Suhaimi Husin Akui Minit Bermain Jadi Keutamaan Buat Malaysia

Penjaga gol Terengganu FC, Suhami Husin mengakui minit bermain yang diperoleh dalam saingan liga amat penting untuk membawa cabaran Malaysia. Beliau berjaya mendapat panggilan buat kali pertama di bawah kendalian Kim Pan-gon setelah tampil cemerlang di peringkat kelab. Katanya, peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk menjadi pilihan utama di peringkat kelab amat […]
Penyerang Tinggi Lampai Jadi Taruhan India Hadapi Malaysia

Berbaki lima hari lagi menjelang sepak mula Pestabola Merdeka. Aksi pembukaan di antara Malaysia dan India dijangka menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi pasukan India di bawah kendalian Igor Stimac masih belum tewas untuk tahun 2023 ini. Beberapa hari yang lalu, 26 pemain telah disenarai pendek oleh Igor Stimac bagi membawa cabaran India di Pestabola Merdeka. […]
Ikhwan Yazek Titiskan Air Mata Kesyukuran

Bekas pemain Kelantan FC, Ikhwan Yazek kelihatan sebak dan menitiskan air mata kesyukuran baru-baru ini. Pemain berusia 24 tahun itu ditimpa musibah berat selepas mengalami kecederaan lutut di bahagian meniscus dan memerlukan rawatan lanjut. TRW Kelantan FC dalam satu kenyataan memaklumkan kecederaan yang dialami Ikhwan memaksa pemain itu untuk berehat bagi proses rawatan dan pemulihan. […]
Bakat Muda Malaysia Bakal ‘Terbang’ Ke Sepanyol

Hasrat untuk melihat lebih ramai bakat muda Malaysia untuk beraksi di luar negara semakin tercapai apabila beberapa pemain bakal dihantar ke Sepanyol. Perkhabaran memberangsangkan ini tekah dikongsikan oleh Ketua Pembangunan Pemain Kerteh FC, Adam Sariman kepada Harimau Malaya tentang potensi bakat muda negara menapak di Eropah. Beliau memberi gambaran bahawa projek pembangunan kelab tersebut memiliki […]
“Sasaran Kita Kedudukan 100 Teratas FIFA” – Kim Pan-gon

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berharap dapat merealisasikan sasaran berada dalam kedudukan 100 teratas FIFA. Ketika ini, skuad negara menduduki ranking ke-134 dunia selepas meraih dua keputusan seri masing-masing menentang Syria dan China pada bulan lepas. Ini meletakkan Harimau Malaya pada kedudukan terbaik untuk menduduki kedudukan 120 teratas FIFA buat kali pertama sejak 2006. Begitupun, Pan-gon […]
“Tiada Jaminan Buat Mana-Mana Pemain Ke Piala Asia” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui tidak memberi jaminan kepada mana-mana pemain untuk mendapat tempat khas ke Piala Asia tahun hadapan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu kini sedang mempersiapkan pasukan bagi aksi Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada 13 Oktober 2023. Beliau berpuas hati dengan panggilan pemain kali ini namun mahu setiap pemain untuk memberikan […]
Malaysia Tewas Aksi Pembukaan Berdepan Iraq

Skuad futsal Malaysia menerima kekalahan pertama pada aksi Kelayakan Futsal Asia 2024 di Uzbekistan apabila ditundukkan Iraq. Pasukan negara turun dalam kesebelasan terbaik dengan barisan pemain seperti Saad Sani dan Ekmal Shahrin dalam kesebelasan utama. Kedua-dua pasukan bermula dengan baik untuk saling bertukar serangan namun Iraq ternyata memiliki sedikit kelebihan. Gol pembukaan perlawanan hadir menerusi […]
Dikaitkan Ke JDT, Jalil Elías Kini Cedera Parah

Pemain yang dikaitkan ke Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elías mengalami kecederaan parah apabila beliau dikejarkan ke hospital dalam satu aksi buat pasukannya. Perancang tengah San Lorenzo, Jalil Elías telah dikaitkan ke JDT selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa pemain berdarah Syria-Argentina itu bakal menyertai JDT sebagai ejen bebas. Khabar angin perpindahan […]
Asian Games: Malaysia Kekal Pasukan Kelima Terbaik Asia

