“Nak Bercakap Kena Ada Pendidikan” – Safee Sali

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menyifatkan penggantungan yang diberikan kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim bakal menjadi pengajaran berguna buat pemain bola sepak di Malaysia. Beliau mengingatkan para pemain bola sepak profesional di Malaysia agar lebih matang dalam mengendalikan soalan yang diajukan oleh pihak media dan tidak mengabaikan senitiviti yang […]
Pasukan Ke-97 Dunia Jadi Ujian Hebat Malaysia Ke Piala Asia

Malaysia berpeluang untuk mengasah taring sebagai persediaan ke Piala Asia 2024 apabila bakal bertemu dengan lawan yang cukup hebat menjelang akhir tahun ini. Undian bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 menyaksikan Harimau Malaya berdepan ujian mencabar apabila diundi bersama Oman, Kyrgyzstan dan Taiwan atau Timor Leste yang akan beraksi terlebih dahulu […]
“Ini Peluang Terbaik Malaysia” – Kim Pan-gon

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menyifatkan undian kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sebagai satu kesempatan terbaik buat pasukan negara layak ke Piala Asia 2027. Undian kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 hari ini menyaksikan Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Kyrgyzstan, Oman dan Timor Leste/Taiwan. Jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan kelayakan lain, undian yang diterima Harimau […]
Malaysia Diundi Bersama Oman & Kyrgyzstan | Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Malaysia berdepan laluan yang agak mencabar menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027. Berdasarkan undian yang telah berlangsung di AFC House, Bukit Jalil, Harimau Malaya yang diletakkan dalam Pot 3 berdepan laluan mencabar. Skuad kebangsaan kini berada pada prestasi kemuncak apabila melonjak ke tangga 136 dunia berdasarkan ranking semasa yang dikemas kini oleh […]
Posisi Penjaga Gol Nombor Satu Malaysia Sukar Digugat

Persediaan Malaysia menuju ke pentas tertinggi bola sepak Asia dilihat berada pada landasan terbaik selepas posisi penjaga gol menunjukkan kualiti yang tersendiri daripada pesaingnya. Persaingan merebut tempat pada setiap possi berlangsung cukup sengit tatkala beberapa penjaga gol mula menunjukkan potensi sebenar. Menerusi satu komen oleh pengurus kelab Selangor Elit, Jazli Rahimi dalam rancangan Nindia Bola, […]
Faisal Halim Digantung 4 Bulan

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menerima tamparan hebat apabila beliau digantung selama 4 bulan. Menerusi satu kenyataan oleh pihak Selangor, pemain berusia 25 tahun itu akan digantung untuk beraksi selama 4 bulan berkuat kuas 25 Julai. Bekas bintang Terengganu ini menerima padah susulan kenyataan media yang telah dibuat olehnya selepas menentang Sabah pada […]
Lee Tuck Tinggalkan Kedah

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck membuat keputusan mengejutkan apabila mengucapkan selamat tinggal kepada pasukannya, Kedah Darul Aman. Bintang kelahiran England ini membuat satu keputusan yang berat untuk meninggalkan Sang Kenari sungguhpun beliau memainkan peranan yang penting pada musim ini. Menerusi satu makluman oleh Kedah Darul Aman, pemain berusia 35 tahun ini telah memutuskan haluan baharunya […]
“Susah Sangat, Retire Ja La Dari Skuad Kebangsaan”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh ejen kepada pemain bola sepak Malaysia, Joe Berbatov menimbulkan pelbagai tanda tanya selepas memberi bayangan kekecewaan yang dialami oleh seorang pemain di liga Malaysia. Beliau ada memuat naik satu hantaran di Instagram Storynya yang begitu mencuri tumpuan apabila mendakwa ada pemain yang tidak dihargai dengan selayaknya. Dalam hantaran tersebut, Joe memberi […]
Seorang Bintang Ternama Liga Super Bakal Digantung?

