Elias Dolah Kongsi Sebab Memilih Thailand Berbanding Malaysia

Bek tengah Bali United dari Thailand, Elias Dolah memilih mewakili negara itu atas sebab kaum keluarganya termasuk bapanya memiliki kerakyatan Thailand. Lahir di Sweden, Elias berpeluang mewakili tiga negara sebagai pemain bola sepak iaitu Thailand, Malaysia dan Sweden. Ini kerana ibu dan bapanya masing-masing berstatus warga Sweden dan Melayu Thai yang berasal dari Narathiwat, Thailand. […]
Hoki Piala Sultan Johor: Malaysia Akhirnya Raih Kemenangan Pertama

Kemenangan yang dicari skuad hoki B-21 Malaysia akhirnya muncul dalam aksi penentuan tempat ketujuh/kelapan Piala Sultan Johor 2023. Malaysia menamatkan kempen edisi 2023 dengan menewaskan Afrika Selatan 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya. The Young Tigers melihat perlawanan hari ini sebagai peluang terakhir meraih kemenangan dalam Piala Sultan Johor 2023 selepas tewas 7-4 kepada Great […]
Lee Tuck Bawa Haluan Baru Selepas Tinggalkan Liga Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck berkongsi haluan baharu yang diceburinya selepas tidak lagi bersama mana-mana pasukan di Liga Malaysia. Bintang berusia 36 tahun itu kali terakhir menyarung jersi Kedah Darul Aman FC namun membuat keputusan untuk menamatkan kontrak lebih awal atas persetujuan bersama. Beliau juga membuat keputudan untuk pulang ke negara kelahirannya, England sekaligus menguatkan […]
Siaran Langsung Piala Malaysia: Terengganu vs KL City, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua menyaksikan pasukan Terengganu bakal menerima kunjungan KL City bagi merebut slot ke final Piala Malaysia. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner memiliki kelebihan satu gol selepas meraih kemenangan 2-1 di laman lawan. The City Boys sudah pasti mahu menamatkan rentetan kekalahan […]
Giancarlo Gallifuoco Mahu Saksikan Kebangkitan Terbaik Di Terengganu

Pertahanan kental pasukan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco optimis dengan kepulangan tiga tonggak utama pasukan yang mampu memberikan nilai tambah dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Beliau dan rakan sepasukan tidak mahu melepaskan peluang berharga ini untuk sekali lagi mara ke final selepas melakukannya pada aksi Piala FA. Ketika ini, The City Boys ketinggalan […]
Matthew Davies Lengkapkan Penampilan Ke-100 Buat JDT

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies merekodkan satu kejayaan bermakna buat pasukan apabila membuat penampilan ke-100 bersama pasukan. Pemain berusia 28 tahun itu telah menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun 2020 mengumpul kaps ke -100 ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 menentang Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 November […]
Kim Pan-gon Puas Hati Keadaan Terkini Padang SNBJ

Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan-gon berpuas hati dengan keadaan terkini padang di Stsdium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Korea Selatan itu meletakkan harapan besar agar aksi pertama berdepan Kyrgyzstan dapat dilangsungkan di gelanggang […]
Syafiq Ahmad Hanya Perlukan 5 Minit Kembali Meledak

Kemasukan penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad terus menceriakan kem pasukan untuk melangkah ke final Piala Malaysia 2023. Pemain berusia 27 tahun itu dimasukkan oleh ketua jurulatih, Tano Solari pada babak kedua untuk menggantikan Fernando Forestieri. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang dimiliki di hadapan gawang setelah masuk pada minit ke-57 perlawanan. Syafiq bijak […]
Hoki Sultan Johor: Britain Hentikan Perjuangan Malaysia

