Nama Intan Serah Digugurkan Dari Kem Malaysia

Skuad bola sepak wanita Malaysia tidak dapat memanfaatkan khidmat penyerang kebangsaan, Intan Serah. Nama penyerang berusia 25 tahun itu tiada dalam senarai 24 pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk aksi persahabatan menentang Arab Saudi dan Laos. Dua aksi persahabatan yang diadakan pada 23 dan 27 Oktober ini merupakan sebahagian daripada persiapan Malaysia […]

Pasukan Ke-5 Asia Lawan Selangor Di MBPJ

Pasukan ke-5 Asia bakal menjadi lawan terhebat Selangor di Stadium MBPJ pada Oktober ini. Skuad kendalian Nidzam Jamil masih segar dengan kejayaan melakar kemenangan 1-0 ke atas DH Cebu bagi aksi kedua AFF Champions League Two (ACL2). Dua ujian besar menanti Gergasi Merah apabila dijadualkan menentang gegasi Korea, Jeonbuk Hyundai bagi aksi ketiga kumpulan pada […]

Malaysia Pernah Seri Hadapi Amukan China

Malaysia memiliki resipi tersendiri untuk mengekang amukan China. Skuad negara pada ketika itu dibimbing oleh bekas pengendali, Kim Pan-gon beraksi cemerlang untuk mengekang lawan handalan Asia itu. Jaringan awal pemain sayap lincah, Faisal Halim berjaya menggegar bumi China sebelum akhirnya dipadamkan oleh Lin Liang ming pada babak kedua. Harimau Malaya yang mempertaruhkan 9 pemain tempatan […]

Sabah Pintas Ranking 3 Kelab Korea

Kelab Liga Super Malaysia, Sabah FC terus bersinar apabila memintas kedudukan tiga kelab besar Korea. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee memperagakan aksi konsisten sejak tiga musim untuk menempatkan diri dalam kelompok kelab terbaik di Malaysia. Semi finalis Piala AFC 2023 ini kini menghuni tangga ke-7 Liga Super selepas 10 perlawanan dengan 14 mata. The […]

Arab Saudi ‘Tunggu’ Malayan Tigress

Skuad Malayan Tigress bakal menguji kekuatan pasukan Arab Saudi dalam satu perlawanan persahabatan. Pasukan wanita negara bimbingan Soleen Al Zoubi telah memanggil seramai 24 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula Rabu, 16 Oktober 2024. Ini sebagai persiapan bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Arab Saudi serta Laos bermula 20 hingga 27 Oktober […]

Tonggak ‘RM47 Juta’ Belanda Bercakap Tentang Selangor

Tonggak RM47 Juta Liga Belanda berbicara tentang Selangor FC. Baru-baru ini, Gergasi Merah telah mengumumkan ketibaan dua jurulatih baharu iaitu Shahrom Kalam dan Abdi Hassan sebagai penolong jurulatih kepada pengendali pasukan, Nidzam Jamil. Perlantikan Shahrom dan Abdi dilakukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penolong jurulatih, Conor Nestor. Pengendali kelahiran Ireland itu meninggalkan Selangor untuk menggalas […]

Penang Hampir Pintas Kedudukan Ulsan

Kelab Liga Malaysia, Penang FC mencatatkan peningkatan dan berpotensi untuk memintas kedudukan Ulsan. Skuad kendalian Akmal Rizal kini menghuni tangga ke-10 dengan dua kemenangan selepas 11 perlawanan yang diharungi. The Phanters bagaimanapun mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking kelab berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst. Penang kini menghuni tangga ke-423 Asia ketika ini (3815 dunia) dengan […]

Peristiwa Malaysia Lawan Jordan Berulang Kembali

Peristiwa Malaysia menentang Jordan kira-kira 10 bulan lalu berulang kembali. Skuad kendalian Pau Marti terbang ke Auckland bagi menghadapi tentangan pasukan ke-95 dunia, New Zealand. Usaha memperagakan persembahan terbaik tidak kesampaian apabila tunduk dengan keputusan 4-0 kurang 24 jam lalu. Malaysia berjaya merantai pergerakan anak buah Darren Bezeley pada babak pertama namun tidak mampu menandingi […]

