Wolfsburg Bertapak Di Malaysia

Kelab gergasi Bundesliga, VFL Wolfsburg kini mula melebarkan sayap ke rantau Asia Tenggara apabila memilih Malaysia sebagai rakan kerjasama strategik terbaru. Perkara ini telah pun diumumkan dalam satu majlis pelancaran berkenaan pembukaan rasmi pejabat di Zon Asia di Menara Metrade, Kuala Lumpur. Perkembangan itu menyaksikan kelab Jerman itu mahu mempromosikan program teknikal dan perniagaan ke […]
Pertembungan KL City vs Persija Jakarta Bakal Jadi Realiti?

Khabar bertiup kencang mengenai jalinan kerjasama yang bakal dijalankan antara kelab Liga Super, KL City FC dengan salah sebuah kelab gergasi Indonesia. Perkembangan terbaru ini dikongsikan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman telah memberi bayangan bahawa akan ada kerjasama antara KL City dengan salah sebuah kelab besar di Jakarta. Sungguhpun tidak menyatakan nama secara kelab khusus, […]
Natxo Insa Kembali Sarung Jersi Celta Vigo

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa kembali beraksi buat kelab lamanya, Celta Vigo dalam satu perlawanan amal. Pemain berusia 37 tahun itu sebelum ini dilanda kecederaan jangka panjang dan terlepas baki saingan pada awal musim. Bintang berpengalaman ini semakin jarang mendapat tempat dalam percaturan ketua jurulatih, Tano Solari pada musim ini. Perkembangan terbaru […]
Zainal Abidin: Pestabola Merdeka Ibarat Piala Dunia Di Asia

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan melabel Pestabola Merdeka setaraf Piala Dunia bagi kalangan penyokong di Asia. Pengendali berusia 60 tahun itu menyatakan keterujaan apabila kembalinya Pestabola Merdeka selepas 10 tahun tidak diadakan. Mengulas lanjut, beliau sempat berkongsi detik manis ketika mula-mula mewakili Malaysia dan beraksi di Stadium Merdeka. Katanya, beliau yakin bahawa Pestabola […]
“Saya Kembali Lebih Kuat” – Faisal Halim

Pemain sayap pasukan Malaysia, Faisal Halim sedia bangkit untuk kembali membantu Harimau Malaya tampil lebih baik kali ini. Pemain berusia 25 tahun itu menjalani penggantungan selama satu bulan yang menyaksikan beliau hanya beraksi 45 minit selepas 5 perlawanan. Beliau bagaimanapun tetap optimis untuk terus membantu pasukan bimbingan Kim Pan-gon lebih cemerlang. Faisal ketika ditemui pada […]
Safee Sali Puji Tindakan Hebat Bergson

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali memuji impak yang diberikan oleh penyerang JDT, Bergson Da Silva ketika membantu pasukannya mengikat Kedah Darul Aman tempoh hari. Pemain berusia 32 tahun itu bergandingan bersama Heberty Fernandes di bahagian serangan pasukan namun dikejutkan dengan dua jaringan awal tuan rumah. Kehebatan beliau terserlah apabila Harimau Selatan berjaya bangkit untuk menyamakan […]
Usahawan ‘Bertanjak’ Pasang Minat Ambil Alih Kelantan FC

Teka teki mengenai pemilik baharu Kelantan FC seakan tidak berpenghujung apabila seorang lagi individu menunjukkan minat untuk membeli kelab tersebut. Masa depan The Red Warriors sebelum ini hangat diperkatakan susulan pelbagai kontroversi dan masalah yang melanda pasukan. Beberapa individu sebelum ini telah menunjukkkan minat yang begitu mendalam untuk mengambil alih pasukan Liga Super itu. Bermula […]
Tular Aura Hebat Penjaga Gol ‘Comel’ Kedah Mirip Syihan Hazmi

Perlawanan pasukan MSSM B-12 menjadi tumpuan tatkala Kedah Darul Aman muncul selaku pemenang edisi kali ini. Aksi bagaimanapun tertumpu kepada perjalanan skuad cilik Sang Kenari yang berjaya menewaskan JDT B12 pada peringkat separuh akhir untuk mara ke pentas final. Perlawanan tersebut tertumpu apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 yang membawa kepada penentuan penalti. Kelebihan […]
Diogo Hangatkan Kepulangan Ke Thailand

