4 Pemain Dijangka Menyerlah Pacu Malaysia Di Sukan SEA

Cabaran sebenar skuad muda Malaysia adalah apabila mereka bakal berdepan saingan Sukan SEA tidak lama lagi. Kejohanan yang berlangsung di Kemboja itu menyaksikan anak didik E. Elavarasan bakal berdepan lawan yang sukar seperti Thailand dan juga Vietnam. Cabaran ini dilihat masih realistik tatkala penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yakin para pemain yang diberi kepercayaan […]
Luqman Hakim: Skuad B-22 Negara Mampu Lakar Kejutan Di Sukan SEA

Ramai penyokong Malaysia merasakan skuad B-22 ke Sukan SEA 2023 tampak lemah tanpa kelibat Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin. Tetapi bagi penyerang Njardvik itu, dia percaya rakan-rakan sepasukannya mampu melakar kejutan dalam temasya itu nanti. Di sebalik cabaran berada dalam Kumpulan B atau Kumpulan Maut bersama Thailand dan Vietnam, Luqman percaya dua lawan […]
Video: Safawi Rasid Catat ‘Assist’ Kedua Bersama Ratchaburi

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mencatatkan bantuan gol keduanya di Thailand semalam. Bintang Harimau Malaya berusia 26 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Xavi Moro untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Usaha beliau untuk membantu pasukan bermula seawal minit pertama di Stadium PAT apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu BG Pathum. […]
Aksi Harimau Malaya Berdepan Kepulauan Soloman & Yaman Curi Tumpuan

Pertembungan antara pasukan Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan bulan Jun menentang Kepulauan Solomon dan Yaman mencuri tumpuan. Anak didik Kim Pan-gon sudah tentu mahu meneruskan rentak cemerlang beraksi di lama sendiri untuk terus mengumpul mata FIFA bagi memperbaiki kedudukan ranking negara. Namun begitu, perlawanan ini terus mencuri tumpuan apabila ia bakal diadakan di Stadium […]
Pencuri Sanggup Curi Jersi, Adik Ini Menangis Rindukan Jersi Kesayangan

Seorang kanak-kanak terpaksa menelan hakikat perit bahawa jersi kesayangannya lesap sekelip mata. Menerusi satu perkongsian seorang ibu yang dikenali sebagai Amimaziah Asriazaimi, beliau bercerita mengenai detik jersi anak kesayangannya hilang di rumah sendiri. Katanya, jersi Perak FC tersebut hilang ketika ia dijemur di kawasan belakang rumah pada bulan Ramadan yang lalu. Perbuatan tersebut sukar diterima […]
Kim Pan-gon & Xavi Hernández Bertemu Di Barcelona

Kem kejurulatihan Harimau Malaya telah berangkat ke Barcelona, Sepanyol pada 17 April yang lepas dan berada di sana selama seminggu. Delegasi ini bertujuan melakukan lawatan teknikal dan menghadiri beberapa jemputan daripada dua kelab Sepanyol, Barcelona dan Espanyol. Kim Pan Gon hadir bersama Pau Marti Vicente (Penolong jurulatih), Cho Junho (Jurulatih Penjaga Gol), Jihyeon Park (Jurulatih […]
Vietnam Lega Malaysia B-22 Tidak Panggil Arif Aiman & Luqman Hakim

Ramai penyokong Malaysia merasa kecewa apabila nama Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin tidak dipanggil menyertai skuad B-22 untuk Sukan SEA 2023. Tetapi bagi pemenang pingat emas acara berkenaan pada edisi lepas iaitu Vietnam, ia memberi satu kelegaan kepada mereka. Kedua-dua pemain ini tidak dilepaskan oleh kelab masing-masing, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Njardvik […]
Arab Saudi, Uzbekistan Lawan Terakhir Malaysia Sebelum Piala Asia B-17

Selepas skuad Malaysia B-17merekodkan lima kemenangan daripada enam perlawanan di Qatar baru-baru ini, persiapan anak-anak buah Osmera Omaro untuk Piala Asia B-17 berjalan lancar. Dan bagi memastikan skuad negara bertambah mantap, dua lagi aksi persahabatan menentang Arab Saudi dan Uzbekistan turut diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Dua lawan ini dipilih berdasarkan beberapa faktor. Pertama, […]
Jordi Amat Kongsi Kisah Bergelar Bintang EPL & Putera Raja Indonesia

