TMJ: Diam Lebih Baik

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ menzahirkan pandangan baginda mengenai perjalanan skuad Malaysia yang mengharungi kempen cemerlang bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini. Baginda memberikan pandangan ikhlasnya pada ruangan komen laman Ekor Harimau Malaya apabila terdapat hantaran yang mengulas tentang gol pertama Malaysia oleh Dion Cools. Laman tersebut menghuraikan […]
Corbin Ong: Kita Akan Bawa Tiga Mata Pulang Ke Malaysia

Bek kiri Malaysia, La’Vere Corbin Ong melihat misi meraih kemenangan ke atas Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D sebagai sesuatu yang boleh dicapai. Ini kerana dengan kualiti yang dimiliki Harimau Malaya, usaha mendapatkan tiga mata penuh tidak mustahil boleh dicapai. Biarpun mengakui The Blue Wings merupakan satu pasukan yang kuat, kemenangan yang diraih Kyrgyzstan pada […]
Malaysia Berpeluang Lonjak Ke Kelompok 120 Terbaik Dunia Lebih Awal

Pasukan kebangsaan Malaysia telah dibantu oleh kekalahan negara Afrika sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke kelompok 120 terbaik dunia lebih awal. Harimau Malaya mencatatkan kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November lalu. Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon memperoleh tambahan +15.49 mata FIFA untuk […]
Azizulhasni Awang Muncul Juara Keirin Yayasan Sime Darby

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat berada pada landasan tepat untuk menggalas cabaran negara di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Ini selepas Azizul menjulang gelaran juara keirin Kejohanan Grand Final Siri Trek Yayasan Sime Darby. Kejayaan itu diraih di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan hari ini. Beliau mengetepikan cabaran seorang lagi jaguh basikal […]
Kim Pan-gon Mampu Pecah Rekod Di Taiwan

Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mampu mencipta sejarah sekali lagi menjelang aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan pada 21 November ini. Sebelum ini Pan-gon berjaya memecahkan rekod 19 tahun membawa Malaysia menewaskan pasukan yang berada di ranking 100 ke atas iaitu Krygyzstan yang berada di ranking ke-97 dunia. Kali terakhir Malaysia berjaya […]
“Baru Dua Hari, Nampak Potensinya Besar”

Pengurus skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar teruja melihat kedatangan seorang lagi pemain warisan Malaysia yang memiliki potensi besar yang amat baik iaitu Richard Chin. Pemain berusia 21 tahun itu menjadi antara pemain idaman untuk membarisi skuad muda negara kerana pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah. Pemain kelahiran Malaysia-England […]
Dion Cools: Jika Argentina Ada 5 Messi, Sudah Tentu Lebih Mudah

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools optimis untuk meneruskan momentum cemerlang bagi menghadapi perlawanan kedua berdepan Taiwan bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026. Kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan jelas menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk meneruskan rentak cemerlang. Pemain berusia 27 tahun yakin ranking tidak memjadi penentu kepada pasukan yang berlawan kerana para pemain […]
Speedy Tigers Berdepan Ujian Berat Hadapi Australia

Skuad hoki Malaysia Speedy Tigers A bakal memulakan usaha mempertahankan Piala Mirnawan Nawawi dengan turun menentang Australia All Star esok. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fateen Shazwani Ruzaiman hari ini di X. Selain mereka, Malaysia turut memiliki satu lagi wakil dalam kejohanan iaitu Malaysia Speedy Tigers B. Dua pasukan ini dihantar oleh Konfederasi […]
Penganalisis Ini Kongsi Bagaimana Dion Cools Boleh Jaringkan Dua Gol

Umum mengetahui pemain bintang Malaysia, Dion Cools berjaya meledak dua gol dalam kemenangan bermakna 4-3 Malaysia ke atas Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari. Tetapi bagaimana jaringan itu terjadi? Seorang pengalanisis taktikal, Shaiful Shazwan telah berkongsikan mengenai bagaimana dua gol Dion Cools itu boleh dihasilkan. Situasi gol pertama Dion Cools minit ke-7 […]
Sikap Menyentuh Hati Pemain Malaysia Jadi ‘Payung Teduh’ Kanak-Kanak Pengiring

