Jorn Andersen Akui Bukan Mudah Beraksi Di SSI

Ketua jurulatih Hong Kong, Joan Andersen akui bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan seperti di Malaysia.  Beliau sedar tidak banyak pasukan yang akan menang apabila bertembung di Stadium Sultan Ibrahim.  Walaubagaimanapun, jurulatih berusia 60 tahun itu tetap memuji persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya di sini.  Beliau percaya anak buahnya mendapat banyak pengalaman sepanjang […]

Faisal Halim & Akhyar Rashid Dah Rancang Awal Pelan Menentang Hong Kong

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim sempat merancang kejutan bersama Akhyar Rashid sebelum kedua-dua pemain ini meledak ketika menewaskan Hong Kong hari ini. Bintang baharu Selangor FC akhirnya berjaya menamatkan kemarau jaringan apabila menjaringkan gol kedua pasukan. Pemain berusia 25 tahun mengakui agak terharu apabila berjaya menamatkan kemarau jaringan yang sudah lama dinantikannya. Namun begitu, […]

Kim Pan-gon Tepis Kritikan Jentera Tengah Malaysia Beraksi Teruk

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menempis dakwaan bahawa jentera tengah negara beraksi kurang baik menentang Hong Kong. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu secara keseluruhannya berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya. Namun begitu, beliau tetap merasakan bahawa ada beberapa aspek yang perlu ditambah baik bagi aksi mendatang. Jurulatih berusia 53 tahun ini […]

Media Vietnam Anggap Faisal Halim Bintang Bola Sepak Nombor Satu Malaysia

Selepas melalui kemarau jaringan yang agak panjang, namun gol yang dihasilkan Faisal Halim dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong semalam jelas membuka mata ramai pihak terutamanya media antarabangsa. Dalam perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Malaysia itu, Faisal berjaya mencipta satu bantuan gol terlebih dahulu pada minit ke-18 yang mana penjaring gol tersebut ialah […]

Jorn Andersen Anggap Ketumpulan Serangan Punca Dimalukan Malaysia

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen mengakui bahawa ketumpulan jentera serangan telah menyebabkan pasukannya gagal menandingi Malaysia. Hong Kong hadir untuk menebus kekecewaan tahun lalu apabila tunduk dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau bagaimanapun terpaksa menelan hakikat apabila pasukan bimbingannya tewas sekali lagi kepada Harimau Malaya dengan jumlah jaringan yang sama. Mengulas […]

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia Raih 10.12 Mata Tambahan FIFA, Naik 5 Anak Tangga

Malaysia mencatatkan perolehan mata ranking FIFA maksimum dalam kalendar FIFA kali ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 100% dalam dua aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim. Kemenangan 1-0 terhadap Turkmenistan memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak 5.27 manakala kemenangan 2-0 terhadap Hong Kong pula memberikan Malaysia tambahan mata sebanyak 4.85. Mata keseluruhan yang berjaya dikutip sepanjang bulan […]

Malaysia ‘Bersiu’ Tewaskan Hong Kong

Perlawanan persahabatan Tier 1 yang melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia dan Hong Kong berlangsung dengan cukup mendebarkan. Aksi yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan 4 muka baharu dibawa masuk bagi memperkuat pasukan. Permulaan yang cukup baik buat anak didik Kim Pan-gon yang turun dalam motivasi terbaik apabila melancarkan serangan bertali arus ke gawang gol […]

Info Siaran Langsung Malaysia vs Hong Kong | Persahabatan Tier 1

Aksi melibatkan Malaysia bertemu Hong Kong dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. Perlawanan persahabatan kedua ini sudah tentu menjadi medan penting buat Kim Pan-gon untuk terus mencari kesebelasan terbaik Harimau Malaya. Pasukan negara turun dalam momentum terbaik apabila berjaya menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 1-0 pada aksi persahabatan tempoh hari. Kecemerlangan tersebut sudah tentu […]

