Oman Lantik Bekas Jurulatih Pasukan Ke-39 Dunia Sebelum Lawan Malaysia

Desas-desus mengenai calon jurulatih baharu pasukan Oman terjawab apabila mengumumkan pelantikan jurulatih kelahiran Republik Czech menjelang pertemuan menentang Malaysia. Individu yang dimaksudkan itu ialah Jaroslav Silhavy yang secara rasminya memulakan tugas bersama Oman bermula 1 Februari 2024 sebagai persiapan perjalanan Kelayakan Piala Dunia 2026. Pasukan ke-74 dunia itu mengharungi tempoh sukar di Piala Asia AFC […]

Indonesia & Arab Saudi ‘Tunggu’ Skuad Muda Malaysia

Tiga pasukan termasuk Indonesia dan Arab Saudi difahamkan bakal menjadi lawan kepada skuad muda Malaysia menjelang sepak mula Piala Asia B-23 di Qatar tidak lama lagi. Skuad kendalian Juan Torres Garrido telah mengharungi dua aksi persahabatan sebelum ini menentang China B-23 dan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Malaysia melakukan perubahan jurulatih selepas bekas pengendali, […]

Faisal Halim Bakal Muncul Di Layar Perak?

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim dikhabarkan bakal muncul di layar perak dan menceburi bidang perfileman. Perkara ini telah dikongsikan oleh pengurus beliau iaitu Encik Azrin Abdul Malik kepada Astro Arena mengenai perkembangan terkini perjalanan pemain sayap lincah ini. Beliau baru sahaja memberikan khabar baik buat penyokong The Red Giants selepas sah akan terus […]

Muhammad Miftah Kongsi Sebab Setuju Latih Prospek Hebat Di Malaysia

Skuad badminton wanita Malaysia mendapat suntikan motivasi baru menerusi perlantikan bekas penolong jurulatih beregu India dari Indonesia, Muhammad Miftah. Perlantikan beliau diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka beberapa jam lalu. Miftah datang dengan pengalaman luas selama 10 tahun bersama skuad badminton India. Dalam tempoh tersebut, beliau membantu mereka […]

Nafuzi Zain Nafi Pertemuan Kedah & Santos Bakal Jadi Kenyataan

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memberitahu bahawa pertemuan antara pasukan bimbingannya dengan jaguh Brazil, Santos FC tidak akan terjadi dalam masa terdekat. Tular berita mengenai pasukan Amerika Selatan itu yang difahamkan bakal datang ke Malaysia dan bertemu dengan Sang Kenari bagi aksi pra-musim. Perkara ini bagaimanapun dinafikan oleh pengendali muda tersebut ketika bercakap […]

Jurulatih Hoki Malaysia Tak Ambil Gaji Sepanjang Berkhidmat

Tidak ramai tahu pengendali skuad hoki 5s Malaysia, Wallace Tan memilih untuk tidak mengambil gaji sepanjang mengendalikan pasukan itu. Pengorbanan beliau didedahkan sendiri oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal dalam sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil beberapa hari lalu. Subahan menawarkan gaji kepada beliau bersesuaian dengan statusnya sebagai jurulatih […]

Akram Mahinan Kini Milik Terengganu

Perancang tengah berpengalaman negara, Akram Mahinan kini menjadi pemain pertama menyertai Terenggaju bagi jendela perpindahan Liga Super 2024/25. Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya meninggalkan KL City selepas hampir 4 musim bersama. Spekulasi mengenai masa depannya mula hangat diperkatakan selepas ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Beliau yang memiliki […]

Bakat Baru: Peledak Prolifik Warisan Malaysia ‘RM5 Juta’ Ditemui Di Belanda

Bakat baru bola sepak Malaysia kini semakin hangat diperkatakan selepas tular kelibat seorang penyerang tinggi lampai yang dikenali sebagai Ferdy Druijf. Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan kelibat pemain berusia 25 tahun yang sedang menyinar di Belanda. Beliau lahir di Uitgeest, Belanda dan memulakan kerjaya awal bersama salah sebuah akademi bola sepak terbaik di […]

