Skuad Muda Malaysia Bakal Bertemu Kemboja Di Piala Merlion

Skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia yang dibimbing E. Elavarasan bakal bertemu dengan tuan rumah Sukan SEA 2023, Kemboja untuk perlawanan pertama Piala Merlion. Ini selepas undian bagi menentukan lawan masing-masing diadakan hari ini. Piala Merlion merupakan kejohanan empat sebelah anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Mac ini. […]
B. Sathianathan Risau Dengan Kelesuan Penyerang Import Selangor

Bekas pengendali Selangor FC, B. Sathianathan menzahirkan kerisauan terhadap jentera serangan Selangor terutamanya penyerang sensasi Colombia, Aaron Del Valle. Penyerang berusia 34 tahun itu hadir dengan reputasi yang cukup hebat ke Liga Malaysia selepas menjadi penjaring terbanyak di sana. Kemasukan beliau adalah bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Herlison Caion yang berhijrah ke kelab […]
Liga Super: Layangan Kad Merah Tak Jejas Rentak Kelantan Tewaskan Penang

Kelantan FC menampilkan persembahan yang cukup bertenaga apabila membenam cabaran Penang FC untuk memperoleh kemenangan pertama musim ini. Beraksi di laman sendiri, anak didik Choi Moon-sik tampil dengan cukup bertenaga di hadapan ribuan penyokong setia pasukan di Stadium Sultan Muhammad IV. Asakan bertali-arus akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang pertahanan kanan pasukan, Ghaffar singgah tepat […]
Gol Debut Ismaheel Akinade Gegar Stadium Sultan Muhammad IV

Penyerang kebangsaan Nigeria, Ismaheel Akinade terus memberikan impak segera buat pasukan Kelantan FC apabila menjaringkan gol debutnya malam ini. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamed IV itu menyaksikan pertembungan antara The Red Warriors menentang Penang FC dalam misi mendapatkan tiga mata. Perlawanan ini mencuri tumpuan tatkala pemain berusia 29 tahun ini melakukan debut apabila […]
Liga Super: Gol Brendan Gan Selamatkan Maruah Selangor Dikejutkan Sri Pahang

Hasrat Selangor FC untuk meneruskan rentak cemerlang bagi permulaan musim 2023 terhalang apabila diikat Sri Pahang. Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ petang ini menyaksikan pasukan tuan rumah terus melakukan asakan seawal minit pertama permainan. Anak buah Tan Cheng Hoe jelas menguasai sebahagian besar perlawanan sambil Sri Pahang menanti peluang untuk melakukan serangan balas pantas. […]
Palestin Lengkapkan Senarai Pasukan Di Pestabola Merdeka

Pasukan di tangga ke-93 dunia, Palestin melengkapkan senarai pasukan yang bakal menyertai Pestabola Merdeka yang bakal diadakan Oktober ini. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed, senarai pasukan yang menyertai kejohanan ini berada pada kedusukan yang lebih baik berbanding Harimau Malaya. Ini juga bakal menjadi medan ujian sebenar buat anak didik […]
Lim Teong Kim Anggap Padang Tak Rata & Bola Seperti Katak Sukarkan Perak Main Bola

Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim tampil memberi penjelasan sebaik sahaja pasukannya terikat 0-0 dengan Kelantan United. Pengendali berusia 55 tahun itu masih gagal menemui rentak kemenangan semenjak mengambil alih pasukan yang kini hanya berjaya mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan. Beliau menganggap bahawa keadaan permukaan padang di Stadium Sultan Muhamad IV yang […]
“Falsafah Nafuzi Zain Macam Pep Guardiola” – Bruno Suzuki

Pemain import PDRM FC, Bruno Suzuki teruja untuk bertemu semula dengan bekas jurulatiunya, Nafuzi Zain dalam satu aksi di Terengganu. Bintang berusia 32 tahun itu pernha beraksi sebelum ini dengan beberapa pasukan sebelum ke Thailand dan kini beraksi bersama PDRM. Jelasnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah buat pasukannya dalam usaha untuk mencuri sekurang-kurangnya satu […]
JDT Mungkin Perlu Berbelanja RM500 Ribu Setiap Bulan Untuk Khidmat Falcao

