Matthew Davies: Malaysia Mahu Bangkit Semula

Bek kanan skuad senior Malaysia, Matthew Davies berharap dapat menjadikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan esok sebagai medan kebangkitan mereka. Malaysia sebelum ini kecewa apabila tewas 2-0 di tangan Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka pada bulan lalu. Kekalahan itu sekaligus menamatkan rekod tujuh perlawanan tanpa kalah Harimau Malaya di pentas antarabangsa sejak […]

“Semua Yang Saya Kenal Berikan Maklumat Tentang Malaysia” -Štefan Tarkovič

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič mahu memastikan bahawa kemenangan mampu menjadi milik pasukannya berdepan Malaysia di Bukit Jalil. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara pasukan Malaysia dan Kyrgyzstan mencuri tumpuan tatkala kedua-dua pasukan memburu tiga mata. Skuad kendalian Kim Pan-gon mahu memanfaatkan aksi di laman sendiri berdepan pasukan ke-96 dunia itu. Jurulatih kelahiran […]

Detik Cemas Azlan Alias Hampir ‘Libas’ Petugas Sukan Asia

Detik cemas antara momen yang boleh diulang tayang pada aksi Sukan Asia apabila pemain handalan takraw negara, Azlan Alias hampir terlibas petugas semasa beraksi. Situasi ini terjadi ketika aksi final takraw di Sukan Asia, Hangzhou yang menyaksikan skuad negara membawa pulang dua pingat perak selepas tewas kepada Thailand. Perjuangan hebat Malaysia yang cuba bangkit untuk […]

“Apabila Turun Berjuang, Kita Tidak Fikir Untuk Kekalahan” – Faisal Halim

Pemain sayap lincah skuad negara, Faisal Halim baru-baru ini mendedahkan kehebatan dan kredibiliti yang dimiliki jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Faisal berpendapat bahawa Pan-gon merupakan jurulatih yang terbaik pernah melatih dirinya sejak berkecimpung di dalam arena bola sepak profesional. “Selama saya bermain bola untuk 8 tahun di peringkat profesional, coach Kim (Pan-gon) adalah jurulatih yang […]

Jurulatih Kyrgyzstan Kumpul Data Lengkap Pemain Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan telah mengumpul maklumat lengkap tentang kekuatan sebenar pemain Malaysia menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan pembukaan peringkat kumpulan itu menjadi detik penting buat anak didik Kim Pan-gon dalam misi memburu tiga mata pertama. Persiapan rapi pasukan lawan terutamanya selepas mendapat sentuhan 12 pemain utama […]

Darren Lok Harap Aura Pestabola Merdeka Menjelma Berdepan Kyrgyzstan

Penyerang Sabah FC, Darren Lok berharap aura aksi Pestabola Merdeka dapat diulangi Malaysia bila menentang Kyrgyzstan. Malaysia mempamerkan aksi cemerlang semasa Pestabola Merdeka 2023 dengan mengalahkan India 4-2 dalam aksi pertama kejohanan. Biarpun skuad negara kecundang 2-0 di tangan Tajikistan pada aksi final, sokongan padu Ekor Harimau Malaya amat dihargai mereka. Justeru, Darren mengharapkan penyokong […]

Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Lepasi Halangan Pertama

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melepasi pusingan pertama Japan Masters 2023 hari ini. Ini selepas regu yang berstatus pilihan kelapan kejohanan itu berjaya mengatasi cabaran rakan senegara, Man Wei Chung dan Tee Kai Wun. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dianggap seimbang kerana menang sekali daripada dua pertemuan […]

Dion Cools & Junior Eldstal Ceriakan Persiapan Malaysia

Persiapan Malaysia menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Kyrgyzstan diserikan dengan kepulangan dua tonggak penting negara iaitu Dion Cools dan Junior Eldstal. Skuad kendalian Kim Pan-gon dalam fasa akhir menjelang sepak mula berdepan pasukan ke-96 dunia itu di laman sendiri. Kepulangan dua watak penting negara itu jelas mengukuhkan lagi persiapan pasukan dalam misi meraih […]

