Venue Pestabola Merdeka Bakal Ditukar?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mempertimbangkan beberapa venue lain bagi menganjurkan Pestabola Merdeka. Pengajuran edisi ke-42 kejohanan berprestij di Malaysia ini pada awalnya memilih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue rasmi pertandingan. Namun begitu, stadium tersebut kini sedang diselenggara dengan proses penukaran rumput sedang dijalankan. Menurut kenyataan FAM, mereka mempunyai pelan lain sekiranya […]

Amri Yahyah Tenangkan Amarah Penyokong Sabah

Gelagat yang dipamerkan oleh pemain veteran Sabah FC, Amri Yahyah untuk menenangkan sebahagian penyokong pasukan mencuri perhatian ramai. Pemain berusia 42 tahun itu dapat mengesan amukan penyokong setia The Rhinos yang kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buah Ong Kim Swee. Beraksi di laman sendiri, Sabah gagal menfaatkan lautan penyokong yang […]

Kim Pan-gon Sasar Juarai Pestabola Merdeka

Biarpun sedar berdepan cabaran sukar dalam Pestabola Merdeka 2023, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tetap mensasarkan untuk bergelar juara edisi ke-42 kejohanan itu. Selain Malaysia, Pestabola Merdeka turut disertai oleh India, Palestin dan Lebanon. Atas kertas, Malaysia dilihat pasukan lemah dengan ranking ke-136 dunia jika dibandingkan Palestin, India dan Lebanon masing-masing menduduki tangga ke-96, 99 […]

Ranking JDT Naik Lagi, Kini Kelab No.1 Di ASEAN

Juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mencatatkan kemajuan yang amat luar biasa apabila menjadi kelab no.1 di ASEAN ketika ini. Wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara Asia (AFC) ini terus membuktikan kaliber dan kecemerlangan di pentas bola sepak Asia apabila mengukuhkan prestasi konsisten pada musim ini. Berdasarkan data yang dikemas […]

Zamsaham: Saya Dah Lama Tunggu

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui sudah sekian lama menantikan detik yang cukup indah buat pasukannya. The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang cukup hebat selepas dikalahkan oleh JDT di laman sendiri tempoh hari. Anak didik Alfredo Vera memastikan tiga mata menjadi milik pasukan tuang rumah apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri […]

Gol Ketiga Perak FC Jadi Perdebatan Hangat

Pasukan Liga Super, Perak FC mencatatkan kemenangan penting namun gol ketiga yang dijaringkan pasukan menjadi tanda tanya. Beraksi di laman sendiri, The Bos Gaurus memanfaatkan peluang yang ada untuk meraih 3 mata penting untuk terus memperbaiki kedudukan liga. Gol ketiga pasukan bimbingan Yusri Che Lah bagaimanapun menjadi perhatian selepas jaringan Seo Seon-ung dikesan berada dalam […]

Siaran Langsung: Sabah vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Liga Super

Aksi ke-19 Liga Super menyaksikan pertembungan antara pasukan Sabah dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah itu menyaksikan anak didik Ong Kim Swee mahu mengekalkan rekod cemerlang apabila menang 4 daripada 5 aksi terakhir. Harimau Selatan juga memiliki rekod yang cukup baik berdepan The Rhinos apabila […]

Safee Sali Terpegun Dengan Arif Aiman

Pemain kebangsaan memiliki pandangan yang berbeza terhadap kemampuan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Bintang sensasi Malaysia itu kini dilabel sebagai calon terbaik untuk sekali lagi membawa pulang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia. Anak jati Pahang ini menjadi tunjang utama di bawah kendalian Tano Solari apabila diberi kepercayaan untuk menjadi […]

Liga Super: Selangor Kebal Di Laman Sendiri, Tewaskan KL City

Pertembungan Liga Super ke-18 antara pasukan menentang KL City berlangsung dengan cukup sengit di Stadium MBPJ. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun Selangor kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan. The City Boys turun dengan momentum terbaik di bawah kendalian pengendali baharu, Nenad Bacina. Percubaan tepat oleh KL City hadir menerusi sepakan percuma Paulo Josue […]

Kim Pan-gon Mahu Bantu Faisal Halim

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mahu memberikan bantuan sebaiknya kepada pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim. Bintang Selangor FC itu kini dalam fasa penggantungan selama sebulan menerusi penetapan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun cakna dengan perkara tersebut tatkala Harimau Malaya kini dalam persiapan untuk membentuk gandingan terbaik menjelang […]

Masa Depan Arif Aiman Bersama Malaysia Telah Diputuskan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi penjelasan mengenai peranan yang akan dimainkan oleh pemain sayap muda negara, Arif Aiman Hanapi bersama skuad senior negara. Pemain berusia 21 tahun itu menjadi watak penting buat Malaysia apabila membantu kemenangan besar berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea Jun lalu. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun perlu […]

Kim Pan-gon Dah Lama Intip India

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui sudah lama mengkaji kekuatan India sebelum bertemu dalam kejohanan Pestabola Merdeka. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin persiapan berdepan pasukan ke-99 dunia itu perlu dilakukan dengan rapi dengan kekuatan yanh dimiliki. Mengulas lanjut, Pan-gon memberitahu bahawa barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah lama membuat persiapan kerana yakin India merupakan sebuah […]

Malaysia Diundi Berdepan India | Pestabola Merdeka

Malaysia bakal mengharungi kempen di Pestabola Merdeka 2023 berdepan salah sebuah pasukan terbaik di Asia iaitu India. Perlawanan yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah ini bakal menjadi medan ujian terbaik buat pasukan kendalian Kim Pan-gon untuk terus mempersiapkan diri sebelum melangkah ke Piala Asia tahun hadapan. Pestabola Merdeka 2023 disertai empat pasukan dengan format secara […]

Malaysia Mampu Capai Sasaran Piala AFF B-23

Pengurus skuad B-23 Malaysia, Datuk Seri Shahril Mokhtar percaya pasukan itu mampu mara ke peringkat separuh akhir atau final Piala AFF B-23. Pandangan peribadi beliau ini dibuat dengan mengambil kira majoriti pemain yang dipanggil jurulatih E. Elavarasan ialah pemain-pemain yang menjalani latihan pusat di Melaka pada Jun lepas. Justeru, walaupun tanpa kelibat beberapa bintang utama […]

Kelantan FC Makin Rancak

Pasukan Liga Super, Kelantan FC kini kelihatan lebih meriah terutamanya menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan bagi aksi Liga Super berikutnya. Sungguhpun menghadapi pelbagai rintangan sejak awal musim, ia jelas tidak mematahkan semangat pasukan milik Norizam Tukiman untuk terus bersaing sebaik mungkin. The Red Warriors juga kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan lain dan […]

Isu Dana Kerajaan Negeri, Amirudin Shari Jawab Kemampuan Sebenar Selangor

Menteri Besar Sementara Selangor, YAB Dato’ Amirudin Shari akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kemampuan pasukan untuk terus bersaing tanpa bantuan kerajaan negeri sepenuhnya. Menerusi satu penjelasan dalam segmen Keluar Sekejap (KS), Ahli Parlimen Gombak ini ditanya mengenai tawaran yang telah dikemukakan kepada pasukan The Red Giants sekiranya Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan kekal memimpin negeri tersebut. […]