Penyakit lambat panas dan benteng pertahanan rapuh sekali lagi merugikan skuad hoki junior Malaysia dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan Piala Sultan Johor hari ini. Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur kepada Great Britain dengan kekalahan 7-4. Penyakit lambat panas terus menghantui The Young Tigers apabila mereka ketinggalan pada minit kelima menerusi Matthew Hughson. […]
Siaran Langsung Piala Malaysia: JDT vs Perak, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Juara bertahan Piala Malaysia, JDT berdepan tugas besar untuk ke final sekali lagi apabila berdepan cabaran Perak malam ini. Pasukan kendalian Tano Solari merekodkan kemenangan 4-1 di gelanggang lawan dan membawa momentuk terbaik di laman sendiri. Anak buah Yusri Che Lah sudah pasti mahu memberika tentangan terbaik untuk membenam cabaran lawan selain mencipta keajaiban. Kesebelasan […]
“Ada Sebab Terengganu Iringi JDT Ke Asia”

Persembahan yang ditonjolkan oleh wakil Malaysia di Asia, Terengganu FC meraih perhatian pemain berpengalaman yang beraksi buat kelab Filipina, Stallion Laguna. Menerusi satu kenyataan pada pra perlawanan tenpoh berdepan Terengganu tempoh hari, pemain yang dimaksudkan ialah kapten pasukan Stallion Laguna, Mattew Nierras yang mengagumi kekuatan pasukan Pantai Timur itu. “Apabila kami melihat Terengganu berjaya menewaskan […]
Khalid Samad Nafi Tunggakan Gaji KL City Cecah 4 Bulan

Isu yang membelenggu pasukan Liga Super 2023, KL City FC hangat diperdebatkan selepas berita mengenai tunggakan gaji mencecah 4 bulan disahkan tidak benar. Menerusi satu kenyataan bersama pihak pengurusan tertinggi kelab hari ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjelaskan bahawa pasukan itu tidak pernah mengalami tunggakan gaji dalam tempoh yang begitu lama. […]
Hong Wan & Feroz Disisihkan Dari Tugasan Kebangsaan Bersebab

Punca dua pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) disisihkan dari tugasan kebangsaan dengan alasan yang cukup kukuh sekaligus menyaksikan Malaysia terlepas khidmat dua pemain berbakat. Perkara ini disuarakan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ dalam satu wawancara bersama Nindia Bola tentang beberapa halangan yang menyebabkan sesetengah pemain JDT terpaksa pulang […]
Pernah Dibenci Satu Malaysia, Pengadil Ini Terima Penghargaan AFC

Pengadil dari Australia, Christopher Beath telah menerima pengiktirafan dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam Anugerah AFC 2022 bagi kategori Anugerah Khas Pengadil. Selain Beath, anugerah tersebut juga diberikan kepada dua lagi pembantu pengadil dari Australia iaitu Ashley Beecham dan Anton Shchetinin. Manakala bagi video bantuan pengadil (VAR) diberikan kepada pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), […]
“Nak Pintas PDRM Pun Tak Lepas”

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mengakui pasukannya tidak berupaya untuk memintas kedudukan pasukan di atas mereka walaupun pasukan PDRM pada musim ini. Pengendali berpengalaman itu menyaksikan pasukan bimbingannya tewas kepada Kedah Darul Aman dengan keputusan 3-0. Menerusi penjelasan kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau berpuas hati dengan kemampuan pasukannya beraksi sungguhpun menghadapi […]
Hoki Piala Sultan Johor: Pakistan Tamatkan Tentangan Sengit Malaysia

Skuad hoki B-21 Malaysia menamatkan kempen Kumpulan B Piala Sultan Johor tanpa kemenangan selepas kalah tipis 3-2 kepada Pakistan dalam aksi terakhir kumpulan hari ini. Dengan peluang layak ke separuh akhir Piala Sultan Johor sudah tertutup, kemenangan dicari bagi menebus maruah The Young Tigers. Manakala Pakistan pula berharap dapat merekodkan kemenangan besar bagi membolehkan mereka […]