Jurulatih Penang FC Terkejut Dengan Cara JDT FC Bermain

Jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira mengakui agak terkejut dengan cara yang ditampilkan oleh JDT FC ketika pertemuan dua pasukan semalam. Aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Penang itu menyaksikan anak didik Tano Solari berjaya meraih kemenangan ke-13 Liga Super dengan keputusan 2-0. Mengulas lanjut, beliau kelihatan berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh anak […]

Insiden Jaílton Paraíba Tersembam Ke Tanah Mengerikan

Pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan juga Sabah dihiasi dengan insiden yang kurang senang melibatkan pemain serangan pasukan Sabah, Jaílton Paraíba. Pemain kelahiran Brazil itu turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk membantu The Rhinos membolosi gawang gol Kedah Darul Aman. Gol pertama pasukan pelawat hadir menerusi pemain pertahanan, Gabriel Peres sebelum pemain naturalisasi negara, […]

Aksi Malaysia & Arab Saudi Bakal Jadi Kenyataan

Menjelang Piala Asia 2023 yang diadakan pada Januari tahun hadapan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sibuk mengatur beberapa aksi persahabatan sebelum kejohanan itu bermula. Dan satu daripadanya bakal menjadi kenyataan iaitu aksi persahabatan membabitkan Malaysia dan Arab Saudi. Difahamkan aksi persahabatan membabitkan Harimau Malaya dan Arabian Falcons itu bakal diadakan sekitar Disember ini atau Januari […]

Hamidin: Brazil & Argentina Pelawa Malaysia Berentap

Dengan Indonesia bakal berentap dengan Argentina untuk aksi persahabatan pada 19 Jun ini, ramai penyokong tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak melakukan perkara sama. Tetapi menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, sebenarnya Harimau Malaya ada menerima jemputan daripada Argentina dan Brazil untuk aksi persahabatan. Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagaimanapun berpandangan ini bukanlah masa […]

Natxo Insa Bakal Dibawa Kim Pan-gon Ke Piala Asia?

Jeneral tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dijangka berada dalam radar pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk mengemudi jentera tengah Malaysia di Piala Asia. Pemain berusia 36 tahun itu baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut yang menyaksikan beliau kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau juga merupakan tunjang utama buat jentera tengah skuad […]

Malaysia Bakal Diuji Papua New Guinea

Susulan tindakan Yaman membatalkan perlawanan persahabatan dengan Malaysia pada 20 Jun ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera mencari pengganti pasukan berkenaan. Hari ini, FAM mengesahkan Papua New Guinea bakal menentang skuad negara pada tarikh yang sama. Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman, pembatalan perlawanan Malaysia-Yaman dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) […]

Yaman Mahu Batalkan Aksi Persahabatan Bertemu Malaysia

Mengikut kalendar antarabangsa FIFA, Malaysia sepatutnya bertemu Kepulauan Solomon dan Yaman pada 14 dan 20 Jun ini. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat terkini, perlawanan Harimau Malaya-Yaman dijangka tidak akan menjadi kenyataan. Menurut pemilik akaun Twitter Piang Shankly, Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) sudah menghantar surat memohon pembatalan perlawanan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ini sekaligus […]

Malaysia Sedia Bentuk Kerjasama Dengan Australia

Di sebalik peningkatan dalam arena bola sepak negara, masih ada aspek yang boleh ditambahbaik. Jadi, tidak hairanlah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin meneroka peluang kerjasama dengan Bola Sepak Australia (FA) dalam pelbagai segi termasuk bola sepak wanita. Ini selepas satu delegasi FA mengadakan kunjungan hormat ke atas FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi […]

Syafiq Ahmad Bakal Tinggalkan JDT?

Masa depan penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad sekali lagi menjadi tanda tanya peminat bola sepak tanah air. Pemain berusia 27 tahun itu kini seringkali memanaskan bangku simpanan tatkala Harimau Selatan terus mengukuhkan cengkaman Liga Super menerusi kemenangan ke-12 musim ini. Anak jati Pulau Pinang itu bagaimanapun diberikan kesempatan untuk beraksi sebagai pemain […]

Dion Cools Julang Treble Bersama Buriram United

Pertahanan tengah Malaysia, Dion Cools menjulang trofi ketiganya di Thailand apabila membantu pasukannya iaitu Buriram United menewaskan Bangkok United. Aksi final Piala FA itu menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan. Beraksi selaku pertahanan tengah, bekas bintang Club Brugge ini tidak berdepan sebarang masalah […]

Seorang Lagi Pemain Warisan Malaysia Tembusi Pasaran Australia

Malaysia kini serius untuk mencari lebih ramai pemain warisan berkualiti untuk membantu skuad kebangsaan apabila menemui seorang lagi pemain yang berpotensi besar buat skuad negara. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Harimau Abroad, pemilik nama Airden Rawlins merupakan bintang dalam pembikinan yang kini mula disebut-sebut sebagai bintang berpotensi besar di Australia. Baru berusia 14 tahun, beliau […]

3 Pemain Liga Malaysia Bakal Rancakkan Liga 1 Indonesia?

Kelibat tiga pemain Liga Malaysia dikhabarkan berada dalam radar beberapa kelab Liga 1 Indonesia yang serius mahu memantapkan pasukan menjelang sepak mula musim baharu. Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa pemain Malaysia dan juga yang beraksi di Liga Super sedang dirisik oleh beberapa kelab di sana. Perkhabaran ini juga merupakan satu perkembangan yang positif buat pemain […]

Richard Chin Bersungguh-Sungguh Mahu Wakili Malaysia Berbanding England

Pemain warisan negara, Richard Chin menyatakan hasrat untuk mewakili Malaysia berbanding gergasi dunia bola sepak, England. Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, pemain muda berusia 22 tahun itu kini berada di Malaysia bagi menyelesaikan urusan dokumentasi bagi membolehkannya mewakili Harimau Malaya. Katanya, beliau melihat peluang dan kemampuan bola sepak Malaysia untuk terus berkembang selain sudah […]

Aksi Roma & Bayer Leverkusen Jadi Azimat Penang Rantai JDT

Penang FC dilihat optimis untuk terus memberikan cabaran terbaik kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh ketua jurulatih pasukan, Maznoor Azwira kepada Karl Nunis, wartawan Astro Arena menjelang pertemuan yang cukup penting di Stadium Bandaraya awal bulan hadapan. Katanya, beliau telah pun mencongak ramuan terbaik berdepan skuad […]

JDT Untung Besar Ada Penyerang Sejati Macam Bergson

Bekas pengendali Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan mengagumi kelibat penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva di atas padang. Pengendali berusia 60 tahun itu memuji impak yang diberikan oleh peledak kelahiran Brazil itu tatkala membantu JDT menewaskan Sri Pahang 2-0. Katanya, Bergson bukan seorang penyerang yang hanya menunggu bola di dalam kotak […]

Penjaga Gol Kelantan Kini Tercari-Cari Pasukan Baru

Bekas penjaga gol Kelantan, Farhan Abu Bakar kini difahamkan sedang berusaha untuk mencari pasukan baru. Khabar kurang senang ini dikongsikan oleh pemain berusia 30 tahun itu sendiri menerusi platform Instagram tatkala beliau serius mencari pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya. Beliau bagaimanapun hanya menjadi pilihan kedua di belakang penjaga gol semasa, Nik Amin Ahmad sungguhpun dilihat […]