MFL & Bubbles O² Jalin Kerjasama Strategik Musim 2023

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kini menjalinkan satu lagi kerjasama strategik bersama sebuah syarikat minuman besar di Malaysia yang dikenali sebagai Bubbles 02. Bubbles O² merupakan satu-satunya air mineral beroksigen semulajadi di Malaysia. Malah, air mineral asli secara semula jadi beroksigen ini kaya dengan kandungan oksigen terlarut tinggi yang muncul ke permukaan dari air bawah tanah […]
Safawi Rasid Anggap Pendedahan Liga Luar Mampu Naikkan Tahap Bola Sepak Malaysia

Beberapa tahun kebelakangan ini, taraf bola sepak Malaysia semakin baik tetapi masih ketinggalan di belakang pasukan gergasi seperti Jepun dan Korea Selatan. Bagi penyerang negara, Safawi Rasid, jurang tersebut boleh dirapatkan dengan pemain-pemain negara menerima pendedahan dari liga luar. Antara pemain-pemain ASEAN yang beraksi di liga luar dari rantau ASEAN ialah Chanathip Songkrasin (Kawasaki Frontale), […]
Aksi Malaysia Berdepan Turkmenistan & Yaman Bakal Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Pertembungan antara pasukan Malaysia dan beberapa lawan berstatus elit bakal berlangsung di stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim. Menerusi satu penjelasan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Malaysia kini dalam perancangan secara berfasa untuk mengatur aksi persahabatan. Beliau mengesahkan bahawa anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan […]
Jepun & China Pilihan Kim Pan-gon Bertemu Malaysia

Malaysia berpeluang untuk beradu kekuatan berdepan lawan berstatus elit apabila berkemungkinan akan menghadapi Jepun dan China dalam aksi persahabatan September nanti. Perkara ini telah pun disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa mereka sudah pun mengatur perancangan bagi tahun ini. Bermula Mac ini, anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan […]
Info Siaran Langsung Odense Boldklub vs Terengganu | Pra-Musim 2023

Aksi melibatkan pertembungan antara naib juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan gergasi Denmark, Odense Boldklub bakal berlangsung malam ini di Stadium BG Pathum, Thailand. Anak didik Tomislav Steinbrückner sudah tentu mahu melebarkan momentum terbaik sebagai persediaan sebelum melangkah ke saingan Liga Super. Skuad Peteh sudah tentu mahu memberikan yang terbaik di […]
Kedai Barangan Rasmi JDT Bakal Diperkenalkan Di Stadium Sultan Ibrahim

Kedai Barangan Rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim kini dalam peringkat terakhir pembinaan sekaligus bakal diperkenalkan kepada para penyokong tidak lama lagi. Usaha yang dilakukan ini dilihat bagi mengeratkan lagi hubungan antara kelab dan juga penyokong yang setia memberikan sokongan. Kedai ini merupakan sebahagian daripada fanzone di Stadium Sultan Ibrahim […]
Pemain Scotland, Fergus Tierney Dalam Senarai 25 Pemain Ke Kem Latihan Kebangsaan

Pemain berdarah Scotland, Fergus Tierney berada dalam senarai 25 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Pemain dengan kelebihan fizikal ini lahir pada tahun 2003 di Scotland dan aktif berlatih bersama akademi bola sepak di Eropah dan Asia termasuklah bersama Penang FC dan JDT 2. Sebelum ini, beliau pernah dikesan […]
Media Antarabangsa Kagum Dengan Latihan Luqman Hakim Dalam ‘Ais’

Media antarabangsa kini mula memberi perhatian kepada anak Malaysia yang berkelana di bumi Iceland, Luqman Hakim Shamsudin. Pemain berusia 22 tahun itu telah pun melengkapkan perpindahan ke kelab divisyen dua, FC Njardvick FC. Beliau difahamkan menyertai kelab tersebut secara pinjaman selama satu musim dengan minit permainan menjadi sebab utama beliau memilih untuk ke sana. Walau […]
Liridon Krasniqi Sertai Pra-Musim Terengganu Di Bangkok?