Jurulatih Hong Kong Anggap Malaysia ‘Lain Macam’ Kerana Pemain Naturalisasi

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen memuji impak pemain naturalisasi Harimau Malaya yang menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan ketika ini. Umum mengetahui bahawa kelab-kelab di Malaysia telah pun dibenarkan untuk mendaftarkan pemain yang sudah pun cukup tempoh beraksi di Malaysia selama 5 tahun. Perkara ini jelas memberi kelebihan kepada pasukan bimbingan Kim Pan-gon untuk memberi […]

Arif Aiman Terpaksa Disisihkan Kerana Cedera Hamstring

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim. (JDT), Arif Aiman Hanapi terpaksa disisihkan daripada skuad kebangsaan apabila dilaporkan mengalami kecederaan hamstring. Bintang berusia 20 tahun itu berada dalam senarai 27 orang pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membawa cabaran negara berdepan Turkmenistan dan juga Hong Kong. Namun begitu, menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, […]

“Ini Antara Skuad Terbaik Hong Kong” – Jørn Andersen

Ketua jurulatih Hong Kong, Jørn Andersen mengakui kali ini membariskan skuad terbaik mereka bagi menghadapi cabaran Malaysia di Stadiuk Sultan Ibrahim esok. Pengendali kelahiran Norway itu sudah tentu mahu menebus kekecewaan selepas pasukan itu tewas 2-0 pada pertemuan terakhir tahun lalu. Beliau memberi alasan bahawa pada ketika itu skuad Hong Kong tidak dibarisi oleh para […]

Rembatan Safwan Mazlan Moroket Di Bumi Singapura

Pemain pertahanan Terengganu, Muhammad Safwan bin Mazlan mencatat nama sebagai penjaring dalam aksi final Piala Merlion 2023 yang berlangsung di Singapura. Turun membarisi kesebelasan utama pasukan, Safwan tampil begitu cemerlang mengemudi benteng pertahanan negara bersama Harith Haikal dan Ubaidullah Shamsul. Pemain yang terkenal dengan kelebihan rembatan jarak jauh itu beberapa kali dilihat naik keatas membantu […]

Safawi Rasid Puji Aksi Bertenaga Harimau Malaya Di Stadium Sultan Ibrahim

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Safawi Rasid menjelaskan bahawa beliau cukup berbesar hati melihat aksi yang ditampilkan oleh barisan pemain dalam aksi persahabatan kali ini di Stadium Sultan Ibrahim. Kapten Harimau Malaya ini bagaimanapun terlepas peluang untuk membarisi senarai 27 orang pemain apabila Kim Pan-gon memutuskan untuk tidak membawanya. Dalam satu temubual bersama wartawan, Zulhelmi Zainal […]

Arif Aiman & Endrick Dos Santos Dilepaskan Dari Kem Kebangsaan

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Arif Aiman Hanapi dan juga Endrick Dos Santos sah tidak akan meneruskan cabaran bersama skuad kebangsaan. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kedua-dua pemain ini selepas disahkan mengalami kecederaan. Hasil daripada ujian yang dijalankan menyaksikan mereka tidak dapat meneruskan cabaran termasuklah aksi menentang Hong-Kong 28 Mac nanti. Oleh yang […]

Seorang Lagi Pemain Malaysia Bakal Ikut Kogileswaran Ke Korea Selatan?

Seorang lagi pemain Malaysia dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah Kogileswaran Raj untuk beraksi di Korea Selatan. Senario bola sepak negara dikejutkan apabila bekas pemain PJ City FC itu membuat keputusan untuk terbang beraksi di Korea sungguhpun menerima beberapa tawaran daripada kelab Liga Singapura dan Thailand. Namun begitu, keadaan ini semakin menarik alabila seorang lagi pemain […]

Arif Aiman Tak Dapat Diturunkan Menentang Hong-Kong?

Pemain sayap pasukan negara, Arif Aiman Hanapi dijangka tidak dapat diturunkan berdepan Hong-Kong pada 28 Mac nanti. Bintang sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sudah pun menjaringkan 3 gol dan mencatat 2 bantuan gol bersama pasukan sekaligus khidmatnya terus ditagih oleh Kim Pan-gon. Arif memberi kejutan kepada para penyokong apabil beliau tiada dalam skuad […]