TMJ Jadi Panduan Berharga Dato’ Seri Vida Urus Kelantan FC

Usahawan kosmetik terkemuka Malaysia, Dato’ Seri Hasmiza Othman sedia bertentang mata dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekiranya berpeluang menjadi pemilik baharu Kelantan FC. Persaingan antara dua penjuru melibatkan Dato’ Seri Vida dan juga sebuah lagi entiti perniagaan yang dikenali sebagai Erfan Gym & Fitness dalam […]

Darren Lok Beri Khabar Gembira Dari Sabah

Penyerang sensasi pasukan Sabah FC, Darren Lok memberikan khabar gembira selepas kembali beraksi menentang Sri Pahang. Pemain berusia 32 tahun sudah disisihkan dalam beberapa perlawanan The Rhinos keraja mengalami kecederaan. Bekas pemain PJ City ini kembali menemui sentuhan jaringan yang amat dirinduinya apabila meledak dua gol dalam perlawanan tersebut. Malah, setiap gerakan pemain kelahiran England […]

Tular Saddil Ramdani Nyanyikan Lagu Negaraku Penuh Semangat

Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani dilihat begitu bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Dalam aksi Liga Super LS17 membabitkan pasukan Sabah dan Sri Pahang pada semalam, skuad The Rhinos menang besar mengatasi skuad Tok Gajah dengan keputusan 4-0. Sebelum perlawanan bermula, nyanyian lagu Negaraku berkumandang. Saddil dikesan begitu semangat menyanyikan lagu Negaraku dan beliau […]

Gergasi Eropah, Olympiacos Bakal Bertemu Sabah?

Perjalanan musim 2023 pasukan Sabah FC mencuri tumpuan apabila difahamkan akan berdepan kelab gergasi Eropah, Olympiacos FC pada 19 Julai ini. The Rhinos masih segar meraikan kemenangan besar 4-0 di laman sendiri selepas menumpaskan Sri Pahang. Perlawanan tersebut juga menjadi aksi terakhir buat lagenda bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar yang membuat keputusan untuk tidak lagi […]

Kenyataan Safee Sali Dua Tahun Lalu Kini Hampir Terbatal

Bekas penyerang lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali pernah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup besar kira-kira dua tahun lalu. Beliau ketika era kegemilangannya dikenali sebagai salah seorang peledak berbisa yang dimiliki oleh Harimau Malaya termasuklah ketika membantu Malaysia menjulang Piala AFF pada tahun 2010. Gandingan emas Safee dan rakan sepasukannya, Norshahrul Idlan Talaha menyaksikan Malaysia […]

Syihan Hazmi Jadi ‘Guru’ Sikh Izhan

Penjaga gol pasukan Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui masih belum mencapai tahap yang diperlukan untuk menandingi kekuatan penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi. Pemain muda itu kini dipinjamkan ke skuad Jang dari Selangor untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain. Beliau bagaimanapun mengakui sedang berusaha keras untuk memperbaiki kualiti […]

Herold Goulon Tak Beraksi Setiap Perlawanan? K. Devan Ada Jawapannya

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan memberi jawapan muktamad mengenai percaturan beliau untuk tidak memainkan beberapa orang pemain import pasukan selama 90 minit dalam setiap perlawanan. Pertembungan antara pasukan KL City dan Negeri Sembilan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Menerusi temubual bersama K. Devan selepas tamat perlawanan, beliau memiliki sebab yang kukuh […]

KL City vs Negeri Sembilan: Gol Saat Akhir Pastikan Negeri Sembilan Ikat KL City

Pertembungan aksi Liga Super minggu 17 antara pasukan KL City dan Negeri Sembilan berkesudahan dengan keputusan memihak kepada tuan rumah. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam usaha untuk meraih 3 mata bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super. The City Boys beraksi dengan cukup baik untuk mendapatkan gol pendahuluan namun berjaya disekat oleh barisan pertahanan lawan […]