Kelab Iran ‘Mengamuk’, Catat Rekod Baru ACL

Kelab Iran, Sepahan SC kini merekodkan satu lagi pencapaian baik sebagai wakil negara tersebut di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Pasukan tersebut berada dalam Kumpulan C ACL dan berdepan ujian hebat daripada gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad, Al-Quwa dan AGMK. Skuad kendalian Jose Morais bagaimanapun memahat satu rekod penting di Asia selepas berjaya membelasah […]

Harimau Malaya Tagih Sokongan Padu Penyokong Di Laman Sendiri

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan, Harimau Malaya mengharapkan sokongan padu penyokong bila turun beradu pada 16 November ini. Bagi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, sokongan padu penyokong penting bagi membolehkan skuad negara memulakan kempen Kumpulan D dengan langkah kanan. Ini kerana jika skuad negara dapat melakukannya dengan bantuan para penyokong, ia […]

Jalil Elías Bakal ‘Pintas’ Jordi Amat

Kedudukan pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat selaku pemain termahal di Liga Super bakal dipintas oleh seorang lagi bakal rakan sepasukannya iaitu Jalil Elías. Berita mengenai perpindahan pemain kelahiran Argentina itu sudah pun tular di media sosial selain disahkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ. Beliau akan menjadi pemain baharu JDT bagi […]

Stuart Wilkin Sedia Bersaing Dengan Afiq Fazail

Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin tidak merasa tercabar dengan kehadiran rakan seposisi dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Afiq Fazail dalam skuad Harimau Malaya. Ini kerana kehadiran pemain berusia 29 tahun itu mencetuskan persaingan sihat dalam merebut posisi di bahagian tengah. Tidak kira siapa yang dipilih untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang […]

Juan Torres Laung Amaran Awal Kepada Pemain Malaysia

Pengendali baharu pasukan kebangsaan b-23 negara, Juan Torres Garrido memberikan peringatan awal kepada para pemain muda negara berkenaan tempat dalam pasukan menjelang Piala Asia U23 tahun hadapan. Jurulatih kelahiran Sepanyol itu memgambil alih peranan untuk melatih pasukan muda negara selepas dilepaskan oleh pengendali terdahulu, E. Elavarasan. Beliau menegaskan bahawa tiada ‘anak emas’ dalam skuad bimbingannya […]

Syihan Hazmi Pamer Adab Tinggi, Layan Peminat OKU Penuh Santun

Gelagat penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi menyantuni peminat Kelainan Upaya (OKU) menyentuh hati ramai. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting di bawah kendalian Tano Solari selepas berjaya membantu pasukan untuk merangkul Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super 2023. Tindakan anak jati Kelantan ini yang melayan permintaan peminat […]

“Kelayakan Piala Dunia Amat Penting Buat Malaysia” -Hamidin

Fokus pasukan Malaysia kini tertumpu kepada persiapan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026 dalam misi menyalakan harapan ke Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Perkara ini ditekankan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin tentang kepentingan para pemain dan peminat untuk kekal memberikan sokongan kepada barisan pemain Harimau Malaya. “Sokongan padu […]

Sentuhan Bekas Pemain Kedah Ditagih Kyrgyzstan Hadapi Malaysia

Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Malaysia dan Kyrgyzstan Khamis ini, beberapa penambahbaikan telah diatur buat skuad kebangsaan Kyrgyzstan. Antaranya ialah melantik pembantu jurulatih yang baharu. Pembantu jurulatih kepada Stefan Tarkovic itu adalah merupakan bekas pemain Kedah untuk musim 2019 iaitu Edgar Bernhardt. Edgar Bernhardt bukanlah nama yang asing buat arena bola sepak […]