Perlawanan antara Malaysia dan juga Kyrgyzstan bukan sahaja bermakna apabila skuad negara berjaya melakar kemenangan, namun tindakan bermoral para pemain turut diberi perhatian. Langkah setiap pemain diperhatikan sejak kali pertama masuk ke atas padang untuk memulakan aksi. Perlawanan yang berlangsung dengan hujan renyai pada awalnya telah mempamerkan sisi berbeza para pemain terhadap kanak-kanak pengiring yang […]
“Ini Perlawanan Yang Tidak Masuk Akal” – Dion Cools

Pemain terbaik perlawanan, Dion Cools menyifatkan kemenangan dramatik ke atas Kyrgyzstan sebagai perlawanan yang tidak masuk akal baginya. “Sejujurnya saya tidak menyangka kita akan menang dalam perlawanan ini. Perlawanan yang tidak masuk akal. Saya rasa semua pemain mula hilang semangat termasuk saya namun kami berjaya bangkit.” ujar Cools. Pertahanan tengah Malaysia itu juga berterima kasih […]
Penyokong Puas Hati Keadaan Padang Terkini SNBJ, Terima Kasih TMJ

Keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam menjadi antara sebab penting yang membolehkan Malaysia memperagakan aksi terbaik untuk menewaskan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3. Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih perlu diberikan kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) atas jasanya untuk menawarkan penukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit […]
Kim Pan-gon Lanjut Kontrak Bersama Harimau Malaya

Berita gembira buat penyokong Harimau Malaya apabila Kim Pan-gon sah melanjutkan kontrak lanjutan selama 2 tahun selaku ketua jurulatih Malaysia. Kontrak Kim Pan-gon bersama Harimau Malaya bakal tamat pada Januari tahun hadapan setelah beliau bersetuju menanda tangan kontrak 2 tahun bersama Malaysia pada awal Januari 2022 yang lalu. Pelanjutan kontrak ini menyaksikan Kim Pan-gon akan […]
Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Ke Separuh Akhir, Tewaskan Regu Taiwan

Beregu lelaki profesional Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menjadi satu-satunya wakil Malaysia di pentas separuh akhir Japan Masters 2023 yang berlangsung esok. Ini selepas regu nombor 12 dunia itu berjaya menewaskan wakil Taiwan, Lee Fang-Chih dan Lee Fang-Jen dalam aksi suku akhir yang berlangsung pada hari ini. Yew Sin-Ee Yi memiliki kelebihan dalam […]
Kelayakan Piala Dunia: Malaysia & Vietnam ‘Wakil Terbaik’ Asia Tenggara Untuk ‘Matchday 1’

Malaysia dan Vietnam muncul wakil terbaik buat pasukan Asia Tenggara untuk perlawanan pertama bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026. Malaysia yang bangkit menewaskan Kyrgyzstan 4-3 berjaya meraih 3 mata pertama dan berkongsi mata dengan Oman untuk mendahului kumpulan D. Vietnam pula tampil tenang menewaskan Filipina untuk sama-sama meraih 3 mata berharga bersama Iraq dalam kumpulan […]
Dion Cools Dalam Kalangan Penerima Gaji Tertinggi Di Buriram United

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools dilaporkan antara pemain yang menerima gaji tertinggi buat kelab Buriram United bagi musim 2023. Penyerang kelahiran Slovenia, Haris Vučkić muncul penerima gaji tertinggi apabila menerima £8,200 seminggu diikuti pemain tengah bertahan, Goran Čaušić dengan bayaran £7,200 seminggu. Menurut laman web Salary Sport, Dion Cools meraih gaji sebanyak £5,400 seminggu bersamaan […]