Berita mengenai perpindahan sensasi penyerang kebangsaan Colombia, Radamel Falcao ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah hangat diperkatakan di Malaysia dan juga Eropah. Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi bersama Rayo Vellecano di La Liga, Sepanyol berhasrat untuk membawa haluan baharu dalam kariernya. Bekas bintang Atletico Madrid ini difahamkan telah pun ditawarkan kontrak untuk menyertai […]
“Saya Sanggup Bayar Tiket Mahal Lihat Arif Aiman & Faisal Halim Beraksi” – B. Sathianathan

Bekas ketua jurulatih Selangor FC, B. Sathianathan secara terbuka sanggup membayar harga tiket yang begitu mahal semata-mata mahu melihat bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi beraksi. Beliau yang mengulas lanjut berkenaan kemenangan besar 5-0 Selangor ke atas Kuching City di gelanggang lawan itu menyatakan bahawa Faisal Halim dan juga Arif Aiman merupakan […]
“Sabah Kini Setanding JDT” – Tomas Trucha

Ketua jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha menyifatkan pasukan Sabah kini berada pada satu tahap yang mampu menyaingi kekuatan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau melihat pasukan yang dibimbing oleh Dato’ Ong Kim Swee berjaya menampilkan persembahan yang amat baik tatkala membenam cabaran pasukannya dengan keputusan 3-1. Katanya, para penyokong sudah tentu […]
Irfan Bakti Anggap Kekalahan Kuching City Memalukan

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abdul Salim menyifatkan kekalahan yang menimpa pasukannya sebagai satu perkara yang amat memalukan. Beraksi di laman sendiri nyata tidak menjadi satu kelebihan yang diharapkan apabila mereka tumpas dengan kekalahan besar 0-5 kepada Selangor. Dua gol awal yang dijaringkan oleh anak didik Tan Cheng Hoe jelas membunuh semangat para […]
Piala Merlion Medan Persiapan Sukan SEA Skuad B-22 Malaysia

Dengan Sukan SEA 2023 di Kemboja bakal diadakan tidak lama lagi, persiapan mula diatur bagi mempersiap skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia ke temasya berkenaan. Antara persiapan tersebut ialah menyertai Piala Merlion yang diadakan pada 24 hingga 26 Mac ini di Singapura. Pengumuman ini dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi siaran media hari […]
Shane Lowry Kembali Beraksi, Perkuat JDT II

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT),Shane Lowry kembali beraksi bersama pasukan JDT II malam ini dan membantu pasukannya mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri. Pemain berusia 32 tahun itu merupakan tunjang utama buat barisan pertahanan Harimau Selatan musim lalu sehingga berjaya mencipta pelbagai kejutan di pentas Liga Juara-Juara AFC. Bekas pertahanan Aston Villa ini bagaimanapun […]
Sentuhan Cameron Ng Bawa Malayan Tigress Atasi Mongolia

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 2 hari ini melibatkan pertumbungan antara pasukan Malayan Tigress menentang Mongolia. Skuad muda wanita negara berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 3-0 di Stadium Cheras hari ini. Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan Malaysia lebih banyak menguasai bola. Jaringan pembukaan terhasil pada minit ke menerusi Nurfarisya Hanim yang berjaya meloloskan diri di dalam kawasan […]
Aksi Hong Kong Bertemu Malaysia Di Stadium Sultan Ibrahim Berlangsung 28 Mac

Malaysia difahamkan bakal bertemu dengan Hong Kong dalam satu aksi persahabatan di bawah kalendar FIFA pada bulan Mac ini. Aksi anak buah Kim Pan-gon ini bakal menyaksikan pertemuan ulangan setelah Malaysia pernah berdepan dengan pasukan tersebut pada satu aksi persahabatan tahun lalu. Pertemuan ini sudah tentu menjadi tumpuan tatkala ramai pihak yang teruja untuk melihat […]