Jalil Rasheed Puji Kecekalan Luqman Hakim

Kecekalan pemain muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin untuk terus berjuang di Eropah menarik perhatian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed. Pemain berusia 21 tahun itu ketika ini berdepan ujian hebat susulan tidak berjaya menterjemahkan persembahan terbaik untuk membantu Malaysia pada pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand. Sungguhpun Malaysia layak […]
Ranking Masa-Nyata FIFA: Wales ‘Bantu’ Malaysia Kukuhkan Kedudukan Terbaik Dekad Ini

Pasukan kebangsaan Filipina membuat kejutan untuk menjarakkan diri dengan Malaysia apabila kini menghampiri kedudukan 120 terbaik dunia. Selepas meraih tambahan 1.4 mata ranking FIFA ketika berdepan pasukan ke-94 dunia, Syria, Malaysia sekali lagi mencatatkan unjuran positif dan konsisten untuk mencuri mata FIFA berdepan China. Harimau Malaya berjaya mengukuhkan kedudukan terbaik di tangga 136 dunia selepas kali […]
Pesaing Sabah Di AFC Hadapi Saat Sukar

Pesaing Sabah FC di Piala AFC 2023 menghadapi saat sukar apabila diuji dengan pelbagai masalah. Pasukan yang menjadi juara Liga 1 Indonesia tahun 2022, PSM Makassar kini menghadapi krisis terutamanya staf dan barisan pemain yang kini tidak menerima gaji. Terdapat beberapa luahan yang telah dimuat naik oleh para pemain ke media sosial berikutan masalah yang […]
Skuad Muda Malaysia Tagih Sentuhan 3 Pemain JDT Ke Piala Asia B23

Skuad muda negara sentiasa menagih khidmat tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, Feroz Baharudin dan Ramadhan Saifullah ke pentas Piala Asia U23 2024. Pengurus pasukan B23 negara, Dato’ Sri Shahril Mokhtar menjelaskan barisan kejurulatihan E. Elavarasan sentiasa meninjau prestasi semasa pemain-pemain negara. Ketika di temui wartawan Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa […]
Jepun ‘Hantar’ Pasukan Divisyen Dua Ke ACL

Wakil kelab Jepun ke kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini salah satunya bakal mempertaruhkan kelab divisyen dua untuk melakukan kejutan. Pertandingan berprestij itu menyaksikan JDT menjadi wakil tunggal Malaysia setelah mengharungi aksi yang cukup gemilang tahun lalu. Wakil Jepun bagaimanapun mencuri tumpuan apabila kelibat pasukan gergasi diiringi oleh sebuah pasukan yang tidak dikenali. Kelab […]
Bakat Muda Warisan Malaysia Kini Berkelana Di Norway

Satu lagi bakat baru berstatus pemain warisan Malaysia bakal menjadi tumpuan ramai. Pemain remaja yang dimaksudkan ialah pemain negara berdarah Norway, Kim Johan Nyo Tegnander. Berdasarkan perkongsian Future Talents, pemain ini memiliki ciri sama seperti penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland. Ini kerana dengan ketinggian 183 cm, pemain berusia 14 tahun ini lebih tinggi berbanding […]
Korea Selatan Rayu Jürgen Klinsmann Segera Pulang

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) meminta agar ketua jurulatih pasukan, Jürgen Klinsmann agar pulang bersama pasukan dengan kadar segera. Pengendali kelahiran Jerman itu akhirnya mengecapi kemenangan pertama bersama pasukan baharunya itu apabila menewskan Arab Saudi dengan keputusan 1-0. Beliau bagaimanapun kembali terpalit kontroversi apabila difahamkan tidak pulang bersama pasukan ke Korea Selatan. Menerusi beberapa […]
Kawasaki Frontale Akui Sukar Beraksi Di Stadium Sultan Ibrahim

Pasukan gergasi J1 League, Kawasaki Frontale mengakui berdepan masalah untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim. Aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi diundi berdepan dua pasukan yang sama iaitu Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai. Menerusi satu kenyataan oleh Pegawai Media Kawasaki Frontale di AFC House kepada Harimau Malaya iaitu […]
BG Pathum & Ulsan Hyundai Hadapi Ujian Berliku