Liberato Cacace Optimis Prospek New Zealand

Kapten New Zealand, Liberato Cacace percaya pasukan itu memiliki prospek yang cerah susulan kehadiran ramai pemain berusia bawah 25 tahun. Kalendar antarabangsa kali ini menyaksikan jurulatih All Whites, Darren Bazeley memanggil 10 pemain berusia bawah 25 tahun daripada 21 pemain. Antara nama yang tersenarai ialah Cacace, Alex Paulsen (Auckland FC), Tyler Bindon (Reading), Marko Stamenic […]

JDT ‘Ratah’ Balestier Khalsa 8-0

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Singapura, Balestier Khalsa 8-0. Anak didik Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi Bergson pada minit ke-4. Pesta jaringan Harimau Selatan diteruskan apabila Oscar Arribas menambah gol kedua pada minit ke-12 di Stadium Sultan Ibrahim. Bergson hadir menjaringkan gol ketiga tuan […]

Pau Marti: Malaysia Terima Pengajaran Berguna Hadapi New Zealand

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyifatkan kekalahan 4-0 kepada New Zealand banyak memberi pengajaran kepada pasukan itu. Malaysia dan All Whites berentap di Stadium North Harbour, Auckland untuk aksi persahabatan antarabangsa pertama sejak tahun 2006. Selepas berjaya merantai pasukan Oceania itu pada babak pertama, New Zealand yang dibimbing Darren Bazeley menyumbat empat gol pada […]

Badi Wakil Denmark Lawan Malaysia Masih Melekat

Jaguh Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen masih dihantui badi apabila bertemu pasangan dari Malaysia. Astrup-Rasmussen yang kini berada di ranking kedua dunia pamer aksi cukup bertenaga di kejohanan Arctic Open 2024 dan mara ke final dengan status juara bertahan beregu lelaki. Di final, Astrup-Rasmussen berdepan pasangan negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei yang kini berada di […]

Ranking Masa-Nyata FIFA: Kedudukan Malaysia Selepas Tunduk Kepada New Zealand

Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia terlepas peluang untuk menambah baik kedudukan selepas tunduk di tangan New Zealand. Aksi yang berlangsung di Stadium North Harbour, Auckland itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempertaruhkan kesebelasan terbaik bagi melakar kemenangan. Kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 4-0 sekaligus terlepas peluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA. Berdasarkan kemas kini ranking masa-nyata […]

Malaysia Tunduk Di Tangan New Zealand

Aksi persahabatan Tier 1 berakhir dengan New Zealand mengatasi Malaysia dengan keputusan 4-0. Skuad kendalian Pau Marti memberikan ruang kepada beberapa pemain muda seperti Harith Haiqal, Nooa Laine dan juga Arif Aiman sementara tuan rumah turun tanpa kelibat penyerang utama Chris Wood. Pertukaran awal terpaksa dilakukan oleh skuad kebangsaan apabila penyerang negara, Darren Lok mengalami […]

Aksi Darren Lok vs New Zealand Bertahan Hanya 13 Minit

Aksi penyerang negara, Darren Lok dalam perlawanan persahabatan Tier 1 hanya bertahan 13 minit ketika menentang New Zealand sebentar tadi. Penyerang berusia 33 tahun itu terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa pertama pada minit ke-13 selepas mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.  Oleh sebab itu, jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti membuat keputusan untuk memasukkan Akhyar Rashid […]

Separuh Masa: Malaysia & New Zealand Sama Kuat

Aksi 45 minit yang pertama menyaksikan Malaysia berjaya mengimbangi kekuatan pasukan lawan, New Zealand. New Zealand merehatkan peledak berbisa yang juga kapten, Chris Wood di bangku simpanan dan Liberato Cacace diberi tugas besar untuk memimpin barisan pemain All Whites. Manakala, skuad negara bimbingan Pau Marti diketuai oleh Matt Davies selain menaruh harapan buat gandingan Arif […]