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi dilihat bersama skuad Terengganu di Bangkok, Thailand. Perkara itu dikongsikan di Twitter @11Terengganu, kelibat Liridon terlihat sedang makan semeja dengan salah seorang pemain import, Argzim Redzovic. Pemain berusia 31 tahun itu pada bulan lalu baru sahaja meninggalkan kelabnya, Khon Kaen United dan pada ketika itu beliau masih lagi sebagai status […]
Stadium Sultan Ibrahim Bakal Digunakan Harimau Malaya Seawal Mac Ini?

Gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dijangka akan menjadi venue rasmi Harimau Malaya seawal Mac ini. Menerusi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memberi bayangan bahawa pasukan kebangsaan berkemungkinan besar akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim. Namun begitu, keputusan rasmi kini masih belum dibuat kerana FAM masih […]
Luqman Hakim Buka Mulut Mengenai Keputusan Ke Liga Iceland

Pemain baharu Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya membuka mulut mengenai perpindahannya ke Liga Iceland baru-baru ini. Beliau yang sudah beberapa musim berkelana di Belgium bersama KV Kortrijk akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan secara pinjaman bersama kelab Iceland ini. Katanya, sungguhpun menerima beberapa lagi tawaran, beliau tertarik dengan projek bersama pasukan liga kedua ini […]
Info Siaran Langsung JDT vs Zenit | Pra-Musim 2023

Aksi melibatkan pertembungan antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan gergasi Liga Rusia, FC Zenit bakal berlangsung malam ini di Stadium Seves, Dubai. Anak didik Tano Solari sudah tentu mahu melebarkan momentum terbaik apabila sudah pun mencatat tiga kemenangan berturut-turut. Sungguhpun tewas tipis pada aksi pertama 0-2 kepada wakil Rusia, […]
Pasukan 100 Terbaik Dunia Dah ‘Tunggu’ Malaysia?

Kejayaan layak ke Piala Asia 2023 merupakan satu pencapaian membanggakan buat pasukan Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon. Atas sebab itu, FAM mula mengatur persiapan awal kejohanan termasuk perlawanan persahabatan menentang sebuah pasukan terkemuka dunia. Ini disebabkan kebanyakan lawan di Piala Asia nanti berstatus bukan calang-calang. Justeru, FAM berharap dapat mengadakan perlawanan menentang pasukan ke-100 dunia […]
Safawi Rasid Terima Sambutan Hangat Daripada Penyokong Ratchaburi

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid menerima sambutan yang cukup luar biasa oleh para penyokong kelabnya di Thailand, Ratchaburi FC. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pemain baharu yang dibawa masuk daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan terus mendapat tempat di hati penyokong. Kehadiran Safawi ditagih oleh pasukan yang diberi jolokan The Dragons dalam usaha […]
Info Siaran Langsung Ratchaburi vs Nongbua Pitchaya | Thai League 1

Aksi minggu ke-18 menyaksikan pertembungan antara pasukan Ratchaburi FC berdepan dengan Nongbua Pitchaya FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Mitr Phol menyaksikan pasukan tuan rumah berhasrat untuk meneruskan rentak dan mengekalkan kedudukan dalam liga apabila kekal berada pada tangga ke-4 Liga 1 Thailand. Pasukan tuan rumah, Ratchaburi FC yang dibarisi pemain sensasi Malaysia, Safawi Rasid […]
Pekan Ramli: Kalau Pemain Tak Bagus, Kelab Pun Tak Ambil

Sudah mula kedengaran suara-suara yang meminta Liga Perdana dikembalikan atas alasan ia memberi kesan kepada karier ramai pemain profesional. Tetapi bagi pemerhati sukan Datuk Dr Pekan Ramli, perubahan ini penting bagi menjadikan bola sepak Malaysia lebih profesional. Beliau mengakui ketiadaan Liga Perdana merupakan sesuatu yang sukar buat para pemain yang belum mendapat pasukan. Tetapi pada […]