Rumput Baru SNBJ Berubah Warna

Keadaan terkini rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil mencuri perhatian selepas kelihatan berubah warna berbanding keadaannya kali terakhir pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Permukaan padang tersebut mendapat perhatian ramai sejak kali pertama ditukar pada aksi Pestabola Merdeka 2023. Pelbagai respon diterima ketika itu disebabkan rumput yang masih belum matang sekaligus menyebabkan tedapat beberapa kawasan […]

Musim 2023, Faisal Halim & Arif Aiman Sama Hebat

Keampuhan duo berbisa Malaysia, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim telah membantu Malaysia untuk menggapai pencapaian hebat pada musim 2023. Dua pemain ini menjadi sandaran utama pasukan kebangsaan pada tahun ini termasuklah ketika Harimau Malaya merakamkan kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Persembahan ampuh dua tunjang utama ini dengan […]

JDT Tinggal Dua Peluang Capai Angka 100

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki peluang berharga untuk merekodkan 100 jaringan di pentas liga musim ini. Pasukan bimbingan Tano Solari merakamkan kemenangan ke-23 musim ini di hadapan penyokong setia Harimau Selatan yang membanjiri Stadium Sultan Ibrahim. Dua jaringan hasil ledakan Bergson dan Juan Muniz sudah cukup untuk memastikan tiga mata […]

Liga Super: JDT Kekalkan Momentum Cemerlang Tewaskan Kuching City

Aksi ke-24 Liga Super 2023 menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan bimbingan Tano Solari melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan dengan pemain seperti Syahmi Safari dan Farizal Marlias kembali dalam skuad utama. JDT mempamerkan aksi garang apabila menguasai perlawanan seawal […]

Mentaliti Harry Maguire Jadi Inspirasi Junior Eldstal

Pertahanan tengah Malaysia, Junior Eldstal mengakui kagum dengan mentaliti yang dipamerkan pertahanan elit Manchester United iaitu Harry Maguire. Walaupun sentiasa menerima kecaman oleh penyokong, Maguire tidak mudah melatah dan kekal tenang sehinggakan beliau kembali meraih tempat selaku pemain utama United musim ini. “Kalau saya tengok Harry Maguire sebagai contoh, saya lihat dalam media sosial beliau […]

Piala Asia B-23: Malaysia Hadapi Tentangan Vietnam & Uzbekistan

Skuad bawah 23 tahun Malaysia berdepan ujian mencabar apabila diundi bersama tiga negara besar iaitu Vietnam, Uzbekistan dan juga Kuwait di Piala Asia B-23. Undian yang berlangsung di Al Bustan Ballroom, Wyndham Doha West Bay di Doha, Qatar menyaksikan perjalanan hebat yang bakal ditempuhi oleh anak buah Juan Torres Garrido. Undian tersebut menyaksikan Malaysia diundi […]

Siaran Langsung Undian Piala Asia U23: Malaysia & Indonesia Dalam ‘Pot’ 4

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila undian bagi Aksi Piala Asia U23 bakal berlangsung hari ini. Tumpuan terarah kepada kedudukan Malaysia yang diletakkan dalam balang 4 bersama musuh tradisi, Indonesia dalam misi melakar kejutan di Piala Asia U23. Balang 1: Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Jepun. Balang 2: Australia, Iraq, Vietnam dan Republik Korea Balang […]

Niger ‘Potong’ Kedudukan Malaysia

Ranking FIFA Malaysia: Skuad kebangsaan Malaysia kembali menghuni tangga ke-130 dunia, turun satu tangga selepas dipintas oleh Niger pada saat akhir. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 yang amat cemerlang selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya memperoleh tambahan +26.1 mata untuk merekodkan […]

Kata-Kata Jurulatih Chinese Taipei Makan Diri Sendiri

Keberanian ketua jurulatih pasukan kebangsaan Chinese Taipei, Gary White sebelum perlawanan akhirnya makan diri sendiri selepas pasukannya tewas kepada Malaysia. Jurulatih kelahiran England itu melaungkan keyakinan tinggi bahawa Harimau Malaya bakal melalui pengalaman sukar apabila beraksi di gelanggang keramat Chinese Taipei. Pasukan ke-152 dunia itu yakin aura penyokong kuat mereka di laman sendiri mampu menghukum […]

JDT Unggul Lahirkan Pelapis Kelas Pertama Buat Bola Sepak Malaysia

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai pengeluar bakat muda terbaik di Malaysia sekaligus membantu skuad negara memperagakan aksi cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia. Skuad Harimau Selatan menjadi kelab Malaysia paling berjaya dekad ini dengan pelbagai pencapaian bertaraf elit yang dikecapi sama ada dalam mahupun luar padang hasil usaha DYAM […]

Giancarlo Gallifuoco Tinggalkan Musim 2023 Lebih Awal

Tonggak pertahanan KL City FC, Giancarlo Gallifuoco terpaksa melupakan hasrat bagi membantu pasukannya di Liga Super 2023 apabila disahkan mengalami kecederaan yang agak serius. Pemain kelahiran Australia itu merupakan tunjang utama di bahagian pertahanan The City Boys sejak beberapa musim kebelakangan ini terpaksa menghabiskan saingan musim ini lebih awal susulan kecederaan. Perkara ini dikongsikan menerusi hantaran […]

Malaysia Negara Asia Paling Banyak Raih Mata FIFA, Ke-3 Dunia

Malaysia melakar satu lagi kejayaan yang membanggakan apabila berjaya menjadi negara Asia paling banyak memungut mata FIFA bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon merakamkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan sekaligus meletakkan pasukan pada tangga pertama Kumpulan D dengan 6 mata. Harimau Malaya memungut tambahan +26.1 mata FIFA untuk menjadikan mata […]

“TMJ Pencetus Segala Perubahan Bola Sepak Malaysia”

Pemain sayap Malaysia, Faisal Halim mengakui kemajuan yang dicapai skuad negara hari ini tidak akan berlaku tanpa jasa DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Perkara ini dinyatakan beliau kepada wartawan Flash Sukan, Firdaus Johari selepas Malaysia berjaya mengalahkan Taiwan semalam. Pemain sayap Selangor FC itu menyifatkan TMJ sebagai pemangkin perubahan yang […]

Lesen Kelantan Ditangguhkan, Ini 13 Kelab Bagi Saingan Liga Super 24/25

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa 10 kelab berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan manakala 3 lagi kelab diberikan Lesen Kebangsaan berserta hukuman menyaksikan mereka layak bertanding dalam saingan Liga Super 2024-2025. Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif telah diadakan pada 18 Oktober […]

Malaysia Perlukan Enam Mata Lagi

Dua kemenangan berturut-turut yang diraih Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menjadikan Malaysia kini menjadi pendahulu Kumpulan D dengan 6 mata. Pada aksi sulung, Malaysia berjaya menumbangkan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 dalam satu perlawanan menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil dan semalam, Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Taiwan di gelanggang lawan. Jurulatih Malaysia, […]

“Bola Sedikit Ringan, Padang Sedikit Keras” – Kim Pan-gon

Kemenangan 1-0 Malaysia ke atas Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam ternyata bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Ini kerana, keadaan padang yang sedikit keras mengganggu rentak permainan Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon. Namun Pan-gon akui tidak boleh menjadikannya sebagai alasan kerana Malaysia dan Taiwan menggunakan padang yang […]