Dua Lagi Kelab Malaysia Berpotensi Ke Asia

Khabar baru buat kelab di Liga Super Malaysia apabila berpotensi untuk beraksi di Asia bagi saingan musim ini. Menerusi satu kenyataan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), terdapat cadangan untuk melihat lebih banyak kelab Malaysia melakukan kemunculan di Asia. Ketika ini, Malaysia sudah mengesahkan dua slot bagi kelab di pentas Asia iaitu juara bertahan Liga […]

Jadual Liga Super Malaysia 2024/25 Kini Berubah

MFL

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan terdapat beberapa perubahan untuk Liga Malaysia musim hadapan. Susulan pertukaran tarikh pemeriksaan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang sepatutnya diadakan pada Februari 2024 namun diubah ke tarikh baharu pada 16 hingga 21 April 2024, maka tarikh sepak mula Liga Malaysia 2024-2025 terpaksa dianjakkan seminggu […]

Nizaruddin Yusof: Doakan Arif Aiman

Lagenda bola sepak negara, Nizaruddin Yusof meminta agar penyokong terus memberikan sokongan dan mendoakan pemain sayap lincah Malaysia, Arif Aiman. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tunjang utama buat skuad kebangsaan sejak awal tahun termasuklah ketika beraksi di Piala Asia AFC 2023 di Qatar. Impak luar biasa itu mula terserlah apabila berdepan Korea Selatan yang […]

Hoki 5s Piala Dunia: Malaysia Ke Separuh Akhir, Leburkan Tentangan Trinidad & Tobago

Skuad hoki 5s Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Hoki 5s Piala Dunia 2024 hari ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing Wallace Tan itu mengatasi cabaran wakil Carribean, Trinidad & Tobago di pentas suku akhir. Pasukan hoki 5s Trinidad & Tobago yang dibimbing Darren Cowie membuktikan mereka satu pasukan yang patut dihormati dalam kejohanan […]

Nazmi Nasaruddin Bakal Adili Aksi Uzbekistan & Thailand

FA Malaysia-nazmi

Pengadil dari Malaysia, Nazmi Nasaruddin disahkan bakal mengadili aksi pusingan 16 Piala Asia 2023 melibatkan pasukan Uzbekistan melawan Thailand. Perkara tersebut dimaklumkan di laman web rasmi AFC untuk aksi antara Uzbekistan dan Thailand pada 7.30 petang hari ini. Nazmi Nasaruddin sebelum ini telah menjadi pengadil untuk aksi Vietnam bertemu Iraq di peringkat kumpulan Piala Asia. […]

BATC 2024: Laluan Mudah Menanti Malaysia

Skuad badminton lelaki Malaysia dijangka tiada masalah untuk melepasi peringkat kumpulan Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Skuad lelaki negara yang turun selaku juara bertahan edisi 2022 yang lalu diundi berada di kumpulan B bersama-sama Chinese Taipei, Kazakhstan, Brunei. Di atas kertas, skuad lelaki negara yang diketuai Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan pertama negara […]

Jurgen Klinsmann Jawab Sebab Tersenyum Panjang Lihat Gol Romel Morales

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menjawab tindakannya untuk tersenyum saat melihat gol penyerang naturalisasi negara, Romel Morales adalah tidak dirancang. Pemain berusia 26 tahun itu menjadi watak penting apabila rembatan kencangnya berjaya menewaskan penjaga gol Taeguk Warriors, Jo Hyeon-woo. Gol itu memastikan Harimau Malaya pulang dengan satu mata dari Qatar dengan kejayaan lebih manis […]

Fernando Forestieri Muncul Penjaring Terbanyak Pemain Itali 2023

Peledak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri muncul selaku penjaring terbanyak pemain Itali bagi tahun 2023. Pemain berusia 34 tahun itu mencipta fenomena untuk membantu skuad Harimau Selatan merekodkan pencapaian gemilang tahun lalu. Beliau berjaya membantu pasukan bimbingan Tano Solari untuk mengekalkan 4 trofi kejuaraan yang dimemangi bagi tahun 2022. Menerusi perkongsian oleh Johor […]

