Melaka Kembali Ke Liga Super?

Hasrat untuk melihat saingan tahun hadapan lebih rancak mungkin bakal direalisasikan apabila Melaka difahamkan akan kembali beraksi di kancah Liga Super Malaysia pada musim hadapan. Perkara ini telah dikongsikan oleh peguam sukan terkemuka, Zhafri Aminurashid di laman sosialnya berkenaan perkembangan kelab selatan tanah air ini. Sebelum ini, tular khabar mengenai permintaan Melaka untuk kembali beraksi […]
Sebuah Kelab Di Qatar Dijangka ‘Ganti’ Arab Saudi

Selepas Arab Saudi membatalkan aksi persahabatan menentang Malaysia, skuad negara kini memiliki pilihan alternatif sebagai persiapan Piala Asia 2023 di Qatar. Perkara ini didedahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam sidang media selepas majlis doa selamat sempena Piala Asia 2023 dan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Beliau […]
Dion Cools & Endrick Belum Lapor Diri

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengesahkan bahawa dua tonggak penting pasukan, Dion Cools dan Endrick Dos Santos masih belum melaporkan diri atas sebab-sebab tertentu. Skuad kebangsaan kini dalam persiapan menjelang kejohanan penting iaitu Piala Asia 2023 dengan percaturan ampuh pengendali kelahiran Korea Selatan itu ditagih untuk memantapkan pasukan. Mengulas lanjut, beliau berpuas hati dengan […]
Bisa Hwang Hee-chan Makin Memuncak

Kelibat penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan bakal menjadi tumpuan pertahanan tiga pasukan Kumpulan E Piala Asia 2023 termasuk Malaysia. Penyerang Wolverhampton Wanderers itu semakin berbisa apabila membantu pasukan itu membelasah Brentford 4-1 dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi tadi. Hee-chan mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan Brentford dengan menyumbat gol kedua Wolves […]
“Ahli Persatuan Disuap, Dipaksa Tutup Mulut Untuk Kekal Berkuasa”

Seorang individu yang amat berpengaruh dalam arena sukan negara difahamkan bertindak secara luar kawalan untuk mengekalkan kuasanya termasuklah memberi suapan kepada ahli gabungan persatuannya. Perkara ini telah dilaporkan oleh wartawan Ultrasukan, Syafiq Freman pada awalnya yang melibatkan seorang individu besar dalam arena sukan yang bertindak melampaui batas. Beliau difahamkan telah melantik anaknya sendiri untuk mewakili […]
Sikh Izhan Mahu Buktikan Sesuatu Bersama Malaysia

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel mengakui merasa bertuah dapat menyertai skuad kebangsaan Malaysia untuk saingan Piala Asia 2023. Sikh Izhan sebelum ini dipanggil menyertai Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa pada Mac dan Jun 2023 serta dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada November lalu. Jurulatih negara, Kim Pan-gon turut memberinya peluang […]
Romel Morales Sedia Penuhi Tuntutan Kim Pan-gon Demi Malaysia

Pemain naturalisasi baharu negara, Romel Morales teruja untuk membantu Malaysia bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Qatar tidak lama lagi. Pemain berusia 26 tahun itu berada dalam senarai 26 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya dan sudah pun membuat kemunculan semasa hari pertama latihan. Beliau kelihatan begitu bersemangat untuk membantu Malaysia bersama rakan […]
“Kita Perlu Berpijak Di Bumi Yang Nyata” – Hamidin

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin tidak mahu membebankan skuad kebangsaan dengan sasaran yang tidak masuk akal di Piala Asia 2023 bulan hadapan. Jelas Hamidin, Malaysia perlu berpijak di bumi yang nyata dengan melihat kedudukan ranking pasukan lawan yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia. Jika Malaysia berjaya mara […]
Siaran Sesi Latihan Harimau Malaya: Venue, Barisan Pemain & Perkembangan Terkini

Latihan pasukan Harimau Malaya telah berlangsung pada 26 Disember 2023 (Selasa) menyaksikan barisan pemain tiba dengan penuh semangat pada hari pertama latihan. Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk memanggil seramai 26 orang pemain ke kem latihan pusat dengan kelibat penyerang naturalisasi negara, Romel Morales mencuri tumpuan. Senyuman kelihatan di wajah barisan pemain terutamanya […]
JDT ‘Potong’ 40 Peratus Perbelanjaan, Pemain & Staf Akan Dilepaskan

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang melakukan penstrukturan kewangan bagi musim 2024/25 bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab pada masa akan datang. Skuad Harimau Selatan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai […]
Selangor Berpotensi Lawan Gergasi Korea, Jeonbuk Hyundai Di Asia

Pasukan Liga Super, Selangor FC berpotensi untuk bertemu dengan jaguh Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun hadapan. The Red Giants mengesahkan slot ke Asia untuk mengiringi JDT selaku juara bertahan Liga Super dengan skuad Harimau Selatan bakal beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Cabaran hebat menanti anak didik […]
Malaysia Boleh Bawa Tambahan Pemain Ke Piala Asia?

Malaysia mendapat perkhabaran gembira ke Piala Asia 2023 selepas difahamkan badan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membenarkan tambahan pemain dibawa oleh skuad negara ke Qatar. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini berada dalam momentum terbaik selepas meraih tambahan +26.1 mata FIFA untuk melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia. Harimau Malaya juga mempamerkan persembahan cemerlang ketika […]
Juan Torres Risau Lihat Aksi Pemain Muda Malaysia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui bimbang melihat aksi anak buahnya hari ini. Aksi persahabatan kedua menentang skuad B-23 China hari ini berakhir dengan kekalahan tipis 2-1 buat Harimau Muda. Kesilapan penjaga gol Rahadiazli Rahalim memberi peluang kepada tuan rumah mendahului menerusi Du Yuesheng. Walaupun Aliff Izwan Yuslan menyamakan kedudukan […]
Kim Pan-gon Jawab Sebab Feroz Baharudin Terlepas Panggilan Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memberi sebab berkenaan ketiadaan pertahanan muda negara, Feroz Baharudin dalam senarai 26 pemain ke kem latihan kebangsaan. Skuad negara memulakan persiapan latihan kem kebangsaan hari ini (26 Disember) sebagai langkah awal sebelum terbang ke Qatar tidak lama lagi. Harimau Malaya berada dalam detik terbaik selepas memungut tambahan +26.1 mata untuk […]
Kim Pan-gon: Kami Amat Teruja Kerana Sudah Lama Tunggu Saat Ini

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui teruja kerana dapat membawa skuad negara ke saingan Piala Asia 2023. Malaysia berjaya layak ke Piala Asia 2023 selepas muncul naib juara Kumpulan E dan mengiringi Bahrain ke pusingan akhir kejohanan itu. Ini sekaligus mengakhiri penantian negara untuk layak secara merit sejak 1980. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia […]
China Tewaskan Skuad Muda Malaysia

China bangkit membalas dendam dengan mengalahkan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dalam aksi persahabatan kedua B-23 antarabangsa di Shanghai hari ini. Selepas tewas tipis 1-0 di tangan anak buah Juan Torres Garrido pada 23 Disember lalu, tuan rumah yang dibimbing Cheng Yaodong mahu bangkit dan membalas dendam atas apa yang berlaku. Sementara Harimau Muda pula […]