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat mengungkapkan bagaimana kisahnya sebagai bintang di Eropah bertukar kepada putera raja Indonesia. Menerusi satu temubual bersama Talksport, bekas pertahanan di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Swansea City itu tidak menyangka dengan perjalanan hidupnya hari ini. Beliau sebelum ini telah pun disahkan memiliki keturunan raja Indonesia daripada susur […]
Dion Cools Cipta Rekod Pemain Malaysia Paling Berjaya Di Luar Negara

Kejayaan menjulang Thai League 1 bersama Buriram United semalam membantu Dion Cools mencipta sejarah tersendiri. Kejayaan tersebut menjadikan beliau pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara paling banyak menjulang gelaran liga dengan empat gelaran. Hal ini dikongsikan oleh pengguna Twitter, Lee Seng Foo bila melihat rekod yang dimiliki bek tengah kebangsaan berdarah Belgium-Malaysia itu sebelum […]
Zainal Abidin Anggap Malaysia Sudah Ada Pengganti Corbin Ong

Bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan yakin bahawa Malaysia kini memiliki pengganti terbaik pada posisi pertahanan kiri yang kini dikemudi oleh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin Ong. Pemain berusia 31 tahun itu merupakan tunjang utama pada posisi tersebut sejak 2-3 musim kebelakangan ini bersama pasukan kebangsaan. Namun begitu, menurut pengendali tersebut […]
Malaysia Berpeluang Layak Ke Piala Dunia FIFA Edisi-23

Hasrat Malaysia untuk layak ke pentas Piala Dunia masih menyala sekiranya perangkaan dilakukan dengan rapi selaku persediaan. Malaysia kini berada pada tangga ke-138 dunia berada dalam posisi terbaik untuk terus mempamerkan prestasi pada tahap tertinggi terutamanya menjelang aksi Piala Asia di Qatar 2023. Perkara ini dizahirkan oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters […]
Ketiadaan Arif Aiman Kerugian Besar Buat Skuad Sukan SEA

Ketiadaan bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dalam skuad Sukan Sea dianggap sebagai satu kerugian buat pasukan bawah 22 tahun negara. Perkara itu dilontarkan bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusof yang merasakan Arif sememangnya layak berada dalam skuad kendalian E. Elavarasan untuk temasya dwitahunan yang berlangsung di Kemboja tahun ini. Nizaruddin berpendapat adalah […]
Video: Tandukan Tajam Luqman Hakim Bantu Njardvik Belasah Leiknir

Penyerang muda sensasi Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin terus membuktikan kalibernya di pentas bola sepak Iceland apabila tampil meledak hari ini. Pemain berusia 20 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Iceland, FC Njardvik selama satu musim dari KV Kortrijk untuk mendapatkan minit permainan. Usaha ini nyata membuahkan hasil apabila beliau terus menjadi pilihan barisan kejurulatihan untuk […]
Kelantan Kembali Tagih Kudrat Filipe Hereda Selamatkan Pasukan?

Bekas pemain tengah Kelantan FC, Filipe Hereda memberi bayangan bakal membuat kemunculan semula bersama pasukan. Perancang kelahiran Brazil itu merupakan sebahagian daripada skuad yang membantu Kelantan muncul selaku naib juara Liga Premier musim lalu. Beliau bagaimanapun tidak kekal bersama The Red Warriors musim ini selepas beberapa muka import baharu dibawa masuk oleh pasukan. Menerusi satu […]
Skuad Muda Malaysia Tewas Tipis Kepada Akademi Aspire

Skuad muda Malaysia mengalami kekalahan tipis dalam aksi terakhir di Qatar semalam berdepan Akademi Aspire. Anak didik Osmera Omaro memulakan perjalanan di sana dengan cukup baik menerusi beberapa dereta kemenangan. Mereka juga melakukanntugas dengan cukup hebat apabila berjaya melakar kemenangan dramatik ke atas Al-Duhail SC B-19 dengan keputusan 1-0. Walaun bagaimanapun, tuah nyata tidak memihak […]