Persaingan Sengit Di Selangor Rebut Posisi Faisal Halim

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencari pengganti pemain sayap, Faisal Halim. Pemain lincah itu terpaksa diketepikan selam sebulan daripada skuad The Red Giants susulan hukuman penggantungan yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pengendali berusia 53 tahun itu dilihat mempertaruhkan perancang tengah, Mukhairi Ajmal untuk mengisi […]

Piala Malaysia: Selangor Bangkit Belasah PDRM

Perlawanan Piala Malaysia melibatkan pertembungan PDRM dan Selangor FC berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Selangor. Kedua-dua pasukan mempertaruhkan barisan terbaik dengan The Kops turun dengan dua pemain baharu iaitu Hadi Fayyadh dan Mario Arques. The Red Giants bagaimanapun menerima tamparan hebat apabila turun tanpa kelibat pemain sayap berbisa, Faisal Halim yang digantung. Perlawanan bermula dengan […]

Takahiro Kunimoto Telah Didaftarkan Dalam Skuad JDT?

Pemain tengah kelahiran Jepun, Takahiro Kunimoto difahamkan telah pun didaftarkan secara rasmi selaku pemain baharu JDT. Desas-desus mengenai ketibaan pemain berusia 25 tahun ke dalam skuad Harimau Selatan mula tular apabila beliau telah pun tersenarai dalam laman sesawang Transfermarkt. Menerusi satu hantaran oleh Johor Southern Tigers, ia seolah-olah memberi bayangan bahawa seorang pemain Jepun bakal […]

Sergio Aguero Zahir Tanda Cintakan Malaysia, Gigih Belajar Bahasa Melayu

Pemain naturalisasi kebangsaan, Sergio Aguero terus menzahirkan rasa tanda cintanya terhadap negara. Dalam perkongsian Aguero di laman IG Story miliknya, beliau dilihat begitu teruja mempelajari bahasa ibunda. Antara intipati yang dipelajari Aguero ialah kata ganti nama diri, ucapan sejahtera dan beberapa istilah penggunaan kata seharian. Sejak mendapat kerakyatan Malaysia pada September tahun lalu, Aguero semakin […]

Leandro Velazquez Tinggalkan JDT?

Teka-teki mengenai perpindahan pemain import JDT semakin hangat diperkatakan apabila perancang tengah berpengalaman, Leandro Velazquez dikatakan menjadi pemain yang bakal tinggalkan pasukan. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tonggak utama buat pasukan Harimau Selatan sejak kali pertama bersama pasukan pada tahun 2015. Pada musim ini, bekas pemain Argentina bawah 20 tahun ini telah menjadi pilihan […]

Insa Project Umum Youssef Ezzejjari Sebagai Pemain Terbarunya

Rekrut terbaru Negeri Sembilan, Youssef Ezzejjari difahamkan kini berada di bawah naungan ejen baharu selepas melengkapkan perpindahan ke Negeri Sembilan. Keberadaan pemain ini hangat diperkatakan selepas beliau secara tiba-tiba diumumkan selaku pemain baharu skuad Jang sungguhpun telah menyertai Kelantan FC. Perkara ini menjadi bualan ramai yang benar-benar mahu mengetahui status pemain tersebut bersama pasukan. Keadaan […]

Jurulatih Kyrgyzstan Kagum Dengan Kualiti Malaysia

Jurulatih skuad kebangsaan Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic melihat Malaysia sebagai antara pencabar berkualiti dalam Kumpulan D, pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2027/Piala Dunia 2026. Ini kerana beliau merasa kagum dengan kemampuan anak-anak buah Kim Pan-gon melancarkan serangan dan bijak menyudahkan peluang yang terhidang dalam beberapa perlawanan antarabangsa. Dengan Malaysia mampu membelasah Papua New Guinea 10-0 dan […]

Tak Sampai Sehari, Pemain Baharu Kelantan Sertai Negeri Sembilan

Perkhabaran mengejutkan dalam perpindahan Liga Malaysia apabil pemain yang baru ditandatangani oleh Kelantan telah diumumkan pemain baharu Negeri Sembilan. Sebelum ini, The Red Warriors telah pun mengumumkan beberapa pemain import yang memperkuat pasukan termasuklah penyerang kelahiran Sepanyol-Maghribi, Youssef Ezzejjari. Pemain berusia 30 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Asia Tenggara […]

Hasrat Andik Vermansyah Pulang Ke Malaysia Berkecai

Hasrat untuk menyaksikan kelibat pemain sayap lincah Indonesia, Andik Vermansyah pulang ke beraksi di Malaysia tertangguh. Bekas bintang Selangor itu dikatakan telah mencapai persetujuan untuk menyertai kelab Pantai Timur Kelantan FC namun terbatal pada saat akhir. The Red Warriors rancak mengumumkan beberapa muka baharu pada saat akhir jendela perpindahan termasuklah beberapa profil besar dari Sepanyol […]

Seorang Jurulatih Liga Malaysia Lunyai Dibelasah?