Skuad hoki wanita Malaysia memastikan pencapaian tempat kelima Sukan Asia dikekalkan buat kali kelima berturut-turut. Ini selepas mereka berjaya mengatasi tentangan sengit Thailand dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam hoki wanita Sukan Asia 2023. Biarpun dianggap pasukan pilihan untuk perlawanan ini, The Malayan Tigress ketinggalan menerusi gol awal Kunjira Inpa pada minit kelima. Bagaimanapun, […]
Bekas Jurulatih Terengganu Anggap Kualiti Liga Malaysia & Indonesia Setanding

Perdebatan telah tercetus apabila ada segelintir pihak yang mula membandingkan tahap kompetitif di antara Liga Malaysia dan Liga Indonesia lebih-lebih lagi apabila pasukan Sabah FC menang besar 5-0 ke atas kelab Indonesia, PSM Makassar dalam saingan Piala AFC. Namun bagi bekas pengendali pasukan Terengganu, Eduardo Almeida beliau mempunyai pendapat yang tersendiri apabila ditanyakan mengenai soal […]
Ilmu Kebal Dari Croatia Akan Bantu India Lawan Malaysia

Menjelang kejohanan Perstabola Merdeka yang dijadualkan bermula 13 Oktober ini, pasukan kebangsaan India mendapat tonik terbaik apabila Persatuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) mengambil keputusan utnuk menyambung kontrak pengendali dari Croatia, Igor Stimac. Jurtulatih Croatia berusia 56 tahun telah disambung kontrak untuk tempoh dua tahun. Igor bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak di India […]
Asian Games: Hasrat Regu Malaysia Pertahankan Emas 2018 Tersekat

Skuad sepak takraw Malaysia hampa apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi final regu Sukan Asia 2023. Pertembungan dua pesaing tradisi ini sudah dijangka selepas kedua-duanya masing-masing mengetepikan Filipina dan Vietnam di pentas separuh akhir. Jurulatih negara, Ahmad Jais Baharom masih mengekalkan kepercayaan kepada Zarif Merican (tekong), Amirul Zazwan Amir (feeder) dan Azlan Alias […]
Arif Aiman Buka Mata Asia, Kini Sebaris Bintang Al-Nassr

Penyerang muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sekali lagi mencipta fenomena apabila tersenarai dalam kesebelasan mingguan di Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pemain berusia 22 tahun itu menjadi watak penting buat pasukan Harimau Selatan untuk melakar kemenangan 4-2 berdepan BG Pathum. Beliau meledak dua jaringan penting untuk membantu pasukan kendalian Tano Solari meraih […]
Atlet Malaysia Pengsan Ketika Bertarung Dengan Thailand

Suasana di Gimnasium Xiaoshan Linpu cemas seketika pagi tadi apabila atlet jiu-jitsu Malaysia, Cassandara J. Poyong pengsan di atas gelanggang. Insiden ini berlaku apabila beliau turun menentang atlet jiu-jitsu Thailand, Orapa Senatham untuk pusingan 16 terbaik acara wanita 57 kg. Selepas dijatuhkan lawannya, Cassandra kelihatan tidak sedarkan diri sebelum kemudiannya dibantu oleh pegawai perlawanan yang […]
Asian Games: Regu Malaysia Mara Ke Final, Atasi Cabaran Filipina

Seperti dijangka, skuad sepak takraw Malaysia berjaya mara ke saingan final acara regu lelaki Sukan Asia 2023 selepas mengenepikan cabaran Filipina. Selepas menjuarai Kumpulan A semalam, skuad negara menghela nafas lega kerana tak perlu bertemu dengan musuh tradisi, Thailand di separuh akhir. Malaysia mempertaruhkan Syahir Rosdi sebagai tekong dengan Amirul Zazwan Amir dan Azlan Alias […]
Asian Games: Malaysia Kempunan Tempat Kelima, Dibelasah Pakistan

Skuad hoki senior Malaysia sekali lagi hampa apabila dibelasah Pakistan 5-2 untuk penentuan tempat kelima dan keenam acara hoki lelaki Sukan Asia 2023. Selepas kedua-dua pasukan gagal layak ke separuh akhir, The Speedy Tigers dan The Green Shirts perlu meraih tempat kelima bagi meraih kelebihan dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024. Malaysia meraih kelebihan awal […]