Siaran Langsung ACL: JDT vs BG Pathum United, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan ke-6 peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) bakal menyaksikan pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan wakil Thailand, BG Pathum United. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan kedua-dua pasukan mahu memberikan persembahan terbaik dengan BG Pathum optimis untuk meraih mata pertama di laman lawan. Anak buah Tano Solari fokus untuk […]

Malaysia Bakal Bertemu Palestin Di Qatar?

Nampaknya hajat Malaysia menentang Palestin dalam aksi persahabatan antarabangsa berkemungkinan jadi kenyataan. Pemerhati bola sepak negara, Piang Shankly mendedahkan salah satu aksi pemanas badan yang dirancang bakal dilalui Harimau Malaya sebelum Piala Asia 2023 ialah Palestin. Sekiranya perancangan ini dapat direalisasikan, aksi persahabatan ini bakal diadakan di Doha, Qatar sebelum kejohanan bermula. Ini sedikit sebanyak […]

Roberto Mancini ‘Punca’ Arab Saudi Tolak Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini difahamkan menjadi watak penting yang menyebabkan pertemuan antara Malaysia san gergasi Asia itu dibatalkan. Harimau Malaya sebelum ini bercadang untuk bertemu dengan pasukan ke-56 dunia itu dalam satu aksi persahabatan pada bulan Januari sebagai persediaan ke Piala Asia. Hasrat tersebut bagaimanapun tertangguh selepaa Arab Saudi memilih tiga […]

Amin Rahim: Malaysia Lakukan Banyak Kesilapan Mudah

Jurulatih skuad hoki remaja Malaysia, Amin Rahim mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki menjelang aksi crossover tempat kesembilan hingga ke-12 Piala Dunia Remaja 2023 menentang Belgium pada Rabu ini. Malaysia meraih kemenangan 4-1 ke atas Mesir dalam aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16. Biarpun keputusan tersebut tampak selesa, hakikatnya The Young Tigers banyak melakukan […]

Aksi Malaysia & Arab Saudi Tidak Menjadi Kenyataan

Pertembungan antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan tidak menjadi kenyataan. Menerusi satu laporan oleh Asean Football, perlawanan yang sudah dirancang lebih awal itu difahamkan tidak akan diteruskan selepas wakil Asia di Piala Dunia 2022 itu memilih tiga negara lain. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin […]

Korea Selatan Hadapi Pasukan Ke-63 Dunia Sebelum Bertemu Malaysia

KFA

Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mahu memastikan anak buahnya bersedia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 apabila mengadakan satu lagi aksi persahabatan berdepan pasukan ke-63 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang amat memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Harimau […]

Dion Cools Terselamat Dari Hukuman Berat

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools terselamat daripada hukuman berat yang dikenakan oleh Konferderasi Bola Sepak Asia (AFC). Pemain berusia 27 tahun itu beraksi ketika pasukan Thailand itu berdepan wakil China, Zheijang ketika tewas tipis 3-2. Aksi tersebut bagaimanapun diserikan dengan insiden besar yang melibatkan pergaduhan antara Cools dan pemain Zheijang yang kelihatan berada dalam […]

FAM: Kenyataan Pengerusi Pengadil FIFA Adalah Palsu

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa kenyataan yang dikatakan datang dari Presiden Pengadil FIFA, Pierluigi Collina yang dikatakan kecewa dengan mutu pengadilan final Piala Malaysia 2023 adalah palsu. Khabar yang tular dalam kumpulan bola dan juga laman tertentu itu disahkan bukan daripada kenyataan rasmi oleh FIFA sehingga menimbulkan kekeliruan orang ramai. “Dalam satu lagi […]

BG Pathum Bermain Dalam Fikiran Tano Solari

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Tano Solari mengakui tidak boleh bergembira terlalu lama selepas pasukannya bakal menghadapi saingan sengit daripada kelab Thailand, BG Pathuk United. Pengendali kelahiran Argentina itu menikmati musim cemerlang apabila membantu Harimau Selatan meraih 4 trofi bagi musim 2023 dengan kemenangan berdepan Terengganu melengkapkan koleksi trofi musim ini. Sungguhpun berpuas […]

Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Kembali ‘Mengaum’, Sekat Kemaraan Mesir

Skuad hoki remaja negara bangkit dari kekecewaan gagal layak ke suku akhir apabila mudah menewaskan Mesir dalam aksi kualifikasi 9-16 Hoki Piala Dunia Remaja 2023 Malaysia yang turun dengan seragam kuning hitam mula menyerang sejak minit pertama permainan dalam misi mencari gol awal berjaya mendahului menerusi Harris Osman seawal minit kelapan. Mesir cuba bangkit untuk […]

Liga Super: PDRM Bermaharajalela Belasah Kelantan

Perlawanan Liga Super ke-25 antara pasukan PDRM dan Kelantan FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah. Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan barisan muda The Red Warriors memberi tentangan hebat kepada juara MFL Challenge Cup 2023 di gelanggang lawan. Sungguhpun asakan awal dilakukan oleh pasukan pelawat hampir membuahkan hasil, The Kops terlebih dahulu […]

Azam Azmi Sertai JDT?

Pertahanan kental Terengganu FC, Azam Azmi kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2024. Pemain berusia 22 tahun itu beraksi dengan cukup cemerlang dalam dua musim kebelakangan ini sekaligus menyaksikan beliau menjadi pilhan utama pada posisi pertahahan kanan. Desas-desus mengenai masa depan beliau kembali menjadi bualan hangat susulan beberapa spekulasi yang […]

Bakat Baru: Pemain Malaysia-Belanda, Noah Leembruggen Kukuhkan Langkah di Eropah

Malaysia berpotensi mempunyai seorang lagi pemain kacukan kelahiran Belanda, Noah Leembruggen yang kini mengukuhkan langkah di pentas bola sepak Eropah. Pemain berusia 18 tahun ini mula meraih perhatian selepas laman Frfuturetalents memaklumkan tentang perkembangan terkini pertahanan kanan kelahiran Belanda ini. Beliau yang juga merupakan bekas pemain Akademi Ajax memiliki hubungan tiga kewarganegaraan iaitu Malaysia, Belanda […]

Faisal Halim Buka Mulut Mengenai Masa Depannya Di Selangor

Pemain sayap lincah pasukan Selangor FC, Faisal Halim membuka mulut mengenai masa depannya bersama pasukan tersebut tatkala saingan menuju ke akhir musim. Bintang berusia 25 tahun itu menjadi watak penting buat The Red Giants dan Malaysia pada musim ini apabila membantu Selangor layak ke pentas Asia pada tahun hadapan. Beliau juga merupakan sandaran utama di […]

Jalil Elias Datang Ke Malaysia Lebih Awal

Perancang tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias kini dalam perjalanan menuju ke Malaysia lebih awal. Pemain berusia 27 tahun itu bakal menjadi sandaran terbaru pasukan bimbingan Tano Solari untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Beliau yang beraksi di divisyen utama Liga Primera Argentina bersama San Lorenzo menjadi watak penting buat pasukan musim ini selepas […]

Dua Pemain JDT Bakal Sertai Perak?

Khabar angin mengenai berita perpindahan pemain utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke kelab lain mula bertiup kencang apabila terdapat ura-ura yang mengaitkan beberapa pemain ke Perak. Berita ini mula tular sejak beberapa hari lalu selepas difahamkan terdapat percaturan yang mahu dilaksanakan oleh skuad Harimau Selatan bagi memantapkan musim baharu. Menerusi satu perkongsian oleh wartawan […]