Ranking Kyrgyzstan Merudum, Peluang Malaysia Kembali Mengganas

Malaysia berpeluang cerah untuk memberi saingan terbaik kepada lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan yang menunjukkan penurunan ranking FIFA menjelang sepak mula November ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal memulakan aksi kelayakan berdepan pasukan tersebut pada 16 November 2023 di laman sendiri sambil memanfaatkan penurunan prestasi skuad tersebut. Pasukan bimbingan Stefan Tarkovic menerima tamparan […]

Pencari Bakat Dedah Sebuah Kelab Eropah Pantau Arif Aiman

Sebuah kelab Cypurs dikatakan telah meminta profil pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi untuk dibawa beraksi di Eropah. Perkara ini dikongsikan oleh pencari bakat Malaysia di Sepanyol bersama Velez FC, Qayyum Shaharuddin kepada Harimau Malaya bahawa kelab tersebut menyatakan minat untuk mendapatkan pemain sayap tersebut. Menerusi satu sesi audio siar tersebut, pencari […]

Terbuka Denmark: Aaron Chia & Wooi Yik Muncul Juara, Tundukkan Regu Indonesia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengakhiri kemarau kejuaraan jelajah BWF 2023 dengan menggondol gelaran juara Terbuka Denmark. Kejayaan ini tercapai selepas mereka mengetepikan cabaran regu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana. Kelebihan memihak kepada Aaron-Wooi Yik di mana mereka menang kesemua tiga perlawanan dengan Shohibul-Bagas. Kelebihan ini terserlah pada […]

3 Pemain Malaysia Tembusi Pasaran Eropah

Semakin ramai pemain bola sepak Malaysia mula berhijrah ke luar negara dan menembusi pasaran eropah sekaligus menawarkan pendedahan dan pengalaman berbeza mereka. Walaupun bukan mudah untuk mencipta nama di eropah, namun keberanian dan kesungguhan para pemain ini wajar dipuji dalam usaha mereka membina identiti serta membentuk karier bola sepak sendiri. Berikut merupakan 3 pemain Malaysia […]

“Kamu Cemerlang Bersama Malaysia, Lakukan Juga Bersama Kelab”

KL City

Penyerang sensasi pasukan KL City FC, Kipré Tchétché menggesa duo muda pasukan, T. Saravanan dan Haqimi Rosli untuk bangkit dan memperagakan aksi terbaik bersama kelab. The City Boys terpaksa menelan hakikat selepas tewas 1-2 di laman sendiri dengan penalti pemain berpengalaman itu menjadi bekalan apabila bertandang ke Terengganu awal bulan hadapan. Pemain berusia 35 tahun […]

Annil Vigneswaran Sertai Kelab Jerman, SV Waldhof Mannheim 07

Pemain pertahanan muda Malaysia, Annil Vigneswaran terus mengorak langkah dengan menyertai kelab divisyen ketiga Jerman, SV Waldhof Mannheim 07. Perkara ini diumumkan sendiri Annil di akaun Instagram peribadinya baru-baru ini. Sebelum ini, Annil pernah beraksi untuk skuad remaja SGV Freiburg, Sandhausen dan Freiburger FC. Selepas tidak menyambung kontrak bersama Freiburger pada musim lepas, beliau bergelar […]

AFC Kesan Potensi JDT Gilap Bakat Muda Di Malaysia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi penghargaan tertinggi kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas melihat potensi bakat muda Malaysia yang semakin menyinar di pentas tertinggi bola sepak Asia tersebut. Wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan memasuki musim kelima di pentas kejohanan berprestij ini. […]

Terbuka Denmark: Lee Zii Jia Ke Final, Atasi Tentangan Lee Cheuk Yiu

Lee Zii Jia mara ke final kejohanan jelajah BWF buat kali kedua berturut-turut selepas mara ke final Terbuka Denmark awal pagi tadi. Pemain perseorangan lelaki utama Malaysia itu mengatasi tentangan pemain perseorangan dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan tampak memihak kepada Cheuk Yiu. Malah, beliau turut mendapat bimbingan bekas jaguh […]