Azim Al-Amin Bakal Rancakkan Posisi Penjaga Gol Selangor

Penjaga gol KL City FC, Azim Al-Amin difahamkan bakal membawa haluan baharu dengan menyertai Selangor FC. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat pasukan The City Boys namun berdepan persaingan Kevin Mendoza dan Azri Ghani musim lalu. Beliau bagaimanapun memperagakan aksi cemerlang ketika diberi peluang untuk mengetuai jentera pertahanan Malaysia b-23 ketika bertemu […]

Dua Pemain Tunjang Malaysia Kekal Di Selangor

Selangor mengekalkan khidmat dua pemain yang merupakan tunjang pasukan kebangsaan Malaysia ketika ini. Penjaga gol muda, Sikh Izhan serta pemain pertahanan, Khuzaimi Piee sah melanjutkan kontrak bersama pasukan Gergasi Merah untuk saingan liga Malaysia musim 2024. Kedua-dua pemain tersebut merupakan pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan di Piala Asia 2023 pada […]

TMJ Terima Penghargaan Tertinggi Presiden AFC

Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Mahkota Ismail (TMJ). Hal ini susulan pelantikan sebagai baginda Pemangku Sultan Johor yang telah pun diumumkan baru-baru ini. Shaikh Salman juga yakin bahawa negeri Johor akan terus teguh dan […]

Marselino Ferdinan Puji Malaysia “Aksi Lawan Korea Selatan Mengejutkan Saya”

Pemain muda berbakat Indonesia, Marselino Ferdinan memuji impak yang dibawa oleh Malaysia ketika berjaya mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Bintang yang berkelana di Belgium itu menjadi watak penting buat Timnas Indonesia yang berjaya mara ke pusingan kalah mati Piala Asia AFC 2023 di Qatar. Skuad bimbingan Shin Tae-yong bagaimanapun terpaksa akur dengan kehebatan lawan […]

“Selangor Tidak Sempat Tukar Rumput” – Johan Kamal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal mengesahkan bahawa Selangor tidak akan menukar padang bagi musim 2024/25. Beliau yang ditemui ketika sesi sidang media bersama Yoodoo di Pusat Latihan Selangor FC memberitahu bahawa pihaknya sudah melakukan perbincangan mengenai perkara ini. Sungguhpun usaha baik ini dihargai olehnya, Johan mengakui bahawa terdapat beberapa kekangan yang […]

Paulo Josue Puji Kerja Keras Romel Morales Untuk Malaysia

fa malaysia-paulo-romel

Paulo Josue memuji kerja keras yang dipamerkan oleh Romel Morales sewaktu pertama kali dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya. “Saya rasa Romel seorang yang kuat bekerja keras dan bagus. Dia mampu belajar dan mendengar apa yang lain nasihatkan. Saya rasa dia layak dan merupakan aset penting untuk pasukan kebangsaan.” “Sudah tentu dua perlawanan awal dia sedikit […]

Hamidin: Piala Asia 2023 Bukan Satu Kegagalan

fa malaysia-hamidin

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berpendapat prestasi skuad Malaysia di Piala Asia 2023 bukanlah satu kegagalan. Beliau menganggap segelintir penyokong meletakkan harapan yang terlalu tinggi sehingga terlupa dalam sukan bola sepak prestasi setiap pasukan ada naik dan turunnya. “Jangkaan sebahagian besar para penyokong adalah tinggi dan bila kalah tercetuslah soalan […]

Azlan Johar Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Melangkah Lebih Jauh

FA Malaysia

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yakin skuad Malaysia kendalian Kim Pan-gon mampu melangkah lebih jauh berdasarkan prestasi semasa pasukan. “Walaupun ada orang cakap-cakap kata Korea nak seri atau tak nak menang, bangkit dari ketinggalan sebelum mendahului sebelum ketinggalan lagi sehingga seri 3-3. Dari situ, kita sudah boleh lihat pemain-pemain kita ini ada kekuatan.” “Kekuatan yang […]