Khabar mengejutkan buat kancah bola sepak tempatan apabila seorang bintang ternama Liga Super dikatakan bakal digantung perlawanan. Desas-desus mula bertiup kencang apabila pemain ini difahamkan telah melakukan kesalahan yang menyebabkan khidmat beliau tidak dapat digunakan oleh pasukan. Menerusi satu laporan oleh wartawan TV3, Syakirah Zulkifly, tonggak utama yang beraksi buat pasukan Liga Super ini berdepan […]
Pengganti Bojan Hodak Di KL City Akhirnya Terjawab

Teka-teki mengenai pengganti posisi Bojan Hodak selaku ketua jurulatih KL City akhirnya mencapai kata putus. Pengendali kelahiran Croatia itu telah membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila memutuskan untuk membawa haluan baharu dalam kariernya. Jurulatih berusia 52 tahun itu akan mengemudi pasukan Liga 1 Indonesia, Persib Bandung yang juga telah memecat pengendali terdahulu. Perpindahan ini menyaksikan […]
Bojan Hodak Letak Jawatan Jurulatih KL City

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak secara rasminya tidak lagi bersama pasukan apabila membuat keputusan untuk meletak jawatan. Keputusan mengejut dibuat oleh pengendali kelahiran Croatia itu apabila memutuskan untuk tidak meneruskan perjuangan bersama The City Boys. “Bojan Hodak letak jawatan. Jurulatih dari Croatia itu buat keputusan undur diri pada musim ketiga bersama KL City. […]
Dipadam Secara Tiba-tiba, Bintang Borussia Dortmund Bakal Sertai Kelantan?

Hasrat penyokong Kelantan untuk melihat kebangkitan pasukan kesayangan mereka mungkin menjadi kenyataan tidak lama lagi. The Red Warrior yang kehilangan ramai tonggak utama pada musim ini difahamkan akan mendapat suntikan baharu apabila beberapa muka baharu dikaitkan bakal tiba. Hal ini susulan kenyataan oleh pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham yang […]
Minit Permainan Keutamaan Stuart Wilkin Menjelang Piala Asia

Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin kini fokus untuk mendapatkan minit permainan agar dapat memberikan aksi terbaik beliau di atas padang. Beliau mahu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan bersama pasukan Sabah. “Saya mahu terlibat dalam semua perlawanan, setiap pemain bola sepak mahukannya. Ya, membina minit permainan itu bagus, ini membantu saya mengekalkan tahap kecergasan […]
Insiden Tumbuk-Menumbuk Cemari Aksi JDT & Kedah

Pertembungan antara skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman berakhir dengan insiden yang tidak diingini oleh kedua-dua pihak. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang menyaksikan tuan rumah berjaya menoktahkan kemenangan menerusi jaringan tunggal Mohamad Rafiefikri Mohd Rosman pada minit ke-42. Sungguhpun skuad muda Kedah turun dengan penggempur berbisa, Ebenezer […]
Malaysia & Australia ‘Berebut’ Joshua Rawlins

Malaysia berpotensi untuk melihat seorang lagi bakat kacukan selepas pertahanan uda berbakat, Joshua Rawlins dikatakan boleh mewakili skuad kebangsaan. Pemain berusia 19 tahun ini merupakan salah seorang prospek muda berpotensi besar yang kini sedang beraksi buat FC Utretcht di liga kedua Belanda. Beliau yang pernah beraksi buat skuad muda Perth Glory di Australia berjaya memperagakan […]
Saddil Ramdani Cetus Kebimbangan Sabah

Pemain sayap pasukan Sabah FC, Saddil Ramdani mencetuskan kebimbangan buat kem pasukannya selepas mengalami kecederaan berdepan Selangor tempoh hari. Bintang kelahiran Indonesia ini merupakan tunjang utama di bawah kendalian Ong Kim Swee untuk memacu cabaran pasukan dalam saingan domestik. Khidmat beliau bagaimanapun mungkin terpaksa dilupakan seketika oleh The Rhinos selepas perlawanan semalam. Pemain berusia 24 […]