Selamat Datang Umar Eshmurodov

Pasukan Liga Super, Selangor FC mengumumkan ketibaan pemain sensasi Uzbekistan, Umar Eshmurodov sebagai pemain import terbaharu Red Giants untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025. Pemain yang dilahirkan di Koson, Uzbekistan ini telah memulakan kerjaya profesionalnya bersama FC Shurtan Guzar pada usia 21 tahun. Beliau telah membuat 83 penampilan untuk skuad itu pada musim […]

AFC eAsian Cup: Malaysia Calar Rekod Juara Dunia, Jordan

Aksi AFC eAsian Cup antara pasukan Malaysia dan Jordan menyaksikan kedua-dua pasukan memperoleh 3 mata hasil dua pertembungan semalam. Perlawanan yang berlangsung di Virtuocity Arena, Festival City, Qatar itu menyaksikan saingan terbaik diberikan oleh wakil negara terhadap lawan yang pernah muncul selaku juara dunia iaitu Jordan. Dalam aksi pertama peringkat Kumpulan E, Malaysia berjaya merekodkan […]

Bekas Kelab Neymar Jr, Santos FC Bakal Jadi Lawan Kedah

Kedah Darul Aman FC bakal menerima satu lawan hebat apabila bakal bertemu dengan kelab gergasi Brazil, Santos FC. Perkara ini disahkan dalam satu perkembangan menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi kelab Santos FC. Santos bakal terbang ke Asia untuk menghadapi siri jelajah perlawanan di Qatar dan juga Malaysia. Pasukan yang pernah diwakili oleh bintang […]

KBS Umum ‘Habuan’ RM80,000 Buat Skuad Hoki Negara

Skuad hoki 5s lelaki Malaysia menerima ganjaran lumayan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas bergelar naib juara Hoki 5s Piala Dunia 2024 baru-baru ini. Pasukan yang dibimbing Wallace Tan itu bakal menerima insentif kewangan berjumlah RM80,000. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas menyambut kepulangan kontinjen hoki 5s lelaki negara […]

Badminton Malaysia Bakal Terima Sentuhan Berbisa Indonesia

Khabar gembira menanti skuad badminton Malaysia apabila akan memiliki tenaga pakar dari negara jiran, Indonesia. Berita ini dikongsikan menerusi satu ciapan yang dilakukan wartawan Astro Arena, Syifa Nasir bahawa seorang jurulatih kelahiran Indonesia bakal memperkuat barisan kejurulatihan negara dengan tumpuan beliau ke arah membantu pemain beregu wanita negara. “Difahamkan seorang lagi tenaga pengajar dari Indonesia […]

“Kita Sudah Cuba, Tetapi Hanya Dapat Nombor Dua” – Wallace Tan

Pengendali skuad hoki 5s Malaysia, Wallace Tan melihat barisan pemain negara telah memberi yang terbaik dalam aksi final Hoki 5s Piala Dunia semalam. Skuad negara melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya mara ke final edisi sulung Hoki 5s Piala Dunia selepas mengetepikan Poland di separuh akhir. Bagaimanapun, hajat anak buah Wallace bergelar juara tidak kesampaian apabila […]

Terkini: Brendan Gan Tinggalkan Selangor

Perancang tengah berpengalaman Selangor FC, Brendan Gan membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan selepas hampir empat musim bersama. Pemain berusia 36 tahun itu baru sahaja selesai mengharungi aksi di Piala Asia bersama Harimau Malaya selain memainkan watak penting untuk mengikat Korea Selatan. Masa depan beliau bagaimanapun tidak diputuskan sebelum ini apabila tempatnya di Selangor kelihatan tergugat. […]

FIFA Puji Malaysia Lagi

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekali lagi tampil untuk memuji Malaysia susulan prestasi luar biasa sejak kebelakangan ini. Harimau Malaya kini telah menamatkan kempen di Piala Asia 2023 selepas mengakhiri cabaran di tangga ke-4 dan memperoleh satu mata. Kejayaan mengikat jaguh Asia, Korea Selatan telah membuka mata banyak pihak tentang kemampuan sebenar Malaysia untuk […]