Ucapan Perpisahan Baddrol Bakhtiar Buat Air Mata Jantan Gugur

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar memberikan ucapan perpisahan terakhir kepada rakan sepasukannya sebelum berpisah. Pemain berusia 35 tahun itu merupakan tunjang utama buat The Rhinos sejak berpindah dari Kedah Darul Aman kira-kira dua musim lalu. Perancang tengah berpengalaman ini bagaimanapun membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila mengumumkan untuk meninggalkan pasukan Sabah. Beliau sempat memberikan ucapan […]

Akhyar Rashid Terima Penghargaan Tertinggi

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid menerima pujian tertinggi daripada individu yang berjuang bersama-samanya merebut tempat dalam pasukan. Anak jati kelahiran Kedah ini telah pun menyertai skuad Harimau Selatan dari negeri kelahirannya pada tahun 2018 pada usia yang cukup muda. Bintang bertubuh kecil ini dikenali sebagai salah seorang pemain sayap lincah yang […]

Dion Cools Buat ‘Hal’ Di Thailand

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools kembali menjadi bualan ramai di Thailand ketika ini. Pemain berusia 26 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan pentas bola sepak Eropah dan membawa haluan ke Asia dengan menyertai pasukan tersebut. Bekas pemain Club Brugge ini sudah pun memasuki musim keduanya selepas melengkapkan perpindahan dari FK Jablonec di Republik Czech […]

Bekas Tonggak Kelantan FC Diangkat Pertahanan Terbaik Di Indonesia

Kudrat bekas tonggak penting Kelantan FC kini mula menjadi bibit hangat yang diperkatakan selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik mingguan Liga 1 Indonesia. Pemain kelahiran Filipina, Christian Rontini pernah bersama kelab Pantai Timur, Kelantan FC bermula pada awal musim 2023 selepas berpindah dari Penang FC. Perjalanan karier bintang muda berusia 23 tahun ini berdepan detik tidak […]

Penjaga Gol Harimau Malaya Jadi Buruan Selangor

Kelab gergasi Liga Super, Selangor FC difahamkan sedang memburu khidmat penjaga gol Malaysia bagi memantapkan saingan pada posisi tersebut. The Red Giants kini dalam usaha untuk mencari sosok yang paling layak untuk mengisi penjaga gawang selepas aksi kurang memberangsangkan oleh pemain sedia ada. Selain itu, pesaing sengit diperlukan untuk memberi cabaran kepada dua orang penjaga […]

Satu Lagi Kelab ‘Besar’ Liga Super Mahu Sambar Azam Azmi

Saga perpindahan pemain sensasi Terengganu FC, Azam Azmi masih belum tamat tatkala sebuah lagi pasukan Liga Super sedang memburu khidmat. Beberapa hari kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai masa depan pemain yang mesra disapa ‘Aney’ ini apabila beliau dikatakan mahu dilamar oleh sebuah kelab gergasi Liga Super. Menerusi pengesahan oleh agen pemain kelahiran Penang ini menyatakan […]

Cinta Matthew Davies Kepada Malaysia Terlalu Dalam

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies menzahirkan rasa cinta yang tidak terhingga terhadap Malaysia. Pemain kelahiran Australia itu merupakan tunjang utama buat skuad Harimau Selatan sejak beberapa musim kebelakangan ini apabila sering menjadi pilihan jurulatih untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan. Beliau bagaimanapun membuatkan ramai pihak tergamam apabila mempamerkan kebolehannya untuk berinteraksi dengan […]

Sebuah Kelab Indonesia Buru Khidmat Pertahanan Elit Harimau Malaya

Sebuah kelab Liga 1 Indonesia kini hangat diperkatakan selepas menunjukkan minat yang cukup mendalam untuk mendapatkan khidmat salah seorang pertahanan Harimau Malaya. Identiti kelab yang tidak didedahkan ini difahamkan mahu menantapkan skuad pada musim baharu ini dengan beberapa pemain difahamkan berada dalam radar pasukan bagi mengisi slot pertahanan. Khabar ini memberitahu bahawa kudrat salah seorang […]