Khabar duka menyelubungi arena bola sepak Liga Malaysia apabila dikhabarkan terdapat seorang jurulatih yang menjadi mangsa belasahan dalam satu aksi baru-baru ini. Menerusi satu laporan oleh Harian Metro, individu itu merupakan penolong jurulatih berusia 46 tahun yang berkhidmat buat sebuah pasukan gergasi Liga Super. Menurut laporan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Piala FA dengan jurulatih […]

Kedah Umum Kepulangan Mengejut Halim Saari

Kedah Darul Aman menerim satu lagi suntikan pada jentera tengah apabila Halim Saari secara rasminya membuat kepulangan bersama pasukan. Pemain berusia 29 tahun itu telah disisihkan selama hampir dua musim berikutkan kecederaan ACL yang dialaminya ketika bersama Selangor. Kelibat anak jati Kedah ini bagaimanapun mula kelihatan selepas beliau dikesan menjalani latihan kecergasan bersama Sang Kenari […]

China Bawa Penyerang Naturalisasi Brazil Berdepan Malaysia

Pertembungan aksi persahabatan Tier 1 antara China dan Malaysia bakal diserikan dengan pertarungan jentera serangan kedua-dua pasukan yang mungkin bakal menjadi pemisah. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Harimau Malaya rasmi akan berdepan Syria dan China pada September ini. Kedua-dua pasukan ini berada pada kedudukan yang lebih baik daripada Malaysia di samping […]

Bekas Penjaga Gol Kebangsaan Iran Sertai Kelab Pantai Timur

Liga Malaysia bakal dirancakkan dengan kelibat penjaga gol berprofil tinggi yang mengesahkan ketibaannya ke sebuah kelab Pantai Timur. Pemain berusia 25 tahun itu memiliki pengalaman yang agak luas di pentas bola sepak antarabangsa dan menjadi rekrut terbaru pasukan untuk keluar dari zon penyingkiran. Penjaga gol tinggi lampai ini ditagih untuk membantu masalah gawang gol pasukan […]

Safawi Rasid & Dion Cools Tersenarai Sebagai Pemain ‘Bintang’ Di Thailand

Penyokong Harimau Malaya bangga apabila Thai League 1 menyenaraikan Safawi Rasid dan Dion Cools dalam Barisan Bintang ASEAN liga berkenaan. Akaun Twitter Harimau Abroad berkongsikan imej bintang-bintang ASEAN yang beraksi dalam liga itu pada musim lepas. Selain duo tonggak utama skuad senior Malaysia itu, Irfan dan Ikhsan Fandi (Singapura) serta Faiq Bolkiah turut tersenarai dalam […]

“Selamba Dia Bahan Lejen”, Hati Netizen Bergegar Layan Safee & Kecik

Kelibat lagenda bola sepak negara, Safee Sali kembali menjadi bualan selepas melihat gelagat spontan yang ditampilkannya untuk menjawab soalan dari media. Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu akhirnya mengumumkan pesaraan pada usia 38 tahun dengan kali terakhir beraksi buat KL City. Safee bagaimanapun mencuri gelagat penonton menerusi gelak ketawanya dengan karenah wartawan Astro Gempak […]

Punca Aksi Malaysia & Mesir Batal Terjawab

Pertembungan yang ditunggu-tunggu melibatkan Malaysia dan Mesir tidak dapat direalisasikan sekaligus hasrat berdepan pemain terbaik Eropah, Mohamed Salah tidak kesampaian. Malaysia sebelum ini dikaitkan dengan pertembungan dengan Mesir bagi aksi persahabatan Tier 1 namun terpaksa ditangguhkan atas alasan tertentu. Menerusi satu pengumuman oleh FAM, skuad Harimau Malaya akan berdepan cabaran Syria dan China yang akan […]