Challenge Cup: PDRM Hampiri Final, Bedil Penang

Pasukan Liga Super, PDRM FC berjaya mempamerkan kekuatan hebat untuk menewaskan Penang FC di gelanggang lawan. Skuad kendalian Yunus Alif tampil lebih baik pada babak pertama selepas beberapa kali menguji gawang gol tuan rumah. Detik terbaik buat pasukan hadir apabila kapten pasukan, Amir Saiful bijak membaca hantaran Uche Agba sebelum melepaskan rembatan kencang melepasi kawalan […]

Siaran Langsung Piala Malaysia: KL City vs Terengganu, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 menyaksikan KL City FC bakal menerima kunjungan Terengganu FC di Stadium Cheras malam ini. Perlawanan tumpuan itu menyaksikan aksi ulangan separuh akhir selepas kedua-dua pasukan bertarung pada aksi Piala FA tempoh hari. The City Boys terpaksa berhadapan lawan dengan kehilangan beberapa tonggak utama sambil skuad Peteh mahu menurunkan kesebelasan […]

Ulsan Hyundai Tewas Mengejut Sebelum Lawan JDT

Pasukan K1 League, Ulsan Hyundai menerima tamparan hebat selepas tewas mengejut kepada Gawangju pada aksi ke-30 liga. Skuad bimbingan Hong Myung-bo turun dengan kesebelasan terbaik di gelanggang lawan dalam misi mencuri mata penting. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gwangju itu menyaksikan aksi babak pertama berlangsung dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan. Aksi babak pertama tamat […]

Nazmi Faiz: JDT Takkan Berhenti Di Sini

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor yakin pasukannya tidak akan mudah merasa selesa selepas berjaya menundukkan Perak dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia. Pemain berusia 28 tahun itu dimasukkan selaku pemain gantian dan melakukan impak segera termasuklah menjaringkan satu gol untuk membawa kepada kemenangan besar 4-1 di laman lawan. Mengulas lanjut, […]

Ulsan Hyundai Hadapi Detik Getir Berdepan JDT

Wakil K-League 1, Ulsan Hyundai berdepan saat sukar untuk mengekalkan momentum apabila mengharungi ujian hebat menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pasukan gergasi Korea Selatan itu sedang menempuhi detik penting dalam liga bagi memburu kejuaraan pada musim ini. Ulsan bakal menghadapi cabaran pasukan tangga ketiga liga, Gwangju pada 21 Oktober 2023 dalam misi untuk […]

Piala Malaysia: JDT Selangkah Ke Final, Mudah Belasah Perak

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selangkah ke final Piala Malaysia 2023 apabila menewaskan Perak dengan keputusan 4-1. Aksi yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan Harimau Selatan menjaringkan gol awal menerusi tandukan pertahanan kiri, Oscar Arribas selepas menerima hantaran cantik oleh Heberty pada minit ke-7. Arif Aiman Hanapi menggandakan kedudukan pasukan pelawat apabila mudah […]

Palestin Bakal Kembali Beraksi Di Malaysia?

Selepas tidak dapat menyertai Pestabola Merdeka 2023 akibat konflik Israel-Palestin pada 7 Oktober lalu, Palestin mempunyai peluang kembali beraksi di Malaysia. Ini susulan keputusan kerajaan menawarkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai venue neutral Singa Kanaan untuk aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Belia dan […]

Kapten Perak Tampar Muka Matthew Davies

Aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertukar tegang apabila tindakan kapten tuan rumah, Luciano Guaycochea menampar Matthew Davies jadi perhatian. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula baik namun dua gol awal Harimau Selatan merentap semangat The Bos Gaurus. Tatkala perlawanan babak […]