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo bakal kembali perkuat Harimau Selatan di Thailand dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pemain kelahiran Brazil itu merupakan antara bintang paling menyerlah di Thailand ketika beraksi beberapa musim bersama BG Pathum. Beliau bagaimanapun bakal menghangatkan saingan ACL musim ini apabila JDT diundi dalam Kumpulan […]
Sergio Aguero Mahu Pastikan Kim Pan-gon Bawanya Ke Piala Asia

Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero mahu memastikan namanya tersenarai dalam skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Piala Asia 2023. Selepas membuat penampilan bersama skuad senior Malaysia dalam Piala AFF 2022, pemain naturalisasi negara itu terlepas panggilan skuad kebangsaan susulan masalah kecederaan. Kini, selepas kembali cergas dan menunjukkan prestasi bagus bersama Tok Gajah, Aguero […]
Kim Pan-gon Tak Mahu Ambil Risiko

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu menekankan teras DNA Harimau Malaya dalam pemilihan pemain ke skuad kebangsaan dan mereka yang dipanggil merupakan pemain yang telah menepati ciri-ciri tersebut. “Kami telah menilai dan menguji para pemain setahun lebih, mereka sudah tahu tentang filosofi dan DNA pasukan. Jadi terlalu banyak perubahan mampu beri risiko. Ini bukan […]
E. Elavarasan Minta Bersabar & Percaya Kepada Proses

Ketua jurulatih B-23 negara, E. Elavarasan berharap agar para penyokong percaya kepada proses yang sedang dilalui pasukan muda negara. Beliau ketika ditemu bual di Stadium Cheras ketika sesi latihan pasukan muda negara sedang berusaha gigih bagi mempersiapkan pasukan. Katanya, seluruh fokus kini terarah kepada persembahan skuad muda Malaysia yang bakal bersaing di Kelayakan Piala Asia […]
Penyerang ‘RM5.4 Juta’ Kawasaki Frontale Tumpul, Peluang Kelab Malaysia Menyinar

Prestasi yang ditampilkan oleh kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale kurang memberangsangkan terutamanya bagi jentera serangan pasukan musim ini sekaligus membuka jalan buat kelab Malaysia lebih menyinar. Pasukan bimbingan Toru Oniki itu kini berada di tangga ke-9 saingan J1 League selepas mengharungi 25 perlawanan musim ini. Aksi jaguh Asia itu bagaimanapun terganggu susulan prestasi kurang memberangsangkan […]
JDT Catat 4 Rekod Baru Liga Malaysia

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan 4 rekod baharu Liga Super Malaysia menjelang detik akhir sebelum dinobatkan selaku juara sedekad di Malaysia. Pasukan bimbingan Tano Solari kini dalam fasa akhir sebelum menjulang trofi kejuaraan liga kali ke-10 berturut-turut sungguhpun diikat buat kali pertama musim ini berdepan Kedah Darul Aman tempoh hari. Harimau […]
“Kita Kena Biasakan Diri Di Tempat Lawan” – Kim Pan-gon

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat dua aksi persahabatan menentang Syria dan China di Chengdu, China pada 6 dan 9 September ini sebagai medan menyesuaikan diri di gelanggang lawan. Sejak mengambil alih skuad kebangsaan 18 bulan yang lalu, Pan-gon mendapati skuad negara bergelut setiap kali beraksi di luar Malaysia. Ini dibuktikan dengan statistik empat kekalahan […]
3 Pasukan Liga Super Sedia Rampas Slot Ke Asia

Tatkala saingan Liga Super 2023 menghampiri ke penghujungnya, saingan sengit bagi merebut posisi ke Asia masih belum dimuktamadkan. Kedudukan tempat ke-2 Liga Super ketika ini dipimpin oleh Selangor FC yang dilihat berupaya untuk menamat saingan pada posisi tersebut. Walau bagaimanapun, tumpuan terarah kepada beberapa pasukan yang dijangka mampu memberi kejutan untuk merampas slot tersebut. Pada […]