Wakil Thailand di Liga Juara-Juara AFC (ACL), BG Pathum United dan jaguh Korea Selatan, Ulsan Hyundai menghadapi ujian mencabar menjelang sepak mula kejohanan tersebut. Aksi Kumpulan I menyaksikan pertembungan aksi awal melibatkan BG Pathum dan Ulsan Hyundai Di Stadium Munsu iaitu gelanggang kelab Korea itu. Mereka bagaimanapun perlu mengharungi satu aksi terakhir dalam liga apabila […]
Siaran Langsung Piala Malaysia: Negeri Sembilan vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi suku akhir Piala Malaysia menyaksikan pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan. Aksi yang berlangsung di Stadium Paroi, Negeri Sembilan ini menyaksikan anak didik K.Devan melaungkan keazaman untuk tidak mempamerkan corak bertahan. Sementara itu, pengendali Harimau Selatan, Tano Solari juga sudah pasti mahu mempersiapkan pasukan dalam keadaan terbaik dengan […]
Faisal Halim Ingin Bawa Aura Malaysia Bersama Selangor FC

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim berharap dapat membawa aura skuad Malaysia bila saingan Piala Malaysia kembali bermula. Faisal menjadi tonggak utama negara dalam dua aksi persahabatan menentang Syria dan China. Malah, beliau turut menyumbang satu gol semasa Harimau Malaya mengikat China 1-1. Kini, impak daripada dua perlawanan tersebut diharap dapat membantunya tampil lebih baik […]
Peranan Berbeza Matt Davies & Corbin Ong Bersama Malaysia

Duo pertahanan Malaysia, Matthew Davies dan Corbin Ong terbukti boleh memainkan peranan yang berbeza bersama Harimau Malaya. Pertahanan utama JDT memainkan peranan yang cukup cemerlang bersama Malaysia terutamanya ketika berdepan pasukan 100 terbaik dunia. Kedua-dua pemain ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Kim Pan-gon ketika berdepan Syria dan China. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh penganalisis […]
Kelayakan Piala Asia U23: Malaysia Sah Ke Piala Asia

Hasrat Malaysia ke Piala Asia B-23 2024 tercapai selepas rekod disiplin mereka membantu mengatasi Iran untuk slot terakhir naib juara kumpulan. Selepas tewas kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H, skuad B-23 negara terpaksa menunggu keputusan kumpulan kelayakan lain bagi mengetahui sama ada mereka layak atau tidak. Sebelum perlawanan menentang Thailand, dari segi kedudukan naib […]
Kelayakan Piala Asia U23: Thailand Tewaskan Malaysia

Anak buah kendalian E. Elavarasan hari ini turun berdepan pasukan Thailand bagi aksi kelayakan Piala Asia B24 2024. Aksi separuh masa pertama menyaksikan Malaysia ketinggalan 1-0 menerusi jaringan Yotsakon Burapha pada minit ke-20 permainan. Penyerang berusia 18 tahun itu memanfaatkan hantaran lintang rakan sepasukan dengan satu tandukan sekaligus menewaskan penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel. […]
Media China Lapor Tiket Aksi China & Syria Tak Laku

Penyokong China yang berang dengan prestasi pasukan mereka kebelakangan ini memilih untuk tidak membeli tiket aksi persahabatan China-Syria. Akhbar South China Morning Post melaporkan jualan tiket untuk aksi persahabatan itu pada malam ini tidak laku. Daripada enam jenis tiket yang dijual, hanya tiket yang berharga 180 yuan (RM115) saja yang habis dijual. Jualan tiket yang […]
3 Posisi Malaysia Jadi Tumpuan Menentang Thailand

Aksi terakhir Kumpulan H bagi Kelayakan Piala Asia B-23 tertumpu kepada pertembungan Malaysia dan Thailand bagi mengesahkan tempat ke Piala Asia. Percaturan ampuh E. Elavarasan sekali lagi ditagih setelah membantu Malaysia mencatatkan kemenangan berdepan Bangladesh dan Filipina. Aksi ini tertumpu kepada beberapa posisi yang bakal menentukan hala tuju pasukan berdepan pemenangan tempat ke-3 Piala AFF […]