilih Pemain Dari Pengurusan Kedah

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain menghargai kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak pengurusan Kedah buatnya dalam pemilihan pemain. Bekas jurulatih Terengganu ini kini sudah mula menjalani latihan pra musim bersama pasukan baharunya bagi menempuh musim yang mencabar. Katanya, sungguhpun mereka masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian, beliau yakin memiliki ramuan terbaik untuk […]

Azam Azmi Digantung 2 Perlawanan

Hasrat skuad Malaysia menggunakan khidmat bek kanan Terengganu, Azam Azmi Murad untuk perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF menentang Singapura tidak kesampaian. Ini selepas jawatankuasa disiplin AFF memutuskan bek kanan berusia 21 tahun itu perlu menjalani penggantungan dua perlawanan. Sebelum ini, FAM telah menghantar surat bantahan kepada AFF berkenaan kad merah yang diterima Azam pada […]

Kim Pan-gon Mohon Sokongan Padu Buat Harimau Malaya Di SNBJ

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan padu kepada pasukan negara menjelang pertemuan dengan Singapura esok. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menghargai setiap pengorbanan dan sokongan yang diberikan oleh ekor Harimau Malaya sejak beliau mula mengambil alih. Jelasnya, sokongan ini telah memberi satu suntikan semangat buat akak buahnya untuk […]

Takayuki Nishigaya: Singapura Tak Turun Hanya Untuk Satu Mata

Ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya yakin pasukannya tidak akan turun beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil hanya untuk bertahan dan meraih satu mata. Pengendali kelahiran Jepun itu sedar kehadiran puluhan ribu ekor Harimau Malaya bakal menjadi cabaran buat anak buahnya untuk mencari kemenangan. Namun begitu, beliau tetap optimis dengan segala perancangan dan juga kemampuan para […]

“Singapura Lebih Gemar Bertahan & Tunggu Peluang Tetapi Malaysia Tidak” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin anak buahnya sudah cukup bersedia untuk bertemu dengan Singapura esok. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun sempat membuat analisis berkenaan perbezaan antara kekuatan pasukan bimbingannya dan juga Singapura ketika ini. Katanya, pasukan tersebut tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi falsafah permainannya sementara Malaysia sudah banyak menunjukkan perbezaan. […]

4 Tembok Besar Singapura Yang Perlu Dilepasi Harimau Malaya

Kempen Malaysia di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 diteruskan dengan aksi terakhir kumpulan B menentang Singapura malam esok. Namun ianya bukan satu tugas yang mudah selepas melihat Singapura bertahan dengan baik dalam mengikat Vietnam tanpa jaringan tempoh hari. Misi wajib menang buat Malaysia dan corak permainan agresif dijangka akan diterapkan Kim Pan-gon demi mencari gol […]

Faris Ramli Pernah Diamkan Penyokong Di Bukit Jalil

Pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli tidak akan pernah lupa dengan apa yang berlaku terhadap karier bola sepak beliau pada tahun 2015. Pada ketika itu, Faris beraksi untuk pasukan Lions XII dan mara ke final Piala FA bertemu Kelantan. 80,000 penonton bersorak untuk Kelantan dan mencemuh pasukan Lions XII. Faris mengakui sorakan yang dasyat menjadikan hampir […]

SNBJ Dijangka Bergegar Dengan Ngauman Lebih 40 Ribu Ekor Harimau Malaya

Pertembungan antara jiran tetangga, Malaysia dan juga Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka akan dibanjiri lebih 40,000 ekor Harimau Malaya. Perlawanan akhir kumpulan B Piala AFF 2022 bakal menjadi penentu tatkala kedudukan masih lagi terbuka buat tiga pasukan iaitu Vietnam, Singapura dan juga Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akhir. Malaysia di bawah kendalian […]

Pestabola Merdeka Kembali Hiasi Bola Sepak Asia

Kejohanan bola sepak yang sudah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia iaitu Pestabola Merdeka akan kembali menyerikan para penonton setelah 9 tahun tertunda. Ini susulan sambutan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ke-90 sekaligus bakal memberikan detik terindah buat bola sepak Malaysia. Kejohanan kedua tertua selepas Piala Malaysia ini difahamkan akan berlangsung pada Oktober depan. Menerusi satu […]

Stadium Sultan Ibrahim Dilengkapi Dengan Sistem Saliran Terbaik Di Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim membuktikan kualiti dan kelas yang tersendiri dari segenap sudut dan ruang dalam binaannya. Stadium berkelas dunia itu yang telah pun dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan bertaraf antarabangsa kini mempunyai sistem saliran yang berkualiti tinggi. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, stadium Harimau Selatan itu merupakan satu-satunya stadium yang dilengkapi dengan […]

B. Sathianathan Berang Pasukan Guna Jurulatih Boneka

Bekas jurulatih pasukan Sarawak United, B. Sathianathan mengesahkan terdapat beberapa pasukan yang cuba melantik ‘jurulatih boneka’ bagi saingan musim hadapan. Tindakan ini digambarkan bahaqa ada pihak yang menyewakan lesen mereka kepada pihak ketiga sekaligus bakal merosakkan industri bola sepak negara. Sathia yang juga merupakan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) telah mengenal pasti satu […]

Peluang Buat Rakyat Malaysia Saksikan Ronaldo Beraksi Di Malaysia

Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk melihat aksi lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang berkemungkinan akan beraksi di Malaysia. Dunia digemparkan dengan berita perpindahan bekas penyerang berbisa Real Madrid ini yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah untuk berkelana di Al-Nassr, sebuah kelab Arab Saudi di Asia. Pemain berusia 38 tahun itu akan memperkuatkan […]

Khidmat Dua Jurulatih Malaysia Ditagih Kelab Vietnam

Khidmat dua jurulatih kelahiran Malaysia dilaporkan akan mengembangkan karier di Liga Vietnam pada musim hadapan. Kepakaran yang dimiliki oleh beberapa orang barisan kejurulatihan daripada Malaysia ternyata dipandang tinggi oleh kelab di sana apabila menagih khidmat untjk memantapkan lagi pasukan Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, khidmat jurulatih penjaga gol Harimau Malaya […]

Dion Cools Dijangka Kekal Beraksi Di Luar Negara

Kapten pasukan kebangsaan, Dion Cools dilaporkan akan terus kekal beraksi di luar negara sehingga tahun 2023. Pemain berusia 27 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa kelab sepanjang kariernya. Ketika ini, pemain kelahiran Sarawak ini sedang beraksi bersama  kelab di Reublik Czech iaitu FK Jablonec. […]

Pemain Vietnam Tak Selesa Beraksi Di Padang Tiruan Singapura

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui berasa pelik bagaimana padang tiruan dibenarkan dalam saingan Piala AFF 2022 meskipun FIFA tidak mengalakkan untuk pemain beraksi di rumput tiruan. Memetik laporan VnExpress, ramai pemain Vietnam berasa tidak selesa ketika beraksi di padang tiruan kerana permukaan yang berbeza dan mudah untuk cedera. Walaubagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu […]